Dah Pinjam Tak Reti Nak Bayar | Annoying Sangat!!!!
Tuesday, April 25, 2017
Memang annoying sangat. Masa nak pinjam, bukan main lagi
pujuk rayu. Terdesak sangat nak pakai duit. Si pemurah hati ni pon bagilah
pinjam. Orang hati tisu memang macam ni. Tak boleh tengok orang yang dalam
kesusahan. Bagi lah pinjam. Bila si peminjam ni dah ada duit lebih, boleh pulak
lupa dengan hutang dia. Sengaja buat-buat lupa? Memang lupa ingatan yang dia
pernah berhutang? Atau memang jenis dah berhutang tak reti nak bayar balik.
Yang aku hairan, berjalan sana sini ada duit. Makan
best-best ada duit. Beli itu ini, ada jer duitnya. Tapi kenapa hutang orang kau
tak reti nak bayar? Alahhhh… Si pemberi hutang tak minta hutang dia. Relax lah.
Hello!!!! Kau tahu tak yang si pemberi hutang ni rasa malu nak minta hutang dia
di bayar. Kau sebagai penghutang faham-faham sendiri lah nak bayar. Tak kan nak
tunggu orang mintak baru nak bayar. Selagi tak mintak selagi tu lah kau tak
bayar yerp.
Baca... fahamkan dan mohon terasa pada yang berkenaan (Sumber: SINI)
Ada yang lagi best. Dapat duit berpuluh ribu. Tapi hutang
orang yang dah lama tu tak reti nak bayar. Orang yang bagi duit ni sangat lah
bagus nak menolong kau. Dapatkan balik barang kau sebab kesian tak ada transport
nanti. Dulu kata nak ganti. Sebelum dapat duit, siap minta nombor account. Bila
dah dapat duit, terus kelabu mata. Hutang orang yang kau janji nak bayar… janji
tinggal janji. Boleh pulak kata duit dah simpan masuk TH. Tak boleh ker
asingkan duit hutang kau dulu?
Kisah diatas berdasarkan kisah orang disekeliling aku. Entahlah…
Bila cakap pasal HUTANG ni aku jadi sakit hati. Tak takut dosa ker? Tahu kan
dosa berhutang ni. Even kau mati syahid, tapi kalau ada hutang yang kau tak
langsaikan, roh kau akan tergantung. Nak halalkan? Bukan sikit… Makan ribu. Si
pemberi hutang pon bukan orang senang. Gaji cukup-cukup makan. Kadang-kadang
tak kluar makan sebab nak jimat duit.
Kalau kau mampu halalkan semua hutang orang pada kau, kau
memang hebat. Aku tak sehebat itu nak halalkan semua. Duit gaji bulan² banyak
tolak sebab bayar hutang kereta dia yang dibeli atas nama aku. 10 tahun aku
terpaksa menahan azab bayar hutang koperasi sebanyak RM11,200.00. Satu jumpah
yang besar untuk orang bergaji kecik macam aku ditambah dengan kos sara hidup
yang tinggi.
Untuk yang berhutang tapi tak reti nak bayar balik. Bak kata [Dr Zulkifli Mohamed Sharif]… Si pemberi hutang minta hutang di bayar bukan
kerana pentingnya hutang itu. Tetapi adalah usaha kita untuk menyelamatkan si
penghutang dari menerima pembalasan tidak membayar hutang di akhirat kelak. Tak
bagi… kesian. Dah bagi… Senyap seribu Bahasa.
Note: Masih menunggu hutang aku dibayar.
12 komen
semoga kita dijauhkan dari bersifat meminjam tanpa membayar balik..jenuh nak menjawab disana kelak
ReplyDeletehati2 semua
ReplyDeleteperkongsian yang menarik. terima kasih :)
ReplyDeleteNew chapter of Being Me : http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/being-youngest-son.html
Memang ada jenis manusia macam ni.
ReplyDeleteKadang2 mereka berhutang bukan pasal takde duit, tapi memang sengaja nak sembelih kita.
Berhati2lah, dah terkena jadikan pengajaran.
betul tu fiza, kalau dah berhutang tu kenalah bayar kan, tak dapat bayar banyak2 bayar ansur2 yang penting kita bayar
ReplyDeleteSian kau :(
ReplyDeleteMak oiiii...sabar la Fiza..sbb tu Sa kalau org nak pinjam duit mmg banyak dalih SA bg...takut jd macam ni la
ReplyDeletecm tu la org..hutang mls nk byr..
ReplyDeleteBiasalah Fiza....namanya pun manusia. Jadikan pengajaran. Jangan harap nak pinjam lagi kalau cenggini punya perangai
ReplyDeletehee~ tetiba tengah malam gini nak bukak diary kot ade TER hutang sesape.. tapi yang berhutang dengan kita ramai.. nak menuntut tu kita plak jadik segan.. apakah ?????
ReplyDeleteMemang ramai sangat dah sekarang spesis yg macam ni, tau berhutang tapi tak reti2 nak bayar balik hutang..
ReplyDeletehmmmm apa kan daya.
ReplyDeleteaida ada sorang ni.
sampai skang tak byr utang.
dia boleh claim ada satu perkara baik dia buat, tu la bayaran nyer kpd aida.
sedang kan perkara tu dia buat aida x tahu pun.
bukan utk aida pun. ada skit kaitan aje.
memang lah takde hati perut!