Setiap ‘Perkongsian’ Adalah Juadah Bagi Golongan Susah
Monday, May 29, 2017SETIAP ‘PERKONGSIAN’ ADALAH JUADAH BAGI GOLONGAN SUSAH. Kempen Knorr Malaysia sempena Ramadhan memanfaatkan perkongsian Facebook dalam usaha untuk memberi makanan kepada insan lapar sepanjang bulan suci.
Knorr, salah satu jenama makanan terkemuka di Malaysia dan selurus dunia, melancarkan daya usaha untuk menyediakan makanan yang sedap dan lagi berkhasiat buat golongan yang tiada tempat tinggal dan golongan miskin sepanjang bulan Ramadhan.
Kempen ini bertujuan membangkitkan semangat beramal jariah orang ramai sepanjang bulan suci ini. Inilah bulannya pemberian zakat – salah satu daripada lima rukun Islam – ditunaikan. Juga dengan usaha ini diharapkan orang ramai sentiasa prihatin kepada golongan kurang beruntung, bukan
sahaja pada waktu berbuka puasa malah sebagai amalan penyucian kerohanian dalam melayari liku-liku kehidupan.
Jenama ini memanfaatkan Facebook, rangkaian media sosial yang popular ini
bukan sahaja untuk membantu menyebarkan kesedaran terhadap ribuan
insan miskin dan tanpa tempat berteduh yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur
sahaja, bahkan juga untuk sama-sama ‘turun padang’ menghulurkan
pertolongan kepada yang memerlukan.
Dengan menukar butang “perkongsian” kepada mata wang, Knorr, dengan
gandingan kerjasama Pertiwi, mengikrarkan satu hidangan makanan bagi
setiap perkongsian filem iklan Ramadhan baharu terbitan mereka. Lebih
banyak perkongsian bermakna lebih banyak hidangan makanan yang
berkhasiat dan enak dapat diberi kepada golongan susah.
Menurut seorang wakil Unilever, “Knorr mempunyai pernyataan misi untuk
membekalkan makanan yang sedap dan berzat untuk seluruh warga
Malaysia. Selaras dengan janji ini, kami meletakkan sasaran untuk mengagihagihkan
makanan yang sedap dan berzat kepada sekurang-kurangnya 1,000
orang warga kota yang tinggal di lorong-lorong Kuala Lumpur dan bahagian
tengah bandar.”
Kempen “Janji Ramadhan” Knorr dipaparkan dalam sebuah video yang
menceritakan perihal seorang bapa berjanji akan pulang untuk bersama anak
lelakinya yang berbuka puasa kali pertama. Waktu berbuka puasa lazimnya
dihargai sebagai waktu tak ternilai untuk merapatkan hubungan sesama ahliahli
keluarga dan juga untuk meraikan tamatnya sehari suntuk berpuasa,
inilah juga masanya keluarga berkumpul untuk merasai nikmat hidangan
makanan dan berkongsi limpahan juadah daripada bulan suci ini.
“Sesuai dengan semangat Ramadhan, pihak kami menggalakkan rakyat
Malaysia untuk ‘beramal’ dengan cara berkongsi ‘berkat’ dengan mereka
yang kurang beruntung. Cuma klik untuk memberi satu hidangan makanan
bagi seorang insan. Lebih banyak perkongsian yang kami terima, lebih
ramailah insan yang dapat kami agihkan makanan,’ wakil Unilever menambah
kata.
Untuk memudahkan pengagihan makanan, Knorr bekerjasama dengan
Pertiwi, sebuah NGO yang memberi perkhidmatan kemanusiaan berupa
bantuan makanan kepada golongan tanpa rumah dan komuniti dhaif yang
menghuni bahagian tengah bandar. Pertubuhan ini dari semasa ke semasa
mengagihkan makanan siap bungkus serta air minuman bersih kepada
pelbagai kelompok penerima dalam Lembah Klang.
Dengan pimpinan dan panduan pihak Pertiwi, Knorr bersama-sama warga
kerja kanan Unilever Malaysia akan mengotakan janji dan berkongsi limpahan
rahmat Ramadhan pada 31 Mei, 7 Jun, 14 Jun dan 19 Jun.
Ketahuilah lebih lanjut “Janji Ramadhan” di
www.facebook.com/KnorrMalaysia atau www.youtube.com/KnorrMalaysia
2 komen
:) singgah isnin
ReplyDelete:)
ReplyDelete