Resepi Spaghetti Tuna Aglio Dengan Tuna Ayam Brand Organik

Saturday, September 23, 2017

Resepi Spaghetti Tuna Aglio Dengan Tuna Ayam Brand Organik | Siapa yang tak kenal dengan Ayam Brand kan. Jenama yang dikenali selama 125 tahun dengan pelbagai produk makanan dalam tin. Jenama Ayam Brand antara yang menjadi pilihan aku sebab makanan yang di tin kan adalah berkualiti tinggi dan ianya sedap. Bertambah kesedapan bila tuna Ayam Brand kini dalam organic dengan perisa Tuna Flakes in Organic Broth dan Tuna Chunks in Organic Olive Oil


Seperti yang kita sedia maklum, tuna merupakan sumber protein yang mempunyai kadar kalori yang rendah untuk dihadam berbanding dengan sumber-sumber protin yang lain. Tuna juga kaya dengan Omega-3, Selenium, Niacin, Vitamin B6 dan B12. Digabungkan dengan rasanya yang lembut serta teksturnya yang kenyal, Tuna menjadi makanan laut yang digemari di seluruh dunia.

Kalau korang nak tahu, produk terbaharu Ayam Brand™ iaitu Tuna Flakes in Organic Broth dan Tuna Chunks in Organic Olive Oil ni merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang mendapat pengiktirafan organik dari Eropah. Kedua-dua produk baharu ini menggabungkan kebaikan tuna yang di tangkap secara mampan bersama sayuran organik yang diiktiraf serta minyak zaitun dara ekstra bagi memberikannya kebaikan serta rasa yang lebih semulajadi.

Aku sendiri dah mencuba resepi dari ayam brand Tuna Flakes in Organic Broth. Buat Spaghetti Tuna Oglio. Memang simple, sedap dan sangat mudah. Ni resepinya:

Spaghetti Tuna Aglio



Bagan-Bahan

Spaghetti (direbus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
Setengah batang carrot (disagat)
Sedikit garam
Lada hitam
Daun sup
1 tin Tuna Flakes in Organic Broth

Cara-Cara

1. Tumis bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan carrot dan kacau hingga layu
3. Letak Tuna Flakes in Organic Broth dan kacau rata.
4. Tambah kan garam dan lada hitam
5. Taburkan daun sup dan tutup api
6. Hidangkan dan makan seisi keluarga

Pertama kali buat spaghetti oglio letak Tuna Flakes in Organic Broth. Rasanya memang sedap dan anak-anak pon suka. Lepas ni boleh buat lagi. Kalau korang suka makan pedas, boleh tambah cili api.

Ada macam-macam resepi yang korang boleh cuba dengan Ayam Brand™ Tuna Flakes in Organic Broth atau Tuna Chunks in Organic Extra Virgin Olive Oil. Untuk sarapan yang sihat anda boleh menjadikannya sebagai Tuna Wrap atau Bubur Tuna. Untuk minum petang, anda boleh cuba snek Tuna Tofu Egg Patties. Jika anda ingin menikmati hidangan gabungan Timur dan Barat, cubalah pembuka selera Tuna Tomato Bruschetta. Untuk lebih banyak resepi menggunakan tuna, korang boleh layari http://www.ayambrand.com.my/recipe.html.

Yang bestnya, barisan tuna Ayam Brand™ disahkan Halal oleh badan pensijilan rasmi yang diiktiraf oleh JAKIM dan dikilang dengan kemudahan terkini yang memenuhi piawaian antarabangsa tertinggi dengan pensijilan yang diiktiraf di seluruh dunia (HACCP, ISO 9001). Jadinya… Status hala nya tak perlu diragui lagi.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai product Ayam Brand™ ni, boleh layari:

Website

www.ayambrand.com.my 

Facebook

https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia/

Instagram 

www.instagram.com/ayambrandmy

You Might Also Like

18 komen

  1. yummy...sedapnya,bolehla cuba resepi ni nanti...

    ReplyDelete
  2. mesti kena cuba ni..sebab anak ena ni susah makan nasi..suke sgt mkn spageti.. biasa buat bolognise n carbonara. bole la ena cuba resepi baru ni.senang sgt.

    ReplyDelete
  3. saya suka makan spaghetti kadang2x makan selalu pun jadi muak kalau spaghetti ini.

    ReplyDelete
  4. dapnyaaa..tgk gmbar pun tahu confirm sedap ni..hehe

    ReplyDelete
  5. Thanks for the recipe. My children love the spaghetti so much.

    ReplyDelete
  6. mudah dan ringkas resepi ni tapi nmpak macam sedap. nanti boleh la try buat makan petang

    ReplyDelete
  7. simple masakan tp nampak sedap. nak cuba la nanti.. 😊

    ReplyDelete
  8. Cap Ayam ni, bukan sekadar cap biasa. Turun temurun ni pilihan mak mak kita semua kan. Malahan harga dia pun makin lama makin naik gak disebabkan ia pilihan ramai! :)

    ReplyDelete
  9. Wa senang je rupanya nak buat spaghetti sedap" ni

    ReplyDelete
  10. smart idea and looks delicious, Ive never tried pasta and tuna before.

    ReplyDelete
  11. Tak tahu lak tuna dalam tin boleh buat masak spaghetti hehehe bagus lah nanti boleh cuba resepi ni mudah jer...

    ReplyDelete
  12. nampak best receipt ini, minggu ini akan cuba masak :D

    ReplyDelete
  13. buat nanti malam minggu nih cocok hehe. save ya resepnya ..

    ReplyDelete
  14. Sedap recipe ni. Nanti i pon nak sediakan olio tuna utk anak i

    ReplyDelete
  15. Wahh nice idea, boleh try lepas ni. Tak pernah lagi buat tuna dgn mee/spaghetti

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  16. Antara resepi paling mudah untuk dibuat... Nak try la nanti

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive