Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang!!!
Wednesday, June 14, 2017
Siapa yang tak pernah buat kuih, tapi teringin nak buat kuih. Boleh try Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang ni. Memang orang yang tak tau buat kuih akan mula cari Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang dulu kan. Aku kalau buat kuih raya pon memang suka cari resepi kuih yang simple dan bahan-bahannya senang nak cari dan tak leceh nak membuatnya. Nak tau apa Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang ni?
Ini lah kuihnya. Kuih yang tersangat senang nak buat. Crunchy Caramel Almond atau Florentine Cookies namanya nih. Tak perlu pakai mixer, tak perlu telur dan tak perlu mentega. Janji kau ada oven. Bahan-bahannya pon hanya tepung dan kekacang sahaja. Rasanya memang sedap tak hingat. Macam kuih bepang. Tapi yang ni versi moden gittew.
Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang
Bahan-bahannya
200gm Tepung FLorenta
200gm Badam Keping
100gm Kuaci
20gm Bijan Hitam
Cara-Caranya
1. Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit. Satukan semua bahan dalam bekas. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
2. Sediakan loyang 14x14 inc. Atau apa saiz loyang yang korang ada. Alas loyang dengan parchment paper atau kertas minyak.
3. Panaskan oven pada suhu 160C.
4. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis.
5. Bakar dalam oven selama 10 minit atau bila dah nampak kekuningan. Keluar jer oven terus potong kepada kepingan yang diinginkan dan Simpan dalam bekas kedap udara.
Senang sangat kan. Orang yang keras tangan tak pernah buat kuih pon boleh buat nih. Tapi kalau ini pon kau kata leceh dan susah, kau beli jer lah. Habis cerita. Kalau beli sebekas RM28.00 - RM30.00 kot. Silap-silap lagi mahal harganya sebab harga barang dah naik kan. Tapi kalau buat sendiri dapat berbekas².
Dok cerita pasal Crunchy Caramel Almond atau Florentine Cookies nu kan... Aku tak buat lagi kuih raya. Ni pon gambar ulang tayang tahun 2014 kot. Aku up resepi ni sebab dah hujung-hujung ni mesti orang cari resepi kuih raya kan.. hehehe...Insya'allah, minggu ni nak start buat. Tapi buat yang simple-simple jer lah.
Crunchy Caramel Almond atau Florentine Cookies memang kau tak boleh buat awal-awal. Kena buat dekat-dekat nak raya. Kalau kau buat awal, memang jadi bahan buat kudapan sebab sedap betul mengunyah... dengan kerangupan nya lagi. Tak sempat nak jadi kuih raya sebab dah jadi kuih puasa. Memang kuih ni yang paling cepat habis ☺
Note: Kuih raya yang baru dapat dah habis pon. Tak sempat nak tunggu raya... ppffttt...
9 komen
Yalahkan.. Macam senang je nak buat
ReplyDeletemudahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletewah senangnya..:)
ReplyDeleteconfirm boleh buat sendiri kan
ReplyDeletehahahah beli rempeyek 2 balang.. sebalang dah habis telan.. tp sodeh rempeyek ikan bilis ada la 3 ekor atas rempeyek tu.. kuih raya pun tak buat lagi.. alahaiii
ReplyDeleteSedaap kan kuih ni sebab manis manis. Nani suka jugak. Heheh.
ReplyDeletememang favorite mama ni. Kalau sebalang Tu sekali hadap aje hihi
ReplyDeleteSALAM PERKENALAN..da follow blog ni
ReplyDeletehttp://mama3danish.blogspot.my
Rajin kan sapa yg buat biskut raya tu.😊😊
ReplyDeleteJom join saya buat biz online. Godek2 net dapat income tiap bulan 3x. Sambilan ja sambil jana anak pun 👌😙😙.
Beeminat wasap
017-436 3649
Layari
www.gajimasyuk.com/user/aisah