Biskut belVita Breakfast Menawarkan Perisa Baharu Pisang & Oat
Friday, August 04, 2017
Mondelēz Malaysia (Mondelēz), iaitu sebahagian
daripada syarikat pengeluar snek terbesar di dunia Mondelēz International, hari
ini memperkenalkan produk baharu bagi rangkaian biskut belVita Breakfast, iaitu
belVita Pisang & Oat (belVita Banana & Oats). Pelancaran
produk ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia
bagi menikmati sarapan yang seimbang dan sihat.
Ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan, Sharon Tan, Ketua Bahagian
Biscuit & Salty Snacks, Mondelēz
International berkata, “Rata-rata rakyat Malaysia menyedari kepentingan sarapan
sebagai sajian harian utama bagi memastikan kecergasan minda, badan dan jiwa.
Oleh sebab itu, kami telah menghasilkan produk ini yang mengandungi ramuan
berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi gaya hidup dan citarasa rakyat Malaysia.
Dengan menggabungkan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu
ini, kami dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan
sarapan yang lazat dan seimbang. Tambahan pula, belVita Pisang & Oat boleh
dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaansekaligus menjadi
pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada
zaman moden ini.”
Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains
Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) turut memberikan
pandangan beliau mengenai kepentingan sarapan yang seimbang dan bermutu tinggi.
“Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan
emosi dalam jangka masa panjang. Ianya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan
tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu
tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga
keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga
merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan
Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.”
Sharon Tan, Head of Biscuits and Salty Snacks of Mondelēz International and Dr Hamid Jan, Associate Professor, School of Health Sciences, Universiti Sains Malaysia (USM)
Dr Hamid yang juga sependapat dengan Sharon mengulas, “Oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi. Bagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun, pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang diperolehi.”
Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.
(From L to R) Renowned lifestyle gurus, Jenn Chia, Hansen Lee and Dr. Ezani Farhana demonstrated a complete mind, body and soul experience at the event
Hansen Lee, iaitu personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan
bertauliah yang turut hadir pada majlis pelancaran berkata, “Jadual seharian
saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab
dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat. Sebagai seorang
yang mengamalkan gaya hidup sihat, sarapan yang bermutu tinggi merupakan
hidangan harian paling penting bagi saya dan ini membolehkan saya memulakan
hari dengan minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas. Biskut belVita Breakfast merupakan
sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien
bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada pagi yang paling sibuk.”
Harga dan Tempat
Jualan
- belVita Pisang & Oat boleh didapati dalam dua (2) pilihan pek:
- 80g (RM2.90)
- 160g (RM5.20)
- Perisa baharu ini akan dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit bermula Ogos 2017
- Semua biskut belVita Breakfast mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi.
- Biskut belVita Breakfast juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya 8g bijirin tulen dalam setiap hidangan, berserta lapan jenis vitamin dan mineral. Apabila diambil sebagai sebahagian daripada sarapan yang seimbang, ianya mampu membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.
9 komen
sedap...
ReplyDeleteBiskut ni sedapppp!
ReplyDeletewah..blog dah bertukar nampaknya...biskut belvita ni sedap.selalu beli
ReplyDeleteFeveret ni biskut belvita. Boleh la cuba yg perisa baru ni. Buat masa ni suka honey chocolate.
ReplyDeleteHuhu pernah try belvita sekali lepas tu xboleh sebab rasa mcm manis sgt , btw xsuka manis .. yg baru pisang plus oat ek , mcm best plak ahaks
ReplyDeletetak pernah cuba lagi. heheheh
ReplyDeleteWah.. mesti sedap ni
ReplyDeleteBelvita perisa coklat paling sedap!
ReplyDeletebiskut ni memang sedap..tp keras sket..
ReplyDelete