Parenting Tips | 7 Kriteria Penting Dalam Memilih Pengasuh Untuk Anak
Monday, March 27, 2017
Bukan mudah nak pilih pengasuh dan jugak nursery untuk anak. Apa beza anak yang di asuh oleh pengasuh dan nursery ni? Ok... Kalau anak yang dijaga oleh pengasuh, mungkin anak kau sorang sahaja atau ada beberapa orang budak. Kalau hantar nursery, memang ramailah budak. Tapi dioarang akan diasingkan mengikut category umur. Kalau nursery lain aku tak tahu lah. Macam kat nursery yang aku hantar sekarang nih, bayi dan kanak-kanak memang diasingkan.
Dalam memilih pengasuh atau nursery, ada PROs and CONs nya. Terpulang pada korang nak pilih yang mana. Tapi kalau korang nak pilih nursery, pastikan nursery tersebut berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Nak cari nursery yang murah pon, bergantung pada kawasan kediaman korang. Tapi apa yang aku boleh cakap, harga nursery dah melambung naik. Especially yang berdaftar dengan JKM. Ok... Back to the title. Aku nak share info yang dikongsikan oleh Pn. Nurul Ilyani dalam FB nya. Kalau korang nak pilih pengasuh, pastikan ada 7 kriteria penting ni.
7 Kriteria Penting Dalam Memilih Pengasuh Untuk Anak
1) Jaga Solat
Walaupun tidak semua pengasuh jaga solat berakhlak baik, tapi sekurang-kurangnya beliau ada perasaan 'takutkan Allah', rasa ihsan. Rasa Allah melihat apa yang beliau lakukan. Macammana nak tahu, kadang-kadang kita boleh tahu daripada gaya beliau bercerita.
Masa saya hantar Dhuha dan Dani ke pengasuh dulu, pengasuh selalu berkongsi.Ketika itu saya tidak tahu bagaimana rasanya menjaga anak kecil sepanjang hari. Sekarang baru saya tahu. Ia bukan mudah. Mahu jaga solat pun bukan mudah. Mahu solat dengan sempurna pun bukan mudah.
Pengasuh saya melawak begini "Dhuha tidur, akak terus solat. Nanti dia bangun, tak boleh buat apa dah".
Daripada gaya cerita saya tahu, pengasuh saya jaga solat. Jadi, rajin-rajin sembang dan buka jalan untuk bertanya. Tapi kalau kita sendiri pun tidak jaga solat, malu sendiri. Cari pengasuh yang bagus mahu, diri sendiri tiada kualiti
2) Tiada TV
Walaupun ada TV, tapi tidak buka. Bayi tidak digalakkan tengok TV sehingga umur 18 bulan, itupun maksima 1 jam sehari. Tambahan.. walaupun kanak-kanak bermain, dan tidak menghiraukan TV masih ada kesan juga.
3) Rumah bersepah dengan permainan.
Ramai ibubapa teliti bab kebersihan. Bab kebersihan yang utama sebenarnya pengendalian penyusuan dan pemakanan, tempat tidur, air dan lain-lain berkaitan. Tapi... kalau masa kita datang, rumah pengasuh sepah penuh mainan. Ya Allah, alhamdulillah itu maknanya pengasuh kita bagi anak kita main.
Masa main baru otak anak kita berkembang. Masa main anak kita explore. Maksudnya anak kita tidak disuap TV sepanjang hari. Lagi bagus kalau pengasuh ada jadual permainan. Untuk pengasuh yang berdaftar JKM, biasanya mereka ada jadual aktiviti ikut umur.
4) Bawa anak kita pergi taman
Isu keselamatan, adalah isu penting, namun jika pengasuh sudah menetapkan dalam jadual aktiviti, pengasuh juga boleh mengawal anak asuhan, apa salahnya bawa ke taman. Permainan fizikal sangat penting. Berlari, memanjat, melompat dan memanjat sangat penting. Aktiviti ini membantu midline crossing otak.
Berapa ramai kanak-kanak usia 3-4 tahun, masih takut naik tangga, main slide, panjat tiang? Ia sangat mendukacitakan. Biasanya mereka ini ada delay sedikit dalam perkembangan. Sungguh, bersyukur ada orang yang sanggup bawa anak kita bermain di taman. Harapkan kita, hujung minggu sibuk urus rumah dan rehat.
5) Ada SOP
Sekurang-kurangnya, walaupun tiada SOP bertulis, pengasuh beritahu awal terma dan syarat perkhidmatannya. Jadi tiada salah faham nanti. Contoh pengasuh saya dulu, beritahu terus hujung minggu tidak mahu jaga, Ramadhan kena ambil awal dan lain-lain. Kami pun jenis tidak kisah, give and take.
