Bila Tukang Sepah Bertambah

Tuesday, February 28, 2017

Di minta engkau pon terpaksalah bertabah dan berlapang dada dalam menghadapi permandangan yang indah didalam rumah ku syurgaku itu. Iyer… Makin bertambah anak kau, maka bertambah jugaklah tukang sepah lagi seorang dan kerja kau pon bertambah. Bukan setakat menyepah, memunggah pon sama. Kau serah jer kat budak nih:



I is geram betul tau. Harraz pantang nampak baju dalam bakul. Habis dia punggah. Baju yang kau baru lepas angkat dan letak atas kerusi pon, habis ditariknya bersepah atas lantai. Baju atas katil yang dah berlipat dan kau tak sempat nak susun dalam almari. Letak pulak tepi katil. Dapat kat si Harraz… memang tak dapat diselamatkan lah. Padan muka kau. Siapa suruh letak tepi katil.. ppffttt…


Yang paling memenatkan bila kau kat dapur nak masak atau nak basuh pinggan. Dia pon follow jugak. Antara favourite spot harraz adalah dapur. Kau bayangkanlah aku nak kena angkat… letak… angkat… letak… angkat… letak… berkali-kali sampai kau rasa tak ada mood nak masak lah sebab penat buat benda yang sama. Nak harapkan si Qahirah dengan Qhalif… hurmmmm… Lambat sangat respond soh amik adik. Kalau ada Kimi ok lah lagi. Ni kimi setiap maghrib gi surau (alhamdulillah).

Muka tak bersalah

Kalau dok dediam tak apa lah jugak. Ni memunggah sudu. Punggah bakul bawang sampai habis bunga cengkih aku berterabur. Pastu harraz ni mengutip, mulalah semua benda nak masuk mulut. Letak dalam baby chair, tak reti dok diam. Habis dipanjatnya. 


Dek kerana tak tahan sangat. Aku nak masak pon terganggu. Kejap-kejap masuk dapur. Nahhhh... Tak dapat pagar nak halang, kerusi pon berguna jugak. Asal boleh tutup laluan tu jadi lah. Aku sendal dengan botol mineral yang besar tu. Tak dapat lah nak tolak kerusi tu. Haaaa... padan muka. Kemahen besar lagi mulut tu protes kan sebab tak lepas. Rasa macam nak beli walker jer tau.

Note: Makin lama makin lasak... huhuhu...



You Might Also Like

11 komen

  1. comeinya harraz...dah pandai nak tolong ibu mengemas ye, rajin2 mengemas ye harraz sian ibu buat keje sorang2 hehehe

    ReplyDelete
  2. haha comel ja setiap kali tolong kemas muka dia macam bersalah je tengok hihih.

    ReplyDelete
  3. halahalahala.. geramnye tukang sepah tuh.
    comel bebenor. sebab ini jugak lah Zura beli pagar pasang kat pintu masuk dapur.
    memang x leh buat keje kalo x de pagar ke dapur tuh. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Pandai mak cari solusi letak kerusi jadi penghadang laluan si kecil..bijak sgt dia...nak tlg mama sgt2 tu hehehe

    ReplyDelete
  5. I feel u..haahahha..sama dengan je ngan kawan harraz nie fiza..dh mcm bayang2 dh rase..asal pegi dapur, ade je yg ngekor..pastu bile dh boring selongkar semua barang dlm cabinet, dh mula adegan air mata sambil peluk kaki..😂

    ReplyDelete
  6. harraz syg... aduhai :)
    terus kan melasak tau.
    kasik mama tambah sibuk ha ha ha...

    ReplyDelete
  7. nory paham sangat perasaan akak tu...Dak iqy sorang tu pon kemain lagi kalau buat sepah..bila dah sepah, dia plak membebel, ishhh sepah2 je..Padahal dia yang buat..heheheheh

    ReplyDelete
  8. pernah alami situsi akak tu. memang kelaut mood nak masak tapi apakan daya tak masak nanti lapar

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive