Dapatkan Carrier Junior Dalam Pek Isian Semula Dan Mudah Guna
Monday, April 10, 2017
Kos sara hidup yang meningkat telah menyebabkan pengguna mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Namun bajet yang ketat tidak bermaksud anda perlu mengorbankan keperluan penjagaan diri, terutamanya apabila tiba masa mandi untuk si manja anda. Sebagai jenama yang percayai dengan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti. Iyerlah... Jenama CARRIE JUNIOR telah mencipta nama lebih daripada 20 tahun dan jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula, suatu pilihan penjimatan kos. Pek isian semula mudah guna, dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.
Pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.
Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklan Baby termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.
Pek isian semula CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90* (Semenanjung) dan RM 9.30* (Sabah & Sarawak) manakala CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash terdapat dalam harga RM9.90* in (Semenanjung) dan RM 10.40* (Sabah & Sarawak). Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia. *Harga termasuk GST.
9 komen
Suka bau carry junior ni
ReplyDeleteSUKA CIUM RAMBUT ANAK BILA GUNA CARRIE JUNIOR NIH...WANGI JE KAN...
ReplyDeletesenang dah ada pek isian semula ni..murah sikit..
ReplyDeleteBest best best..bau dia terbaekkkk
ReplyDeleteZarif suka lah mandian carrier junior ni..
ReplyDeletesuke bau carrie junior ni
ReplyDeleteakak dah lama tak beli yang junior2ni.. beli sekaligus mak bapak boleh guna...
ReplyDeletengeh3.. bau wangi orang dewasa pun suka gunaa..
ReplyDeletesha yang umur 21 tahun ni pun guna jugak sabun ni hehe
ReplyDelete