Gantikan Pengambilan Gula Putih Dengan Pemanis Stevia SweetRoyal

Tuesday, November 07, 2017

Gantikan Pengambilan Gula Putih Dengan Pemanis Stevia SweetRoyal | Bak kata petatah, kurangkan gula dalam minumam. Lebihkan manis dalam senyuman. Tapi tu lah… Hidup kita ni macam dah sebati dengan gula. Sebab kebanyakan makanan dan minuman mesti perlukan gula kan. Kalau tak letak gula, apa rasanya. Kalau kurang gula pulak, rasa masakan atau minuman tu jadi kurang sedap. Tapi kita kena ingat, disebalik kemanisan itu, ianya boleh mengundang bahaya. Terutamanya bagi orang yang berpenyakit seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi serta boleh menyebabkan serangan angin ahmar (strok). 


Kenapa Gula Putih Bahaya?

Pakar pemakanan yang terkenal, Dr William Coda Martin telah melabelkan gula sebagai ‘racun putih’ Menurutnya gula merupakan punca kepada pelbagai penyakit kronik kerana gula ialah karbohidrat tulen tanpa vitamin dan zat mineral. Oleh itu, gula akan ‘melahap’ vitamin dan garam mineral yang sangat berharga daripada tubuh manusia semasa proses metabolisme tubuh. Gula mempunyai sifat seperti bahan ‘ketagihan’ yang menyebabkan penggunanya amat susah meninggalkan pengambilan gula setiap hari. 

Kalau korang nak tahu, purata pengambilan gula di Malaysia adalah 26 sudu teh gula sehari sedangkan had purata gula yang sepatutnya menurut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah tidak melebihi 6 sudu teh gula sehari. Bayangkan kalau kita minum tiga hingga empat cawan minuman bergula setiap hari? Tak termasuk makanan lain yang mengandugi gula… Hurmmmm… Scary nya. Mengundang penyakit betul ni kan.

Jadinya… Kalau korang merupakan seorang yang kuat pengambilan gula sehari dan tak mampu nak kawal, apa kata korang cuba pemanis Stevia SweetRoyal ni. Ianya merupakan produk keluaran Pharmaniaga iaitu salah satu sebuah syarikat GLC farmaseutikal yang terbesar di Malaysia. pemanis Stevia SweetRoyal ni merupakan pemanis semulajadi buatan Malaysia yang rendah kalori tau.


Kenapa Perlu Pilih Pemanis Stevia SweetRoyale?


Pemanis Stevia SweetRoyale adalah pemanis berasaskan stevia yang menggabungkan bahan-bahan terpilih untuk memberikan rasa manis yang sama seperti gula. Dengan slogan "Rasa Manis Unik Sejati", ada 7 sebab kenapa korang kena pilih pemanis Stevia SweetRoyale bagi menggantikan gula. 

  1. SweetRoyale ialah pemanis berasaskan stevia yang menggabungkan bahan-bahan terpilih untuk memberikan anda rasa yang manis seperti gula tetapi rendah kalori
  2. Setiap 2 gram SweetRoyale menawarkan rasa manis sejajar dengan 2 sudu teh gula.
  3. Diformulasikan oleh pakar-pakar yang diiktiraf serta ujian makmal dengan penuh terpeinci.
  4. Formula yang diperbaharui menggunakan gred Stevia yang lebih tinggi bagi rasa yang unik dan kurang pahit.
  5. Antara yang murah dan mampu milik dan mudah dibawa kemana-mana.
  6. Diperkenalkan dalam bentuk serbuk seperti gula, bukan cecair bagi mengatasi masalah kontaminasi.
  7. Disahkan halal oleh JAKIM, nombor HALAL: MS1500:2009, 1071-02/2017


Antara Testimoni Pengguna Pemanis Stevia SweetRoyale


Kalau korang rasa was-was nak mencuba kan, ni ada testimoni dari pengguna yang dah mencuba Pemanis Stevia SweetRoyale. Bulan calang-calang orang ok... Artis-artis pon ada yang dah mencuba produk Pemanis Stevia SweetRoyale ni tau sebab nak jaga badan dan nak kurus. Antaranya:

Scha Al-Yahya


Sharifah Sakinah


Nisha Ezzati 


Apa yang best dengan Pemanis Stevia SweetRoyale ni, ianya didatangkan dalam bentuk sachet aluminium dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Cara bancuhan pon tak susah sebab ianya boleh dibancuh dalam air panas atau pon air sejuk. Setiap 2 gram Pemanis Stevia SweetRoyal memberikan kemanisan antara 2 sudu teh gula.

