Dari Blogspot Bertukar Kepada DotCom
Thursday, September 14, 2017
Dari Blogspot Bertukar Kepada DotCom | Agak lama jugak aku ambil masa untuk bertukar domain. Macam ada jer halangan. Rasa berbelah bagi. Nak tukar ker tak? Asal nak tukar jer, mulalah kata hati berbisik.. ‘Alaaaa, nati-nantilah tukar’. Lepas tu fikir lagi, ‘Alaaa… Kalau tak tukar pon tak apa kot. Ada jer job masuk’. Dari tahun bertukar tahun. Kali ni aku tekad jugak setelah sekian lama impian nak ada domain sendiri berlegar-legar difikiran. Nah… Akhirnya Dari Blogspot Bertukar Kepada DotCom ☺
Macam susah jer nak buat keputusan tu kan. Pada hal bukan susah mana pon nak tukar domain. Kau pilih dari service mana, shortlist nama untuk domain, bayar, set up… Dah selesai. Hanya selepas beberapa jam jer domain kau dah bertukar dari sharingiscaring-fiza.blogspot.com kepada www.fizarahman.com ☺ Wahhhhh… Terasa gah pulak bila dah ada domain sendiri. Begini perasaannya bila bertukar domain yerp… hahaha…
Actually masa nak tukar domain pon masih berkira-kira lagi. Aku nak letak nama apa nih? Siap tanya beberapa orang (you know who you are 😊) termasuklah hubs. Nak letak nama domain pon boleh jadi masalah kan Pija. Mana tak masalahnya sebab tak ada idea nak letak nama apa. Tapi dari pembacaan, ramai yang kata better letak nama sendiri.
Ok… Letak nama sendiri. Tapi nak pilih letak nama panjang (Afizah) or nama pendek (Fiza)? Nak letak binti penuh (Abd Rahman) atau binti pendek (Rahman)… hurmmm… Bukan senang rupanya nak pilih nama yang sesuai untuk domain yerp. Pada hal tak rumit pon sebenarnya. Kau jer yang merumitkan sebab tak tau nak buat pilihan… ngeeeee…
Bila difikir-fikir balik… Ok, aku dah pilih nak letak nama apa untuk domain. Bertarikh 29 August 2017 lahirlah www.fizarahman.com selepas 8 tahun menggunakan khidmat blogspot. Rasa macam cantik pulak tarikh pembelian domain ni… 2987. Kenapa pilih fizarahmandotcom? Ikut kan aku nak letak afizahrahmandotcom. Tapi bila fikir balik, orang kenal aku dengan nama Fiza. Panggil pon dengan nama FIza. So… terjadilah fizarahmandotcom.
Buat Domain Dekat Mana Dan Berapa Harganya?
Yang ni pon aku ada servey jugak sebab banyak platform yang sediakan perkhidmatan untuk tukar domain ni. Pening jugak nak pilih yang mana. Ada jugak tanya kawan-kawan yang dah tukar domain. Rata-rata buat dengan NetKL dan diorang kata service dari NetKL bagus. Ok… Aku buat dengan NetKL. Memang cepat service diorang. Harga domain pulak RM45.00 untuk setahun.
Perlu Ker Tukar Domain Dan Apa Kelebihan Tukar Domain?
Terpulang pada kehendak individu. Tapi kalau korang serious dalam bidang blogging dan nak tambah pendapatan sampingan, memang perlu ada domain sendiri. Bila dah tukar domain sendiri ni, rasanya lain macam. Rasa macam lebih kukuh. Link blog pon tak payah aku nak taip panjang-panjang lagi dah sebab link domain ni pendek jer. Lepas tu… tahap security pon terjamin sebab dengan blogspot aku hanya menumpang jer. Kalau silap percaturan, blog boleh hilang atau di delete.
Kalau ada domain sendiri ni, ianya 100% milik kau. Kecuali kalau kau tak renew domain. Ni kena buat alarm bila nak kena renew. Takut terlupa… hehehe… Antara kelebihan lain bila ada domain sendiri, blog akan jadi lebih mesra SEO. SEO tu apa? SEO ialah Search Engine Optimization dimana Search Engine akan lebih mudah mencari dan meletakkan blog korang pada muka surat pertama carian.
Lagi satu, advertiser atau Syarikat pengiklanan lebih suka memilih blogger yang ada domain sendiri. Bukan aku cakap platform blogspot advertiser tak pandang. Tapi diorang lebih mengutamakan blog yang ada domain sendiri sekarang ni. Ini memang aku nampak sendiri bila ada kawan-kawan yang nak offer job, tapi client nak yang ada domain sendiri hokay.
Info mengenai kelebihan tukar domain ni dapat dari hasil pembacaan. Bukan suka suki aku bagi info. Ada yang kata lepas tukar domain PV (Pageviews) akan sedikit drop. Tapi dalam jangka masa yang sekejap lah. Benda ni tak jadi pulak dekat blog aku. Alhamdulillah… PV makin naik lagi adalah. Mugkin lepas tukar template dan dalam masa yang sama aku tukar domain. Makin menaik PV blog.
