Penangan Virus Beguk (Mumps) - Tadika Diarahkan TUTUP!!!
Thursday, November 16, 2017
Penangan Virus Beguk (Mumps) - Tadika Diarahkan TUTUP!!! | Assalamualaikum... Last update hari isnin. Makin lama makin ke laut jer. Bila work load kau makin bertambah lately. Macam ni lah. Nak jenguk blog pon tak sempat. Apatah lagi nak jenguk dan tinggalkan jejak dekat blog kawan-kawan. Rindu nak blogwalking macam dulu. Memang serabut sangat dengan kerja baru ni. Kerja yang kau tak pernah buat. Dapat pulak sejenis orang yang bagi kerja tapi tak explain macam mana nak buat. Pandai-pandai kau lah cari info sendiri.... ppffttt... Kannn.. Dah terluah perasaan. Ok... Back to the title Penangan Virus Beguk (Mumps) - Tadika Diarahkan TUTUP!!!
Sebelum ni aku ada terbaca pasal Virus Beguk yang menular dekat sekolah Putrajaya beberapa bulan lepas. Tapi tak sangka pulak virus Beguk ni tersebar jugak dekat tadika PASTI anak soleh Iman Qhalif. Kalau dulu memang kita familiar dengan beguk ni. Asal nampak orang leher dia bernila biru dah tahu dah. Ni mesti kena beguk. Tapi dah lama aku tak dengar pasal beguk ni. Bila tadika anak sendiri yang kena, terus aku cari pakcik Google nak tau lebih lanjut.
Sebab apa? Sebab aku baru tahu yang virus Beguk ni boleh berjangkit dekat orang lain jugak. Kisahnya... Cikgu kelas Qhalif tanya dalam group sama ada anak-anak didiknya ada yang tak sihat atau mengadu sakit leher? Sebab dekat tadika ada budak 6 tahun kena virus Beguk. Dan dah berjangkit dekat beberapa orang budak termasuk anak cikgu Qhalif dan juga 2 orang cikgu. Macam dah serious jer kan.
Cikgu jugak mohon kalau boleh anak-anak tak disekolah kan untuk hari rabu (semalam). Tapi tu lah, aku tengah sibuk dengan report nak kena buat. Tak boleh nak cuti. Tawakal jugak hantar semalam. Petang semalam jugak dapat whatsApp yang Jabatan Kesihatan arahkan tadika dan daycare ditutup bermula 15 November sampai 24 November ni. Diorang ada buat pemeriksaan semalam kat sekolah. Setiap murid kena check. Qhalif yang cerita.
Balik semalam terus interview cikgu daycare. Mesti lah nak tahu kan. Rupanya.. Virus Beguk ni start dari budak 6 tahun. Dah berjangkit dekat 9 orang budak. Termasuk 2 orang cikgu. Alhamdulillah... Iman Qhalif tak kena virus Beguk ni.. Nauzubillahiminzalik... Minta dijauhkan. Yang paling kesian, anak-anak 6 tahun nak konvo hari sabtu ni. Mana yang kena Beguk tu, kalau boleh cikgu tak bagi datang. Tapi ialah... konvo tu. Kalau nak datang diorang kena pakai mask.
Apakah itu beguk?
Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Beguk?
Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :
- Demam
- Sakit kepala
- Mulut kering dan hilang selera
- Keletihan
- Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid
Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari
Adakah ia satu penyakit yang ringan(biasa)? Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:
- Encephalitis(Pembengkakan pada otak)
- Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak)
- Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas)
- Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
- Pekak
Bagaimanakah ia dirawat?
Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :
- Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
- Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
- Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.
Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit ( iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.
Bolehkah ia dicegah?
Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.
Tapi kan. Yang aku tak faham bila ada yang kata beguk ni dibawa oleh anak yang tak vaksin? Aku bukan anti vaksin atau apa yer. Aku jenis open minded. Tak sokong mana-mana. Kita kena hormat orang yang tak nak vaksin anak sebab mungkin dia ada pengalaman ada anak yang alah pada vaksin. Dan yang tak vaksin anak pon tak boleh nak mengata orang yang vaksin anak ni. Kena saling hormat menghormati lah pandangan masing-masing. Masing-masing ada pendapat yang tersendiri kan? Penyakit ni semua datang dari allah. Yang vaksin atau tak, kalau dah allah kata 'kun fa ya kun' tu... Maka kena jugak dia penyakit. Tak boleh nak elak dah.
Ok... Ini hanya pendapat aku. Mohon jangan kecam. Yang menjadi masalah aku sekarang ni, mana aku nak letak anak soleh Iman Qhalif ni woihhhh!!! Pagi ni abah dia jaga. Petang pulak terpaksa abang Kimi ponteng sekolah agama. Esok (jumaat) nasib aku ada apply cuti. Nak bawak datang office tak boleh. Bos ada. Baki cuti aku tinggal 7 hari jer nih. Tak kan nak amik cuti 5 hari. Kerja tengah banyak... huhuhuhuhu... Ini lah antara dilema ibu yang bekerja bila ada kecemasan yang memerlukan kau ambil cuti.