A post shared by Fiza Rahman (@fizaabdrahman) on

Apa rasanya? Alaaaa... Macam rasa gula jugak. Manis... Rasa manis unik sejati gittew. Tapi ni manis yang sihat lah. Kalau korang jenis yang kuat gula, memang korang boleh dapat bezakan jugak rasa gula putih dengan gula Stevia ☺

Berapa Harganya Dan Dekat Mana Boleh Dapatkan Pemanis Stevia SweetRoyale


RM 15.90 
(purchase via online store excluding postage)

RM17.00
(purchase at store *price change is subjected to promotion or events)

* COD (Cash on Delivery) area Shah Alam/Kuala Lumpur atau Pos ke Seluruh Malaysia 

Boleh beli dengan Agent SweetRoyale Stevia 👇

Whatsapp: 013-4731696

Senang jer nak beli Pemanis Stevia SweetRoyale ni. Korang boleh terjah online website RoyalePharma. Dan ada juga beberapa online shop yang jual. Antaranya LAZADA, 11STREET dan SHOPEE. Kalau korang nak beli sendiri, boleh pergi cawangan Farmasi Royal Pharma.


Apa lagi kan, jom kita bertukar dari gula putih kepada Pemanis Stevia SweetRoyale untuk lebih sihat. Bagus juga untuk orang yang nak diet atau sedang mengamalkan diet. Untuk maklumat lanjut mengenai produk, korang boleh terjah:

Website


Facebook




You Might Also Like

14 komen

  1. Murah juga harga dia. Sesetengah stevia tu mahal. Ada pula tu yang tiruan.

    NAk beli juga la satu. Kaklong pun ada ketagihan gula juga..

    ReplyDelete
  2. Bagus kan ada alternatif gula nie. Moga istiqamah dan makin sihat kita semua hendaknya.

    ReplyDelete
  3. Akak memang dah berapa tahun try avoid sugar, bukan pasal ada kencing manis,tapi akak ada kanser and gula is food for cancer. so untuk manis kan akak guna kurma or pisang for my smoothie. Stevia ni nanti boleh coba jugak ya, pasal kalau travel leceh sikit nak hangkut pisang hahaha

    ReplyDelete
  4. Harga pun berpatutan Stevia SweetRoyal ni. Bagus untuk kesihatan juga tu. Terbaik lah 👍

    ReplyDelete
  5. Nak cuba la..tgk rega, reasonable je...

    ReplyDelete
  6. 5 tahun lepas. Masa ruby dah disahkan diabetes. Beriya la minum air dengan gula stevia ni. Tapi goyang lutut wooo. Tak tahan. Ambil masa juga utk mesra dengan stevia. Sekarang dah ok. Takda gula lagi bagus. Hahaha. Slowly tolak gula. Boleh amalkan stevia pada peringkat permulaan. Hehe. Sekarang dah ada sachet lg bagus. Dulu gula stevia dalam botol kaca dan dalam bentuk cecair.

    ReplyDelete
  7. Pernah try stevia yang dalam botol tu. Guna 2 titik pun dah memadai untuk segelas air. Memang manis macam gula.

    The good thing is, it good for our health

    ReplyDelete
  8. My mom pun gunakan produk ni. mahal sikit but still ok untuk kesihatan dia.

    ReplyDelete
  9. Pernah cuba pemanis Stevia yang cecair tu, tapi tak berapa suka. Tapi disebabkan faktor kesihatan mesti cubalah untuk ganti gula yang selalu makan tu. Gula biasa tu penting juga, sebab komposisi berbeza dgn Stevia ni, but pengambilan gula biasa kena kurangkan

    ReplyDelete
  10. Tak pernah cuba stevia. Mungkin saya kena cuba sekarang sebab dah berumur kema jaga kesihatan

    ReplyDelete
  11. Sis sejak sakit hari tu memang dah kurangkan gula, tapi kdg2 terasa jugak nak minum air manis. Nanti boleh lah sis cuba stevia sweetroyale ni utk gantikan gula kan..

    ReplyDelete
  12. Saya ada dapat free sample masa kat Halfest! OK jugak! Very healthy instead of sugar!

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive