Musim Sakit!!!
Wednesday, March 15, 2017
Musim Sakit | Bila anak tak sihat, kau sebagai ibu lah rasa tak senang hati. Last week cikgu PASTI wassup kata badan Qhalif panas. Aku kat office dah risau. Ingat nak balik awal dalam pukul 4.00 - 4.30 pm macam tu. Tapi bila tadika dah call kata qhalif nangis, pukul 3.15 pm dah gerak balik. Sampai jer tadika, terus bawak gi klinik. Tapi.... Doctor cakap tak demam pon. Mungkin panas dah kurang sikit agaknya. Tapi standby jugak lah ubat demam.
Sekali malam tu demam panas. Ditambah dengan selsema dan batuk pulak si anak soleh Qhalif ni. Kerisauan kau bertambah bila demam tak kebah dah masuk 4 hari start dari hari khamis. On and off datangnya. Lepas tu muntah beberapa kali. Di tambah dengan ceri beri. Double triple risau kau. Maka ke klinik lah jawabnya hari isnin tu. Doctor suruh buat blood test takut Denggi. Lagi pon demam nak masuk seminggu kan. Kau faham-fahamlah area Bangi tu. Memang wanted area bagi nyamuk Aedes.
Jadi riuh bilik doctor sebab budak tak sihat tu takut kena cucuk. Melalak-lalak dibuatnya. 2 kali kena cucuk sebab tak jumpa jalan. Dapat result beberapa minit lepas tu. Alhamdulillah... Normal. Cuma ada jangkitan bakteria. So... Doctor bagi ubat antibiotic. Memandangkan balance cuti tinggal 2 hari setengah sebab hari jumaat dah Emergency Leave, dengan muka tak malu aku minta MC sebab jaga anak yang tak sihat. Nasib doctor sangat memahami.
Minta juga advice doctor sama ada boleh hantar qhalif sekolah atau tak hari selasa tu. Tapi doctor cakap jangan sekolah kan dulu. Malam tu pulak virus Iman Qhalif dah merebak dekat Iman Hakimi pulak.... huhuhu... Demam pulak si anak sulung malam isnin tu. Ibu kau dah 2 hari tak kerja ni. Nak suruh abah take over, si abah pon busy. Acaner ni???
Penyelesaiannya... Aku hangkut anak-anak pergi office. Letak dalam bilik kosong. Nasib bos tak ada. Bawak bekalan ubat sekali. Macam anak-anak aku ni, diorang jenis demam malam. Siang ok jer. Alhamdulillah... pagi ni dah kebah demam Iman Hakimi. Kita tengok malam ni. Si Iman Qhalif pulak dah ok. Cuma batuk dengan selsema jer tak hilang lagi. Hari ni dah start skolah. Semoga terus sihat lah hendaknya yer anak-anak. Harap-harap tang berjangkit pulak dekat Qahirah dengan Harraz.
Macam ni lah dugaan ibu berkerjaya. Emergency Leave, Medical Leave, Annual Leave... memang Cuti kau habis untuk anak-anak jer. Tambahan anak kau dah bertambah. Lagi kena banyak standby cuti. Sebab tu kalau ada invitation on weekday aku terpaksa tolak. Sebab sayang cuti.
Note: Kalau full moon memang ramai orang sakit ker?
19 komen
jaga diri ya
ReplyDeletememang musim skg ni, unni pun baru je sihat.. lepas tu kwn pun sakit, gilir2 je smua sakit2
ReplyDeleteMudah2an dh sembuh.
ReplyDeleteMemang musim demam sekarang terutama batuk dan selsema, mungkin faktor cuaca.
Kena banyak minum air kosong.
macam mikhail ritu kak.. seminggu demam malam lagi teruk dari siang. musim demam sekarang ni, ambil darah pun result ok, cuma virus biasa jer..
ReplyDeletemoga cepat sembuh smuanya..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah, mereka dah kembali sihat...
ReplyDeleteSama la dgn saya minggu lepas...
Angkut Aina datang ofis sbb badan dia naik campak...
kan...last-last kene berangkut jugak..
ReplyDeleteQebal Qeram baru jer baik demam.. Qeisya alhamdulillah sihat dia..
ReplyDeleteAllah, semoga diberi kesembuhan sepenuhnya kepada anak2 sis ye.
ReplyDeleteFenomena full moon ni dalam whatsapp group sekolah ank pun, ramai parents bgtau anak sakit. Take care semua..
ReplyDeleteBiasalah kalau ada anak kecik Fiza....mmg standby cuti untuk depa ajelah. Kejap demam kejap sakit....Aduh! Pada masa yg sama susah jugak tu, sebab keje kita sapa nak buat?
ReplyDeleteAssalamualaikum.. salam kenal.😊
ReplyDeleteKesian anak2 demam, semoga mereka capat sembuh ye😊
Susah hati kan kalau anak tak sihat nie..
ReplyDeletenaluri parent kan2. MasyaAllah macam mn la sy nnt. Semoga kita sama2 dimudahkan dan dilancarkan setiap inci kehidupan. :)
ReplyDeleteKebiasaannya full moon memang anak-anak akan down sikit, dengan flu dan demam. Apa yang penting kurangkan penggunaan gula putih dan berasaskan gandum sebab benda macam ni akan buatkan cacing parasit dalam badan membiak. Apa yang saya faham pasal full moon la. Boleh try google juga untuk cari fakta..hehe
ReplyDeletemoga anak2 aida dilindungi olehNYA
ReplyDeleteskrg musim demam jenis lama-lama pulak tu.....seriau...huhuhu
cuaca tak menentu ... tu yg rajin sakit .. take care pija
ReplyDeletetak pe...untuk anak-anak berkorban la apa sahaja
ReplyDeleteAnak-anak kalau sakit memang tak senang duduk dibuatnya... Memang orang kata kalau full moon senang jatuh sakit. Tak tau la betul ke tak..
ReplyDelete