Ini pengalaman pertama aku bila tadika dan daycare diarah tutup since hantar Iman Hakimi tahun 2012 dulu. Semoga anak-anak dan cikgu-cikgu cepat sembuh.
Note: Mana lah nak letak si Qhalif ni :-(
25 komen
Kalau petua org lama sapu nila kan.. Tapi baru tau yg penyakit ni boleh berjangkit rupanya
ReplyDeletealamak takutnyaaa.. beguk ni kalo org kedah kata bengkak cantik.. pehtu tok kata buh nila.. hahaha sampai biru pipi..
ReplyDeletetry tanya tadika/taska lain dah boleh daycare kak.. kala kat putrajaya ni ada je, rumah babysitter pon dorang amek. bayaran lbh kurang RM25-30/day
ReplyDeletetak tahu pulak beguk ni berjangkit & tak pasti pulak kalau datang dari yang tak vaksin tapi kalau betul, well dah aniaya anak orang lain lah kalau macamtu
ReplyDeletesusah hati ibu bekerja ni kan... mana nak jaga anak, mana komitmen keja lagi.. tapi kepentingan keluarga perlu dijadikan no 1... tanpa keluarga siapalah kita, tanpa kerja, boleh cari kerja lain.. he he he
ReplyDeletememang susah bila sekolah kena cuti mengejut macam ni kan.. mana nak letak anak tu la jadi masalah..
ReplyDeleteEh...lama dah tak dengar penyakit ni la..dulu pernah kena..2 minggu tak sekolah...lepas tu dah tak pernah kena lagi la..risau plak kalau kena kat anak- anak..
ReplyDeleteOh baru tau beguk bole berjangkit... payah gak kan klu budak2 g sekolah sekali ada yg sakit begok .. che gu harus lah waspada dan jika ada anak2 sakit segera anta pulang
ReplyDeleteLama tak dengar pasal penyakit nie kan. Eloknya ditutup la kan untuk elakkan berjangkit kepada anak-anak lain.
ReplyDeletethanks info.Baru sy tau,beguk ni berjangkit. lpsni kna bjaga jaga lahh
ReplyDeleteerrr ai baru tau penyakit beguk ni boleh berjangkit. Susah bila anak-anak sakit ni. Mesti kita tak keruan.
ReplyDeleteBeguk boleh berjangkit rupanya ye...ingat penyakit ni bukan sejenis virus...
ReplyDeletetak pernah dengar pulak. kira serious sangat dah ni kalau sampai kena tutup tadika semua
ReplyDeleteBenguk ni dah lama dari zaman sis kecik lg, dulu mak sapu nila kat area kena benguk, oklah plk..
ReplyDeleteOMG! Speedy recovery for the infected teachers and kids. First time heard of this, will definitely be aware of it.
ReplyDeleteBahaya kalau virus beguk ni kalau dibiarkan . Takut nanti merebak pulak . Kena banyak minum air kosong elakkan jus yang berasid
ReplyDeleteOh dear first time hearing about this I will be more caution when my child goes to kindy next time.
ReplyDeleteTak sangka beguk ni sebenarnya boleh berjangkit. ingatkan beguk ni jenis penyakit yang kena sorang-sorang, tak ada berjangkit.
ReplyDeleteDulu, waktu kecil pernah kena... peritnya... Sekarang dah kembali semula
ReplyDeleteBaru kena beguk tengah tahun hari tu
ReplyDeleteLepas lama tak kena, last time sekolah rendah.
Dapat mc 2 hari then sambung weekend. Seb baik cepat sembuh.
Baru tahu punca beguk. Pasal kalenjar tu rupanya. Nice info.
takutnya kena beguk... hmm memang wajar tadika ditutup.. hope siapa yang terkena tu cepat sembuh aminnn
ReplyDeletepernah tau petua nila je, tapi taska kena ttp yang mak pak susah ati kan.
ReplyDeleteBenguk ni macam penyakit misteri. Tak pasti macam mana bleh kena. Masa kecil dulu, 2 kali ruby kena. Selepas trip beraya di kampung mesti kena. Masa kecil kena tak risau sebab tak pi taska or tadika lagi. Tapi masa darjah 1 kena, terus pakai tudung tau pi sekolah. Hahaha. Sebab mak sapu nila kat pipi dan leher.
ReplyDeleteapa itu Penangan? Orang Penang like me? hahahaha thanks for the info, now i know it is spreadable!
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
Baru ana tau beguk boleh berjangkit. Masa kecik2 dulu selamber je main kg dgn kawan2 yg kena beguk.
ReplyDeleteIbu bapa yg anak2 mereka sakit sepatutnya lbh prihatin. Ni anak sakit still hantar ke nursery dan sek. Last2 ramai yg berjangkit