Kisah Seram Kembali Menghantui!!!!
Tuesday, May 23, 2017
Kisah Seram Kembali Menghantui!!!! | Dah lama kisah seram ni tak datang. Ada lah dekat 5 tahun kot. Tapi tahun ni kisah seram kembali menghantui aku. Asal aku nampak dia jer, aku rasa seram yang teramat sangat. Aku rasa nak lari. Tapi aku tak boleh lari. Aku kena hadap jugak benda tu. Especially waktu malam. Memang rasa seram sejuk dibuatnya sebab kau akan rasa sakit bila kena.
Bila kau kena tu memang kau akan terjerit. Mana tak terjerit. Keseraman yang aku hadap tu boleh mendatangkan luka. Sampai anak-anak kau pon terkejut sebab kau asyik terjerit-jerit. Dah 2 ker 3 bulan aku hadap benda seram ni. Tapi lately menjadi-jadi seramnya. Dan mungkin aku akan hadap lagi 9 bulan kot.... huhuhu... Seramnyaaaaa...
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
Wah... Kusyuk membaca nampak. Suka baca kisah seram erk. Ini lah dia yang menjadi keseraman aku sejak akhir-akhir ni. Makhluk paling comel yang menghantui aku sekarang nih... Imam muda Iman Harraz.... ekekeke... Kenapa dengan Harraz sampai buat ibu dia ni naik seram?
Mana tak seram. Gigi dah banyak tumbuh woihhh!!! Dan kerjanya sejak gigi dah banyak ni asyik nak mengasah gigi jer masa tengah menyusu. Terjerit-jerit aku dibuatnya. Kalau kat rumah ok lagi. Aku risau kalau menyusu kat public area. Terkejut pulak orang dengar aku menjerit nanti.
Aku terbayang kisah si ibu yang putus putingnya bila kena gigit dengan si anak... eeuuwwww... Tersangat ngeri hokay. Kalau luka pon kau dah rasa ngeri ini kan pulak terputus... double triple kengeriannya. Kejadian tu tak sure dekat mana. Kalau tak percaya, ini kisahnya [Puting Payudara Putus Digigit Ketika Menyusui Anak]
Siapa kata breastfeeding ni mudah? Ini lah antara salah satu risiko yang kau kena tanggung. Sakit macam mana kena gigit sekali pon, tanggungjawab kau nak bagi susu yang terbaik untuk anak tetap dilaksanakan. Picit hidung... Sudah. Tekap hidung masa dia menggigit.. Sudah. Slow talk jangan gigit masa dia tengah menyusu pon sudah. Penampar jer aku tak bagi lagi... kahkahkah... Gila kau nak tampar anak sendiri yang baru berumur setahun dua bulan.
Tapi tu lah... Dah namanya budak. Gusi tengah gatal gamaknya. Redho jer lah. Acah-acah merajuk dengan anak tak nak bagi nenen, dia bukan faham kau tengah merajuk pon. Buruk nau perangai nak merajuk rajuk kan... ekekeke... Tak apa lah. Tak lama pon moment breastfeeding ni. Nanti bila anak dah besar, kau sendiri yang akan rindu dengan moment tu tau.
Gittew lah kisah seramnya. Buat ibu-ibu menyusu di luar sana. Kau tak keseorangan. Don't give up sebab ramai geng yang kena gigit dengan anak... hahaha... Bertuahlah kau kalau anak tak pernah gigit time kau menyusu.
Note: Tak sabar nak balik. Nak gomol dak mok nih
14 komen
yang takder gigi n pun sakit mcm nak cepuk jer hahahhaha
ReplyDeletealahaii..ingat apa yang seram tadi.seram jugak nak baca...tapi itu memang kes seram sebab dia dah tumbuh gigi..hehehe
ReplyDeletememang seram sangat nih fiza, tapi budak tu si imam muda tu memang comellah sangat geram tengok pipi tu nak cubit2
ReplyDeletehuh..igt apa la..haha
ReplyDeleteayooo hahahaha seram pulak dgr puting putus nii. 😨
ReplyDeleteGeram tgk dak kecit Tu. Comelnya
ReplyDeleteTerkejut ingat apa yang seram tadi hehehehe comel...
ReplyDeletehahaha...tu memang ngeri oooooiiii..
ReplyDeleteOiiii...ingat amenda la tadi kan..sabo je la..ingat pasal hantu tadi...
ReplyDeleteHaha. Mmg seram kalau kena gigit dgn anak ni.. Ngilu rasa... Bertabahlah... Hihi
ReplyDeleteAduhai! Kelakar sungguh. Beria-ia dating laju-laju nak tahu sejauh mana kisah seram kali ini. Rupa-rupanya... kena gigit ^_^
ReplyDeleteKita takda pengalaman kena gigit Fiza sebabnya BF pun sekejapan aje. Redha ajelah ya dah katanya bukan lama pun, 9 bulan aje lagi.
Err... 9 bulan tu lama jugakan ^_^
pernah mengalami kejadian seram ni tau..
ReplyDeletepernah takut tetibe dia tertelan nipple mak dia..adehh!!
tapi sekarang menjadi kenangan terindah kalau teringat..
indahh betul cerita seram ni kan??
hehehehe..
Baca dari atas, dah agak dah pasal apa..haha..sila bertabah je la yeak..hehe
ReplyDeleteOo gitew ke cerite seramnyer.. hehe.. bunda pun mule2 naik seram jugsk baca...
ReplyDeleteAmboi Iman Harras bese dia tu.. nak asah gigi pun kat tempat lain lah, cian ibu.. babab kang.. .. apa pun Iman tetap comey embam embab..