6) Ada anak yang lebih besar buat teman bercakap
Selalunya jaga anak kecil sangat sibuk. Kalau pengasuh jaga lebih 3 orang lagi sibuk. Jadi, kalau pengasuh ada anak sendiri yang lebih besar dan suka bercakap dengan anak kita, bermain, baca buku, cukuplah itu sebagai ransangan bahasa kepada anak kita.
7) Bercakap bahasa yang baik, sopan dan teratur
Ini perlu, supaya anak kita mendapat input yang baik. Bayangkan anak kita habiskan masa lebih banyak dengan pengasuh berbanding kita. Jadi penting untuk mendapat pengasuh yang berkata-kata baik. Tapi, kalau kita sendiri pun jenis cakap lepas, muhasabah diri dulu, baru teliti jenis pengasuh.
Banyakkan tips nya. Aku pon tak terfikir. Selalu kalau nak cari pengasuh, mesti cari yang anak jagaan nya tak ramai. Kalau boleh nak rumah yang bersih tak bersepah. Rupa rupanya banyak tips yang kita kena fikirkan sebenarnya. Kalau korang dapat pengasuh yang ada kriteria macam ni. Memang korang sangat bertuah. Jangan dilepaskan pengasuh macam ni, Susah nak cari. Kalau dapat yang sebahagian macam ni, pon dah bagus.
Dulu pernah jugak terfikir nak cari pengasuh. Tapi selalu terfikir... 'kalau dia asyik cuti macam mana?'... 'Kalau tiba-tiba pengasuh ada emergency?'... 'Boleh ker pengasuh handle susu ibu?'... Macam-macam kau punya fikir kan. Teringat anak buah punya kes. Pengasuh anak dia asyik buat hal. Kejap-kejap minta cuti. Kejap-kejap emergency... ada hal. Dah sampai depan rumah, pengasuh tak bukak pintu. Alasan... tak dengar and tak sihat. Cuti kau habis macam tu jer lah
Semuanya bergantung pada rezeki masing-masing kan. Tapi ok jer sebenarnya kalau dapat pengasuh yang bagus. Anak jagaan tak ramai. Lagi bagus kalau anak kau sorang jer yang dia jaga. Kesihatan anak kau pon agak terjamin. Bila hantar nursery ni, penjaga ramai. Ada yang boleh ganti kalau sorang penjaga cuti. Tapi bila dah ramai-ramai anak jagaan tu, mudah dapat penyakit. Macam yang aku cakap. Ada PROs and CONs. Memang kau kena tawakal bila hantar anak kat orang. Tak kira lah kau hantar anak dekat pengasuh atau pon nursery.
Kalau korang nak tahu info pasal parenting, boleh terjah FB Pn. Nurul Ilyani. Banyak perkongsian dari beliau yang aku suka baca. Macam mana nak handle anak yang tantrum. Macam mana nak mengawal kemarahan pada anak dan macam-macam lagi lah. Memang best.
Note: Bila yuran nursery dah naik ni, rasa macam nak cari nursery lain atau nak cari pengasuh jer. Kalau naik setakat RM20-RM30 ok lagi, Ni sampai RM50 naiknya. Pitam hoihhh!!! :(
8 komen
great tips
ReplyDeleteya betul tu..nak pilih pengasuh memang kena pilih betul betul
ReplyDeleteSuka saya komen bab pengasuh, sebabnya saya tengok sendiri kerja mengasuh anak orang memang susah dan perlukan kesabaran yg tinggi. Kalau dua2 pihak memahami hak masing2 itu sudah baik.., kita tolong dia dan sebaliknya dia tolong support ekonomi keluarga kita. Keiklhlasan yg utama dalam mencari rezeki.
ReplyDeletezaman sekaranag ni dah takut nak tinggalkan anak kat pengasuh kan..tp nak buat macam mana..nak harap mak ayah diorang dah penat jaga kita dari kecik...nak tak nak kena hantar jugak..tp kena betul2 pandai pilih...
ReplyDeletetips ni sangat berguna untuk mereka yang sedang mencari pengasuh
ReplyDeletebanyak kreteria yang perlu diambil kira..paling utama pandai jaga bayi dan penyayang
ReplyDeleteJanjiKita
kat umah pengasuh ni ramai anak2 yg dijaganya, harap2 semuanya under control sebab susah nk cari pengasuh yang baik skrg ni
ReplyDeleteDah tak de anak kecik Fiza so malas nak fikir. Pandai pandailah korang jaga anak yek hihi
ReplyDelete