Cara Buat Invoice Menggunakan Account PayPal | Alhamdulillah... Rezeki blogging nak masuk hujung-hujung tahun ni kan. Kebetulan dapat job untuk sponsored post. Memang kerja mudah jer sebab kau hanya copy and paste info yang di beri dalam blog. Tak payah nak mengarang ayat bagai. 2nd time dapat job dari client over the sea. Yang best, payment by USD. Harga pon kira ok lah. Lepas tolak fees semua still lebih dari tujuhpuluhringgit. Berbaloi lah jugak dengan kerja yang senang kan.
Tapi tu lah. Bila dah selesai job, dia minta invoice PayPal. Alamak... Account PayPal memang dah lama ada. Tapi tak pernah pakai pon. Macam mana pulak nak buat invoice PayPal ni. Mulalah search pakcik google. Jumpa lah jugak. Tapi macam tak lengkap infonya. Lepas tu kan, mostly aku jumpa Cara Buat Invoice Menggunakan Account PayPal adalah dari negara seberang. Nasib bahasa senang nak faham... hehehe... Senang jer nak buat sebenarnya. Boleh follow steps ni:
Cara Buat Invoice Menggunakan Account PayPal
Kalau belum ada account PayPal, silalah create satu. Customer kita ni dari pelbagai negara... haaa gittew... Senang jer pon. Ok... Log in account PayPal korang, lepas tu klik dekat Send & Request Payment ni.
Pilih Create Invoice ni.
Klik dekat bahagian Create. Tak kisah lah yang belah atas atau belah kanan tu. Janji 'CREATE'
Apalagi... Isi lah info-info yang diperlukan. Invoice nombor tu korang reka lah sendiri. Invoice date tu letak lah tarikh korang create invoice tu. Haaaaa... Due date tu korang kena tanya client nak letak berapa haribulan. Macam aku haritu, client dah siap bagi tarikh due date. Bill to pulak korang letak email address dengan nama client sekali. Logo tu aku amik yang lama. Nak kena buat logo baru jugak ni.
Yang dua kotak kecik (Allow partial payment / Allow customer to add tip) tak payah tick. Kalau korang ada Terms and Conditions, boleh lah isi. Yang ni aku tak isi pon sebab tak tahu nak letak apa. Note to recipient pulak, korang letak lah apa-apa ayat.
Dah siap semua, korang boleh preview dulu atau save as draft. Kalau dah rasa ok, boleh lah send. Untuk option send pulak, korang boleh pilih sama ada nak Send via Paypal atau Share link myself. Aku pilih send via paypal jer. Ini lah contoh invoice Paypal yang aku dah create. Notes tu aku main bedal jer. Boleh lah kalau korang nak tiru... Ngeeee... Notes korang lagi mantop kot.
Yang bestnya invoice PayPal ni kan, korang boleh hantar reminder kalau client masih belum bayar. Tak payah nak hantar email bagai sebab dah ada tajuk Reminder: Your payment for this invoice is due. Kau cuma perlu mengarang ayat sikit lah. Hantar jer banyak kali reminder asal payment korang masuk.
Sekian perkongsian Cara Buat Invoice Menggunakan Account PayPal. Senang jer kan. Best jugak bila ada duit dalam PayPal ni. Kalau banyak dapat job dalam USD kan syok. Senyum lebar bila nak convert to Ringgit Malaysia. Buat masa ni aku tak transfer lagi masuk local account. Macam sayang pulak. Bila lah duduk diam-diam dalam tu. Kot terdesak nanti boleh pakai kan... hehehe...
Sekian perkongsian Cara Buat Invoice Menggunakan Account PayPal. Senang jer kan. Best jugak bila ada duit dalam PayPal ni. Kalau banyak dapat job dalam USD kan syok. Senyum lebar bila nak convert to Ringgit Malaysia. Buat masa ni aku tak transfer lagi masuk local account. Macam sayang pulak. Bila lah duduk diam-diam dalam tu. Kot terdesak nanti boleh pakai kan... hehehe...
Note: Alhamdulillah... Blog lah sumber pendapatan sampingan. Boleh jugak cover mana yang kurang.