Tapi yang sedihnya lepas tukar domain, iklan Adsense terus tak keluar. Bila preview ada jer iklannya. Pakar adsense Wayne kata amik masa nak keluar balik iklan tu sebab Adsense nak review balik sebab dah tukar domain kan. Mungkin dalam 3 minggu… Huhuhu… Bila PV tengah mencanak naik, Adsense pulak problem. Tak apa lah. Kita tunggu dengan penuh kesabaran.
Erkkkk… Tak perasan pulak entry ni dah panjang. Bukan main seronok bercerita pasal dah tukar domain kan. Apa-apa pon, setiap rezeki tu dah ditentukan olehNYA. Tukar domain atau tak, tetap ada rezekinya. Platform BLOGSPOT atau DOTCOM, tetap mendatangkan rezeki buat kita semua. Yang penting… Kita usaha lagi dalam memantapkan ilmu penulisan supaya client tertarik dengan gaya penceritaan kita… cewahhhh ayat kau… kahkahkah…
Note: Smoga aku rajin update entry lepas dah tukar domain ni
30 komen
tahniah fiza...sama dengan lina lepas tukar domain adsense hilang..sama kes bila preview ade je..pastu mohon balik tak approved pula...sedihnya...ni tgh nak kemas kan blog lagi baru nk try mohon balik
ReplyDeleteAmin, semoga rezeki makin murah.
ReplyDeleteinsyallah, kalau makin serious +rajin nak berblog..akan consider tukar domain..
Bila berdomain ni rasa lebih serius berblog kan... Tahniah dah maju setapak...
ReplyDeletewow
ReplyDeletetahniah
yeaa tahniah.. class tauu nama blog mcm designer baju pulak ehh
ReplyDeletetahniah kak ada domain sendiri...makin rajin ls update blog
ReplyDeleteselamat maju jaya www.fizarahman.com
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeleteTahniah. Moga terus suksess.
ReplyDeleteSaya pun bercadang nak tukar domain tapi takut ada problem kat adsense.
Wahh tahniah fiza!! Nama domain pun senang nak sebut dan ingat, keputusan terbaik fiza
ReplyDeleteMemang tidak dinafikan.. kalau tukar dia, perasaan untuk berblogging memang berbeza..
ReplyDeleteTahniah ;)
Terima kasih Fiza sudi share pengalaman. Huda dulu pun sama terfikir2 nak tuksr domsin ke tak hihi. Last2 tukar jugak. Syukur sangat bila ada domain sendiri. Semangat tu lain macam hihi
ReplyDeleteRasa nak jugak tukar domain, macam best je ada rumah sendiri. Tapi asyik tertangguh ja. Hehe
ReplyDeleteTahniah....
ReplyDeleteDomain pertama kita pun beli dekat NetKL.. begitu juga dengan domain ke-2, 3 dan seterusnya kecuali domain dotMY hahahhaa
Wahh tahniah! Hihi. Memang bagus sebenarnya ada domain sendiri ni. 😁
ReplyDeleteTahniah kak! nampak lebih pro kan bila ada .com ni :)
ReplyDeletenice sharing ^^
ReplyDeleteYeay....bravo...welcome to the club dotcom..jeles la adsense kita x lulus lg
ReplyDeleteAda rezeki nanti nak tukar jugak kepada dotcom ni,bagus sebab job masuk banyak. Ada survey juga hosting mana, nasib baik ada netkl ni, murah pun murah.
ReplyDeletegood content and very knowledgeable! thanks for the great info
ReplyDeletesamalah. tak tukar2 padahal domain dah beli lama. anyways u boleh jer kekalkan blog lama. buat blog baru dgn domain yg dibeli. so u have two. x ganggu adsense.. dan u have two accn..mana2 boleh..
ReplyDeleteohhh.. ye. Baru taulah. Risau jugak kan PV menurun ni.
ReplyDeleteTahniah Fiza. Tulah nama nya branding. Cewahh dah ada jenama sendiri. fizarahman.com youuuu Alhamdulillah, ok mesti rajin2 menulis tau. akak tak sabor nak nunggu next entri dari Fiza
ReplyDeleteSaya pun baru je tukar domain. Tp adsense tak keluar pulak. So far PV still ok..kena reapply semula kan adsense? Sy pun ada buat entri cara beli domain. Hehe
ReplyDeleteBelum ready nak tukar domain. Tengah fikir" n cari nasihat dari pro dulu.
ReplyDeletesalam. samalah dok fikir2 nk tukar domain ke tak. sampai skrg tak tukar. -_-
ReplyDeleteTahniah dah tukar kita pun guna NetKL lagi cepat dan mudah rasa selamat sangat kan...
ReplyDeletealhamdulilah sudah bertukar dot com , semoga blognya semakin berkah :D
ReplyDeleteGood to change to increase viewers. I will try to change some of my links too.
ReplyDeletetahniah!!! dah bertukar. semoga lepas ni terus bersemangat la ye.
ReplyDelete