TEALIVE MEMBUAT KEMUNCULAN PERTAMANYA DI VIETNAM
Monday, October 30, 2017
Tealive, jenama minuman teh yang serba moden, meriangkan dan menyeronokkan serta terlaris di Malaysia, bakal membuat kemunculan pertamanya di Ho Chi Minh City. Tealive telah membuka dua buah kedai di Vincom Centre di District 1, berdekatan dengan Pasar Ben Thanh, destinasi paling popular di Ho Chi Minh City bagi menandakan kejayaannya menembusi pasaran Vietnam.
Pengasas Tealive yang juga Ketua Pegawai Eksekutif LOOB, Bryan Loo berkeyakinan bahawa lama
kelamaan masyarakat di Vietnam pasti dapat menerima budaya meminum teh yang baharu. Kata beliau lagi, Tealive bukannya mahu bersaing dengan kopi. “Ianya membolehkan masyarakat menikmati gaya hidup yang serba baharu, yang dapat memenuhi citarasa mereka yang menginginkan sesuatu yang terbaik, selaras dengan kemakmuran yang semakin meningkat.
Tealive berupaya menyatukan anak-anak muda di negara itu, dan menjadi wadah untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan”. Jelas Loo, umum mengetahui tentang manfaat meminum teh sejak ia diperkenalkan oleh masyarakat Cina ribuan tahun dahulu. “Kami menyediakan minuman yang sememangnya berasaskan teh”. Rakyat Vietnam secara tradisionalnya adalah peminum teh, walau bagaimanapun populariti minuman itu kian terhakis semenjak kopi diperkenalkan tiga dekad yang lalu.
Loo percaya bahawa menerusi pendekatan kreatif Tealive, iaitu dengan menggabungkan pelbagai jenis campuran teh terbaik, ia akan dapat menawan hati generasi muda. “Masyarakat Vietnam suka makan dan minum, ia sudah menjadi budaya mereka untuk makan dan minum tidak kira di mana sahaja, sama ada di gerai-gerai tepi jalan, di kelab dan bistro atau restoran, ia sering dilihat sebagai peluang untuk bersosial dan sudah menjadi satu gaya hidup”, kata Loo.
Sebagai permulaan Tealive bercadang untuk memperluaskan lagi pasarannya di Vietnam dengan membuka 5 buah kedai di Ho Chi Minh City menjelang penghujung 2017. Mengikut perancangan, kedai-kedai berkenaan bakal dibuka di District 5, 7 dan 10. Tealive berharap dapat memiliki 20 buah kedai menjelang tahun depan. Penggemar teh boleh menikmati tiga minuman istimewa daripada Tealive iaitu Brown Sugar Pearl Milk Tea, Superior Coco dan Strawberry Pudding Smoothies.
Sebagai tambahan, pelanggan-pelanggan yang setia pada jenama Tealive akan diberi ganjaran. Tiada ganjaran yang lebih menguntungkan selain menerima sesuatu secara percuma, atau mendapat sesuatu dengan potongan harga yang istimewa. Itulah falsafah disebalik penawaran kad kesetiaan pelanggan Tealive yang boleh didapati di Vietnam. (sila lihat lampiran berkaitan Kad Kesetiaan Pelanggan Tealive)
Bagi menandakan pelancarannya di Vietnam, Tealive akan memperkenalkan enam ramuan ekslusif yang serba baharu serta padat dengan tenaga dan keghairahan sesuai dengan semangat negara yang semakin meningkat maju ini. Maklumat lanjut mengenai Tealive Vietnam boleh didapati di:
Laman sesawang
www.tealive.com.vn
Facebook
tealivevietnam
Instagram
TealiveViet
2 komen
tak pernah lagi cuba tea live ni.. tapi dia sama je kan macam chat time tu?
ReplyDeleteBesar jugak outlet dia erk...
ReplyDelete