Bila Temperature Kereta Tiba-Tiba Naik !!!

Wednesday, April 19, 2017

Mau tak menggelabah bila temperature kereta tiba-tiba naik. 1st time kena nih. Dan aku pon tak tahu yang itu tanda-tanda yang kereta sedang mengalami high temperature... ppffttt... Memang boleh membahayakan nyawa betul woihhh!!! Kereta boleh terbakar. Kisahnya.....


Balik kerja petang isnin tu. Cuaca hari isnin tu memang panas semacam lah. Macam biasa... Masuk jer kereta terus bukak tingkap kereta. Dah sejuk sikit baru on aircond. On the way balikk tu aku rasa macam aircond tak berapa function. Rasa panas even kau dan kukak 2. Lepas tu terpandang meter dashbord kat sebelah kanan. Erkkkk... Kenapa bar tu naik tinggi sangat?? Yang aku perasan kalau normal bar tu hanya 3 jer. Tak per... Aku buat relax. Off aircond and bukak tingkap. Tapi bar macam tu jugak. Dia turun 4 pastu naik 5.

Aku tak terfikir lagi yang itu tandanya kereta dalam high temperature. Sampai Tadika Qhalif. Aku off enjin. Tapi pelik sebab kereta still berbunyi. Macam bunyi kipas berpusing. Pada hal enjin dah mati. Arghhhh... Mesti ada something wrong somewhere nih. Aku on off engine, pon macam tu jugak bunyinya. Tak per... Amik Harraz pulak. Sampai nursery aku buat benda yang sama. Masih berbunyi. 

Rasa tak sedap hati, aku call husband. Tapi Husband tak boleh nak agak apa masalahnyaa. Aku record and amik sekali gambar meter hantar dekat husband nak tunjuk gambaran sebenar. Sementara tu aku on off kereta nak tahu bunyi ada lagi ker tak. Ok... dah tak ada. Aku masih tak terfikir lagi bahawa bahayanya memandu dalam keadaan temperature tinggi. Terus drive nak amik Qahirah pulak. Dah nak keluar simpang husband call suruh balik rumah terus. Tu tanda temperature kereta tinggi. Kereta boleh terbakar.

Ok... Nasib tak keluar simpang lagi. Terus patah balik rumah. Kereta pon bawak slow-slow and aircond tak bukak. Parking kereta. Off engine tapi masalah yang sama jadi. Bunyi macam kipas masih terpasang. Relax jap. On off macam aku buat kat nursery tadi. Menjadi... phewwwww... Qahirah balik petang tu naik van sekolah.

Apa Nak Buat Bila Temperature Kereta Naik?


Sepatutnya bila temperature kereta dah tinggi kau kena cepat-cepat berhentikan kereta di tepi jalan. Buka bonet depan, biarkan seketika enjin sedikit sejuk barulah periksa apa yang rosak. Alhamdulillah... Allah pelihara perjalanan balik aku anak beranak. Kau bayangkanlah aku drive dari Cyberjaya ke Bangi dalam keadaan meter 5 bar (macam dalam gambar tu). Tak ker bahaya. Bila tak tau ilmu pasal kereta macam ni lah. Main redah jer.

Antara penyebab boleh mengakibatkan suhu naik antaranya air cooling radiator kering, radiator tersumbat, drain screw radiator longgar, tidak menutup penutup radiator dengan baik, sensor suhu tak betul, hos penyambung ke radiator bocor, water pump rosak atau tersumbat, kipas radiator atau termostat rosak. Hamek kau... Satu benda pon aku tak tahu. Yang aku tahu, tempat isi air tu masih penuh. 

Semalam dah hantar kereta masuk bengkel. Terpaksalah emergency leave semalam. Pagi hantar kereta petang baru siap. Total kena RM210. Dalam keadaan nak tunggu gaji ni kan. Faham-faham jer lah :-(

Note: Orang perempuan, sila amik tahu pasal kereta. Peringatan buat diri sendiri.



You Might Also Like

7 komen

  1. pernah alami kes mcam ni...3,4 kali jugak sebab kereta 2nd kan.. waktu 1st time kena, memang cuak giler..terus duk diam dalam kereta..lepas tu dah ada pengalaman, jadi relax jer la..hehehe

    ReplyDelete
  2. Syukur perjalanan akak selamat. Betul tu, org perempuan kena ambil tau psl kereta.

    ReplyDelete
  3. Kereta nak tosak dia tak tunggu kita dah dapat gaji ke belum.

    ReplyDelete
  4. Wah.. bahayanya..

    Alhamdullilah mujur tak apa2. Betul tu, bwk kereta kena tau serba serbi pasal kereta. Hihi...

    tp Cikla yg tak tau bwk ni kena amik tau jugak kot. Pengetahuan am gitu.. Hihi

    Take care❤❤

    ReplyDelete
  5. Bahaya tu... kereta anak bunda Kak Ngah biasa jadi macam ni 2 tahun lepas. Masa tu kami dari Bangi nak balik Cheras.. Dalam tu kami berempat termasuk Zarif.

    Nasib baik tersedar masa dekat ngan Satay Kajang Samuri tu. Berhenti ketepi, Zarif pun tak meragam sbb ada playground dekat situ. Harap Fiza berhati2 lain kali..

    ReplyDelete
  6. bahayanya fiza, syukurla selamat sampai umah kan

    ReplyDelete
  7. memang risau kalau kereta buat hal kita sorang2..akak pun pernah jadi macam husband dah la out station tetiba kereta buat hal lampu, signal semua tak function, cuak betul tapi tekan juga minyak sampai ke temoat yang etul2 selamat, lepas baru telefon sesiapa untuk tolong...fuhhh berdebar

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive