Menyesal Tengok Cerita Andainya Takdir Ni!!!

Friday, June 09, 2017

Kalau korang tak tengok lagi, baguslah. Tak tengok pon tak apa sebab korang akan Menyesal Tengok Cerita Andainya Takdir Ni. Menyesal sebab bila kau dah tertengok tanpa tersengaja drama ni, kau akan menjebakkan diri dengan mereke-mereka yang dah lama terjebak. Memang Menyesal Tengok Cerita Andainya Takdir Ni woihhh!!! Aku dah tak sabar nak tunggu next episode. 


Macam mana boleh terjebak??


Aku memang jarang tengok drama melainkan drama yang jalan ceritanya menarik. Lagi pon aku bukan kaki drama yang akan tunggu drama-drama baru muncul kat kaca tv tu. Selalu gak terbaca status pasal cerita ni kat FB. Best sangat ker citer ni. Kebetulan terbukak cerita Andainya Takdir hari selasa baru ni. Hamek kau... Bila dah terjebak tanpa tersengaja, memang kau akau tunggu lah kisah seterusnya kan. 

Bila tengok drama Andainya Takdir ni kan, kau akan rasa sakit hati yang teramat sangat. Memang hidup lah watak-watak dalam cerita  nih sebab kau yang tengok ni boleh emosi terlampau. Siap tertanya-tanya... ada lagi ker suami kaki pikul, panas baran tak bertempat dan cemburu buta gila khinzir macam tu? Wujud lagi ker mak mertua dan ipar yang suka menghasut dan suka berprasangka buruk macam tu sekali? Dan aku rasa memang ada pon sejenis manusia macam ni. Korang baca lah sinopsisi ni


Sinopsis Andainya Takdir 


Mengisahkan Fatihah (Nina Iskandar) yang tabah mempertahankan rumahtangganya dengan Airil (Shukri Yahya) yang sangat mencabar. Dikurniakan seorang puteri bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan mereka tiga beranak sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan sorang yang panas baran dan sangat cemburu buta. Apa jua aktiviti Fatihah akan dipantau oleh Airil. Kalau Airil tak berkenan dengan setiap perbuatan yang dilakukan oleh Fatihah, Fatihah pasti akan dipukul hingga lebam. 

Demi Aleeya, Fatihah yakin dia mampu bertahan dengan sikap suaminya. Kesengsaraannya bukan sahaja dengan sikap suami, tapi juga dengan sikap ibu mertuanya. Ibu mertua Fatihah (Sheila Mambo) seorang yang keras kepala, suka menghasut dan selalu berprasangka buruk selalu membuat Fatihah getir. Normah memang tak disenangi oleh orang kampung sebab sikapnya yang suka menuduh tanpa usul periksa. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah rasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, tapi dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Boleh bertahan ker perkahwinan Airil dengan Fatihah? Mampu ker Fatihah bertahan dengan cabaran kehidupan dia tu? Boleh berubah ker perangai Normah, Norlin dan Airil kalau nak dapatkan keluarga yang harmoni?

Kalau nak tahu, korang kena tengok sendiri kesudahan cerita Andainya Takdir... drama 16 episod setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 di TV3. Kalau dah tengok sekali mesti korang akan Menyesal Tengok Cerita Andainya Takdir Ni sebab akan rasa tak sabar nak tengok episod seterusnya. Selamat menjebakkan diri ☺☺

Note: Ada pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita ni. Antaranya... Kalau dah perangai cemburu buta melampua batas sangat, tak payah lah bagi isteri bekerja.



You Might Also Like

9 komen

  1. sungguh lah syaa pun tak sabar nak tggu next ep . tak tahu lah apa nak jd kat tehah tu

    ReplyDelete
  2. baca sinopsis pun dah rasa panas hati..x mo terjebakk..nnti stress..haha

    ReplyDelete
  3. haha mesti emo kan kalau tengok cerita ni . tapi kenapa shukri yahaya yang dijadikan hero tu :( watak pukul2

    ReplyDelete
  4. Samaaa lah kita kak. Asyik sumpah seranah je tengok drama ni. Hahah! Menjadi betul watak Shukri Yahya tu. Taksabaar nak tahu ending macam mana 😂

    ReplyDelete
  5. Kan.. Scary tengok dia pukul isteri

    ReplyDelete
  6. Stress nau tengok cite nie. Migha pun terjebak selepas episod ke 5.

    ReplyDelete
  7. Sy xfollow citer ni sebab takut tersangkut....hihihi

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive