Tips Penjagaan Selepas Bersunat | Cuti sekolah hujung tahun dan bersunat berpisah tiada. Time cuti sekolah panjang ni lah banyak majlis dan jugak klinik yang buat promosi sunat. Parents pon tak terkecuali cari tempat sunat dengan kos nya sekali kan. Senang sikit bila buat time cuti sekolah. Sebab cuti lama kan. Tambah seronok kalau dapat join program sunat beramai-ramai. Tak ada lah cuak sangat kalau nak sunat sebab ada geng.
Teringat masa nak sunatkan Iman Hakimi tahun lepas. Aku yang berdebar tak hingat. Memang tak lah nak tengok. Biar abah jer lah yang handle. Nasib lah dia sorang jer yang bersunat time tu. Sebab meraung tak hingat kawan tu. Jenis tak tahan sakit kot. Aku kat luar dah rasa nak nangis dengar dia dah tak tentu arah. Bila dah habis tu... Lega sikit rasa. Tapi bila dah habis bius, hamek kau... dok menangis kata sakit... sakit. Nak kencing pon takut.
Tapi tu lah... Aku tak dapat nak jaga anak sendiri masa lepas bersunat. Sebab cuti time tu dah nazak sangat. Nasib lah mertua aku sudi nak jagakan. Kebetulan Opah ada. Erkkkk... Korang bacalah kat [SINI]. Malas nak cerita balik... hahaha... Masa 1st sunat tu abah dia lah yang tolong cucikan tempat jahit tu. Aku tak berani.
Ok... Buat parents yang ada anak bakal bersunat tak lama lagi, korang boleh amalkan Tips Penjagaan Selepas Bersunat ni. Aku share balik perkongsian dari Doctor Khairul Faizie Mohammad Kamar dalam Facebook dia ni. Katanya... majoriti yang datang selepas bersunat 5 - 10 hari hadapi masalah luka tak sembuh, bengkak, bentan dan banyak kulit + darah kering atau keruping yang melekat. Ini saranan untuk mengelakkan ianya terjadi:
Tips Penjagaan Selepas Bersunat
1. Lepas sunat, balutan gauze tu perlu di buka setelah 48 jam. Paling lama pun 3 hari. Untuk 48jam pertama, hujung lubang penis tu perlu di cuci bersih setiap kali lepas kencing.
2. Setelah balutan gauze di buka, luka sunat perlu di cuci (wound dressing). Boleh cuci dengan normal saline yg boleh di beli diklinik/farmasi. Cuci lah 3-4 kali sehari, cuci perlahan lahan, dan tekap perlahan lahan dgn clean gauze untuk keringkan ia. Saya sendiri guna hair dryer kepada anak saya masa dia sunat dua tahun lepas. Caranya ialah lepas dressing, set kan hair dryer ke suhu biasa, dan acukan angin tu ke kawasan penis. Dgn cara ini, kawasan tu akan lebih kering (kurang risiko infection). Masa mandi, dah boleh kena air, cuma jangan di gosok kuat/ sental untuk cuba tanggalkan keruping. Biarkan. Bila selalu di dressing + kena air masa mandi, ia akan luruh sendiri.
3. Masalah yang kerap terjadi iaitu datang ke klinik lepas sunat dengan 'kulit keruping banyak melekat' boleh di elakkan jika amalkan step no. 2 dengan istiqomah. Memang ramai juga yang dtg dengan keruping banyak gila bertempek kerana tak buat dressing langsung. Antara cara mudah nak luruhkan keruping yang banyak ni, ialah rendamkan penis tu ke dlm bekas kecil (macam bekas paper cup corn in cup) berisi normal saline. Biarlah dlm 3-5 minit, ulang la 3-4 kali sehari.
4. Bengkak di sekitar kawasan luka sunat yang masyarakat kita gelar bentan, actually normal process. Lepas surgery, bengkak sedikit tu normal. Yang abnormal (infection) ialah kalau bengkak besar sangat + kulit tu warna merah + maybe ada cecair likat dah nak mcm nanah. Dan bengkak sebab infection menyebabkan rasa berdenyut sakit, maybe disertakan dengan demam, maybe kelenjar di groin boleh bengkak sekali.
