Checklist Ubat For Baby And Kids Sebelum Balik Kampung
Friday, June 23, 2017
Tengah sibuk packing baju ker tu. Atau dah on the way nak balik kampung? Ker dah selamat sampai ke kampung halaman? Mana yang sedang sibuk packing baju tu, ada tak buat Checklist Ubat For Baby And Kids Sebelum Balik Kampung? Selain baju bajan, makanan dan toiletries, ada benda lain lagi yang korang kena titikberatkan sebelum pulang ke kampung. Apa dia?
Yang 3 botol kaca tu ubat selsema, batuk and happy. YLEO yang dah blend ☺
Ubat-ubatan. Sebab tu lah pentingnya Checklist Ubat For Baby And Kids Sebelum Balik Kampung. Kena senaraikan keperluan untuk anak-anak selain dari baju dan makanan diorang. Especially di musim perayaan ni kan. Tiba-tiba anak tak sihat kan. Klinik for sure banyak yang tutup. Farmasi lagi lah kan. Hospital pulak kalau dekat dengan rumah tak apa lah. Tapi kalau jauh? Sebab tu kena prepare ubat-ubatan untuk anak. Beringat sebelum kena. Antara ubat yang korang kena sediakan.
Checklist Ubat For Baby And Kids Sebelum Balik Kampung
- Ubat Bontot (Supp Paracetamol/Supp Ibuprofen. Guna bila high fever above 39c only)
- Essential Oils (Apa-apa minyak pon tak apa. Aku beli yang blend YLEO)
- Vicks/Bestie Balm
- PCM Syrup
- Salbutamol (Ubat cair kahar)
- Thermometer (regularly check suhu bila baby demam)
- Sterimar (spray type) / Iliadin (drop type) untuk selsema
- Cool Fever
- Plaster/Bandaid (incase luka ke apa)
- Inhaler (yang biru untuk reliever. Tak attack pun boleh pakai sesiap. Kalau termakan benda allergy, sempuk pulak. Those under follow up, controller sentiasa kena pakai. Coklat atau Merah. Kids below 7years old, please use aerochamber!)
- Scott emulsion
- Mosquito Repellent/Patch (Kat kampung selalu banyak nyamuk kan)
- Aqueous cream (rashes)
- Atopiclair (eczema rashes)
- Vaselin
- ORS (muntah/cirit)
- Durapor (plaster ni. Incase luka juga, sediakan kapas jua. Or bila emergency, buka selotep barang pun kuat tau? 😂)
- Calamine lotion (rashes)
- Baby oil (kembung, untuk keselesaan baby!)
- Difflam Spray for kids/aloclair spray for baby (Yang ni untuk ulcer mulut and tekak. Macam anak-anak memang kerap kena ulcer. So memang kena standby. Ada untuk kids and baby)
Thanks to Dr. Aiza for the info. Sebelum-sebelum ni aku memang tak pernah prepare pon ubat-ubat untuk anak-anak kalau gi mana-mana. Setakat bawak baby oil kalau anak sakit perut. Lepas ni memang kena khaskan satu bag untuk ubat-ubatan. Bukan keperluan kita jer yang kita kena fikirkan. Keperluan anak kena fikir jugak. Especially ubat-ubatan. Kita yang dewasa kalau tak sihat masih boleh tahan lagi. Tapi kalau anak-anak tak sihat, memang boleh susah hati lebih-lebih lagi dimusim perayaan ni.
Kalau yang masih belum packing tu, masih sempat lagi packing checklist ubat untuk anak-anak. Kalau ubat demam tak ada boleh gi klinik minta ubat. Yang lain-lain tu boleh cari kat farmasi sementara klinik dan farmasi masih bukak lagi ni.
Note: Dah siap packing pon ubat-ubat dalam satu bag ☺
2 komen
good sharing. nak save nama nama ubat tu. Cici selalu bawak Vicks, ORS dengan Sudo cream je. tak terfikir yang lain. nak travel mana mana ke pulau ke boleh ikut checklist ni jugak,. heehehe
ReplyDeletewah good info!
ReplyDelete