Bateri Kereta Kong?? Dapatkan Service Dengan Bateriku.Com
Tuesday, March 21, 2017
Bateri Kereta Kong? | Orang perempuan ni kan, dia tahu drive dan tahu isi minyak kereta jer. Benda lain pasal kereta, apa pon tak tahu. Termasuklah jangka hayat bateri kereta. Kalau bateri kereta kong pon dia bukannya tahu. Siapa yang spesis macam ni? Kita adalah geng… hehehe… Sepatutnya tak boleh macam ni tau. Kita sebagai perempuan, kena ambil tahu pasal selok belok kereta jugak tau. Lebih-lebih lagi bila kehidupan harian kita adalah hari-hari memandu kereta.
Bayangkanlah kan, tengah nak pergi kerja pagi-pagi, sekali kereta tiba-tiba tak boleh start. Kalau tak boleh start dekat rumah ok lah lagi. Tapi kalau kau sedang berada dekat shopping complex? Waktu tu dah malam pulak. Nak balik rumah, sekali…. Kereta tak boleh start. Nak kata minyak dah habis, minyak baru jer isi. Ni mesti tak lain tak bukan masalah bateri kereta kong. Nak nangis kau dibuatnya. Mulalah menggelabah kan. Apa nak buat ni kalai bateri kereta rosak? Bengkel kereta tentu dah tutup sebab dah malam kan. Dekat mana nak cari service bateri kereta ni?
Tu dia… Banyak sangat persoalan kan. Jawapan untuk persoalan tu ada pada Bateriku.com. Apa Bateriku.com ni? Tak pernah dengar pon? Ok… Bateriku.com ni menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan bateri kereta ke lokasi anda dengan segera hanya melalui satu panggilan telefon atau Whatsapp. Memang penyelamat kau sangat dikala bateri kereta tengah kong.
Boleh percaya dan selamat ker dengan service Bateriku.com ni?
- Installer dari Bateriku.com adalah dari kalangan orang yang berpengalaman dan boleh dipercayai. Staff akan tunggu/teman hingga bantuan lain sampai. Korang tak perlu risau ok.
- Pemeriksaan menyeluruh akan dilakukan oleh installer Bateriku.com untuk mengenal pasti masalah yang ada pada bateri. Dan pemeriksaan itu adalah percuma. Jimat duit korang.
- Kalau perlu menukar bateri kereta, korang hanya perlu membayar harga bateri kereta sahaja. Dari segi Penghantaran, Pemasangan dan Pemeriksaan… semuanya PERCUMA. Best kan.
- Di Bateriku.com ada menyediakan pelbagai jenis bateri dari jenama semua bateri-bateri popular dan berkualiti tinggi. Harga juga dijamin lebih murah dari yang terdapat di pasaran, bengkel atau kedai alat ganti. Jaminan asas pula selama 12 bulan.
- Yang paling bagus, Kalau korang beli Bateri dengan Bateriku.com di cawangan Pulau Pinang. Tiba-tiba kereta korang rosak di Johor sebab masalah bateri. Korang boleh refer terus pada cawangan Bateriku.com di Johor untuk buat tuntutan (*mengikut terma dan syarat) sebab warranty boleh dibuat dimana-mana kawasan yang diliputi oleh Bateriku.com
Menarik sangat kan perkhidmatan dari Bateriku.com ni. Bukan saja menjimatkan masa, malah menjimatkan wang sekali. Memang terbaik lah service. Keselamatan dilokasi jugak terjamin. Buat kaum wanita diluar sana, korang kena simpan dalam handphone nombor Bateriku.com ni. Malah kena amik tahu jugak pasal kereta. Peringatan buat diri sendiri juga ni. Nak lagi senang, korang download jer aplikasi Bateriku.com di http://apps.bateriku.com.
NAK TUKAR BATERI KERETA?
#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion
JIMATKAN DUIT ANDA
Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279
Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.
Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis
Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> Rakan Wokshop >> Rakan Tow Truck
10 komen
selamat dan terbukti
ReplyDeleteyes fiza..dah ada service macam ni,kira selamatlah kan..tak perlu nak risau cari bengkel berdekatan ke ape..call je..sekejapan dia datang
ReplyDelete~ Kisahsidairy~
Kene simpan nombor ni ! incase la kannn..
ReplyDeleteHaha..patutnya kena tahu juga sikit2 pasal kereta ni tapi biasa la perempuan..manja lebih...jadi kalau rasa terlebih manja, malas nk ambil tahu pasal kereta ni WAJIB simpan no.bateriku.com ni...kang tetiba bateri kong, tak ada la menggelabah...
ReplyDeletefiza jue pernah kena battery keta meletup sebab dah over guna. huwaaa.. keta guna batery sel kering. terlupa nak inform husband kata mcm susah nak start. sekali meletup!! huwaaa seremmmm
ReplyDeleteWah... menarik juga ada perkhidmatan macam ni... saya 2 kali terkena bateri kong ni... mujur masih dia area gombak ni je. So panggil sepupu je cek... kalau luar kawasan mungkin boleh try 👆
ReplyDeleteSy mmg pelanggan bateriku ni. Harga & warranty mmg sgt ok klu compare dgn kedai di luar sana
ReplyDeletebetul..kaum hawa kena tahu juga sikit2 pasal kereta tapi kalau dalam saat2 kecemasan macam bateri kereta kong, panggil je bateriku.com ni..dijamin puas hati...
ReplyDeleteTerbaik lah bateriku.com ni. Servis macam ni yang di inginkan.
ReplyDeleteDah tak bimbang bila dah download apps bateriku.com
ReplyDelete