5. Perlu saya nasihat tentang point no.4, kerana kepercayaan masyarakat kita, budak lepas sunat tak diberi banyak air ( macam org lepas bersalin). Saya jumpa banyak kali kes mcm ni. Kesian budak tu kehausan. Dehyrated. Bagi minum secukupnya. Ingat, bentan tu normal process untuk sembuh, dan air yang diminum tak pergi kat penis tu (menyebabkan bentan, kononnya). Tentang berpantang makan, jujurnya tak payah la pantang. Makan la ikan, ayam, sayur, telur, buah buahan tu semua. Nutrisi yang mencukupi penting untuk proses sembuh yang cepat. Kicap tak pergi ke penis, maka jika anak tu teringin nak makan kicap, bagi lah. Kalau kulit memang gelap, maka gelap la ia disitu, takde kena mengena dengan kicap. Kuning telur berkhasiat, dan ia juga tak pergi ke penis jadi nanah, maka bagi lah anak makan telur lepas sunat.
6. Tak semestinya kena pakai kain pelikat. Asalkan tau cara nak elak kepala penis tu bergesel dengan kain, maka nak pakai seluar pun boleh. Caranya, guna bekas corn in cup tu, dan buang dasarnya untuk ventilation. Rasa ngilu bila kepala penis tu bergesel dengan kain mmg normal. Ye la selama ni dia duduk terlindung di dalam kulit. Beri masa at least 1-3 minggu lepas sunat untuk anak tu jadi disensitized kepala penis nya. Kena beri galakan pada anak. Kat sini peranan ayah/abang tu perlu, sebab kalau mak, dia memang terlebih caring dan manjakan budak lepas sunat. Perlu juga banyak gerakan setelah 3 hari bersunat. Jgn asyik baring je layan tablet. Bergerak la ke dapur, ke depan, jalan-jalan sikit. Jangan pulak berlari atau gigih main futsal tak sampai seminggu sunat, ni memang saja cari penyakit.
7. Ubat tahan sakit selalunya memang diberi lepas sunat. Makan la bila perlu. Sesetengah doktor bagi antibiotik, maka pendapat saya, makan lah dan ikut aturan.
8. Jumpa doktor jika tak pasti dengan perkembangan lepas sunat. Antara simptom yang perlu di beri perhatian ialah demam / sakit masa kencing / darah banyak keluar dari tempat jahitan / bengkak yang di suspect infection( rujuk no.4).
9. Secara umumnya, sunat cara berjahit lebih cepat sembuh berbanding sunat cara clamp. Sunat berjahit ambik masa yang lama sikit masa prosedur, namun tak perlu derita 2 kali. Kalau sunat clamp, masa nak bukak clamp tu ada masalah clamp melekat kuat, maka tu yang jadi derita kali kedua. Boleh tahan sakitnya tau nak tarik keluar clamp tu. Sebagai parents, kena tahu pro & con setiap teknik sunat. Bila dah faham, baru decide. Saya ada dapat satu kes si bapa bawak anaknya yang dah 5 hari sunat untuk diperiksa. Saya saja tanya 'anak sunat guna clamp ke cara biasa?'. Si ayah boleh jawab tak tahu. Dia hantar je anak ke acara sunat beramai ramai anjuran surau taman. Jainya... kena tahu anak korang sunat jenis yang mana ☺
Bujang dah dia. Tahun depan darjah 5 dah. Nak sama besar dengan ibu ☺
Tu dia.. Panjang tips yang dikongsikan ni. Masa Iman Hakimi sunat dulu, memang kitorang dah pilih cara laser. Memang aku ada buat search sebelum nak sunatkan anak. Nak tahu kaedah mana yang sesuai, cepat elok dan tak berisiko. Tapi terpulang lah pada pemilihan masing-masing. Yang penting, anak selamat sunat dengan jayanya tanpa sebarang komplikasi.
Note: Selamat bersunat buat anak-anak yang bakal bersunat ☺