12 Tahun Aku Terima Nikahnya

Tuesday, December 05, 2017

12 Tahun Aku Terima Nikahnya | Walaupon tarikh 26 November dah lepas. Tapi nak jugak update dalam blog... hahahaha... Tak sempat nak buat entry. Hujung-hujung bulan dan nak masuk hujung-hujung tahun ni biasalah, sibuk dengan report datelinr. Dengan KPI lagi lah. Lepas tu nursery tutup/cuti pulak 30 November. Memang setiap tahun diorang akan peruntukkan cuti sehari dimana nursery akan ditutup. Lagi lah kau kena siapkan kerja sebelum bercuti.  


12 Tahun Aku Terima Nikahnya


Ok.. Tak nak bebel panjang-panjang. 26 November 2017 haritu genap lah 12 tahun usia perkahwinan kami. 12 tahun aku terima Nikahnya. Macam tak percaya jer dah lebih sedekad kami masih kekal bersama. Alhamdulillah... Sedekad yang penuh dengan memori, kejutan.. Suka, duka, pahit, manis...cukup rencah nya. Terima kasih allah atas kesabaran dan kekuatan yang dipinjamkan. You never know how strong you are until being strong is the only choice you have. 

Iyer... Dunia berumahtangga ni penuh dengan warna warni dan kejutan. Dugaan tu tetap ada dan sentiasa ada. Cuma sejauh mana kau mampu nak bertahan dan hadap semua masalah yang datang tu. Kena sentiasa positive. Allah uji tanda DIA sayang. Kalau kau rasa masalah yang datang tu membebankan, tu yang senang berpecah belah. Aku sentiasa ingat pesan mak... 'Allah sentiasa bersama orang yang sabar'. 

Kadang-kadang kita rasa ujian kita ni tersangat besar. Tapi kita kena ingat, ada orang yang lebih besar ujiannya daripada kita. Setiap daripada kita ni tak terlepas daripada ujian dimana ia datang bersilih ganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Cuma ujian yang kita dapat ni berbeza-beza. Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ini yang selalu aku pegang jugak. Anggap lah ujian yang datang tu hadiah dari Allah.

Bila dah 12 tahun hidup bersama ni buat hubungan kau pon jadi makin matang. Dah malas nak bertekak. Kalau bertekak pon, tak ada lah nak berlama lamaan. Punca bertekak pon selalunya sebab anak-anak... hahahaha... Dia marah kalau anak-anak tak dengar cakap aku. Nak buat macam mana. Garang macam singa pon kau, anak-anak bukan takut pon. Kalau dengan abah dia, bersuara sikit jer dah diam memasing. 


12 tahun dengan kehadiran 4 orang penyeri rumahtangga. Cukup dah ni. Lengkap dah dengan anak lelaki ada 3 dan anak perempuan ada sorang. Buat suami... Happy 12th Wedding Aafnniversary. What MEN should know... A WOMEN who truly loves you will be angry at you for so many things, but will STICK around. Semoga ikatan dan kasih sayang ini terus kuat dan mekar sepanjang masa. Pimpinlah tangan isteri dan anak-anak mu ini ke Syurga ALLAH.

Note: Tak ada celebrate pon. Just wish saja. Janji sama-sama tak lupa tarikh ☺


You Might Also Like

21 komen

  1. Happy anniversary to both of you

    ReplyDelete
  2. Semogw kekal hingga ke hujung nyawa n bertemu di jannah, insya allah. Amin.
    Wah 12 tahun tu, mesti byk suka duka bersama....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilllah. Happy anniversary kak fiza

    ReplyDelete
  4. Tahniah, semoga kekal bahagia, dirahmati dan diberkati akak sekeluarga

    ReplyDelete
  5. Happy 12th Anniversary fiza!! Wah fiza pun ada baby la tahun ni. Sama la anak kita sek nanti..:)

    ReplyDelete
  6. happy anniversary kak..semoga hubungan terus bahgia hingga jannah

    ReplyDelete
  7. Congrats dah 12thn..lame tu..ami br half dr tu..6thn..semoga kekal.hingga ke jannah ya..

    ReplyDelete
  8. selamat ulangtahun perkahwinan kak😃 wah 12 tahun dah. semoga kekal selamanya hihi

    ReplyDelete
  9. Semoga kekal bahagia hendaknya. Aminn.Happy Anniversary!

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah tahniah dan moga bahagia hingga Jannah dan anak-anak yang sihat dan soleh untuk keluarga negara dan agama....

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dah 12 tahun yer. Moga berkekalan hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  12. Happy anniversary.tahniah dah 12 tahun. Semoga lebih bahagia aampai akhir hayat. Comel semua baby awak

    ReplyDelete
  13. Tahniah. Moga berkekalan untuk selamanya dan ditambah rezki hidup berkeluarga

    ReplyDelete
  14. Happy anniversary kak fiza. Moga rumahtangga akak aman bahagia dan kekal hingga ke Jannah

    ReplyDelete
  15. congrats! so fast 12 years ad! wish you both have many years ahead!

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  16. wah dah 12 tahun..separuh dari usia perkahwinan kami..more years to go! semoga berkat & selamat dibawah lindunganNYa..

    ReplyDelete
  17. congratulations on this. beautiful family you have

    ReplyDelete
  18. Happy anniversary akak. 12 tahun lama juga akak. Tahniah berjaya mengharungi liku-liku alam berumahtangga. Saya baru 5 tahun dah letih gila dah. Give up pun ada. hahaha

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah... harap ianya berkekalan... xkira ada apa2 dugaan... jangan sesekali ikutkan hati dan perasaan berasaskan bisikan syaitan

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive