Dilema BLOGGER PART TIME!!!

Friday, January 13, 2017

Bukan mudah nak jadi Blogger sebenarnya. Lebih-lebih lagi bila kau kena bahagikan masa antara kerja hakiki dan juga kerja sampingan. Iaitu Penulis Blog lah. Teringat masa mula-mula buat blog. Dulu aktif dalam forum susuibu.com. Dari situ bila tengok ramai member-member forum yang ada blog. Kau pon sibuk nak ada blog jugak. Tujuan asal kau buat blog pon sekadar untuk menulis dan juga mengisi masa lapang.



Tapi lepas beberapa tahun berkecimpung dalam dunia blog ni, kau dah mula nampak yang ianya boleh mendatangkan hasil. Mula-mula dapat cash out duit nuffnang hasil tabungan bertahun-tahun. Lepas tu dapat advertorial dan semuanya berubah bila kau dah mula dapat job untuk product review, food review dan juga invitation untuk join event. Memang tak dijangka jugak lah. Rezeki kan. Tapi…. Banyak dilema bila kau jadi blogger part time nih. 

Dilema sangat bila kau banyak dapat invitation yang tarikhnya tak kena dengan kau. Event on weekdays. Ni memang masalah. Dah lah cuti diperuntukan untuk setiap bulan. Contoh… cuti aku ada 25 hari untuk setahun. Setiap bulan HR akan masukkan 3 hari. Kalau cuti kau habis 3 hari untuk bulan tu, kau kena unpaid leave even cuti kau banyak lagi. Faham tak? Tak faham tak per lah.  Cuti yang ada tu lah aku kena standby kalau ada kecemasan… anak demam ker. Nursery tutup ker. 

Awal tahun ni ada 3 event yang aku terpaksa tolak sebab cuti aku dah habis untuk bulan January. Event best-best pulak tu… huhuhu… Sebab tu aku prefer event on weekend dan boleh bawak family sekali. Kalau event yang tak boleh libatkan family, memang aku tolak. Siapa nak jaga anak-anak? Ni baru dilema pertama.

Dilema kedua pulak. Ada event yang kau teringin sangat nak pergi. Tapi kau tak reti nak drive sendiri pergi kat tempat event tu berlangsung. Jalan yang kau tahu… pergi/balik kerja. Jalan gi umah mak/mertua dan juga jalan kawasan tempat tinggal kau. Bab jalan ni memang aku lemah. Sebab daya ingatan aku tak kuat untuk hafal selok belok jalan. Memang aku tak reti. Nak pakai waze? Memang waze my time kot sebab tak pernah pakai… ppffttt…

Dilema ketiga. Bila kau ada anak kecik. Agak payah jugak kalau pergi event dengan baby nih. Tau lah baby kan. Ada masa dia cranky. Lebih-lebih lagi anak kau jenis breastfeed. Mana kau nak cari nursing room masa tengah event kan. Kang selak kat situ kena kecam pulak. Dah lah anak kau kuat mengempeng. Stok susu pulak nan hado kalau nak tinggalkan kat rumah. Hurmmmm…

Dilema keempat. Food review dan jugak job review. Tengok offer blog review, aku pandang sipi-sipi jer. Sebab aku takut tak boleh nak commit. Aku tak nak ambil dan minta banyak-banyak job review sebab aku fikir kedudukan aku sebagai blogger part time. Mana ada masa sangat. Dengan kerja hakiki dan urusan anak-anak lagi. Internet connection pon kau harapkan HP jer. Dekat rumah ada PC. Tapi internet nya tak ada. Weekend memang busy dengan urusan rumahtangga. Kau nak update blog pon memang tak lah on weekend tu. 

Food review pulak kalau boleh bawak family, memang aku tak tolak. Tapi kalau untuk single invitation… minta maaflah. Tak sanggup aku makan sedap-sedap tanpa anak-anak dan suami disisi. Sebab tu kalau ada invitation untuk food review aku tanya dulu. Iyerlah… #makanakempat kan. Tapi banyak mana pon diorang makan. Rezeki anak-anak lah kalau dapat food review yang boleh bawak family. Jadinya… Food review weekend ni untuk Crab Factory aku terpaksa tolak. Daripada aku teringat anak-anak masa makan, baik tak payah kan. 

Cukup lah empat dilema aku. Yang last ni bukan dilema. Tapi luahan perasaan. Payment untuk job review. Aku tahu lah aku ni blogger picisan… blogger ikan bilis. Orang pon tak berapa nak pandang sangat. Kekadang sedih jugak bila dapat email offer job review. Bila reply dengan harga quotation yang kita minta, terus senyap. Bukan banyak pon. Mana ada yang percuma sekarang ni. 

Aku terima jugak gift review. Kau bagi barang, aku review barang kau. Kena ada win win situation. Paling bersyukur bila dapat job review with free gift dan juga payment. Apa-apa pon… semua ni bergantung pada rezeki jugak kan. Semoga rezeki sampingan aku dalam dunia blogging ni bertambah tahun ni. Boleh lah tampung perbelanjaan harian yang makin mencengkam poket sekarang nih. 

Yang penting, kau jangan ada perasaan hasad dengki dengan kawan-kawan blog kau yang selalu dapat job. Sila fahami konsep ‘REZEKI’ ok. Panjang pulak karangan aku ni. Kalau korang ada barang yang nak aku review, jangan segan silu pm aku yerp… erkkkk… Hahahaha… Sambil-sambil kan. 

Note: Lambat dapat payment pon antara dilema seorang blogger jugak ni… haishhhh… 



You Might Also Like

14 komen

  1. kan....event jarang lah dapat penuhi sebab rata-rata dekat kl nun jauh..kita kt jb ni krik-krik je

    ReplyDelete
  2. hehe sabarlah sis ;)
    http://mellyacrayola.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Saya suka tulis blog, tapi bila orang panggil saya blogger... hurm, rasa mcm tak layak jer dipanggil dgn nama tu. Tak layak guna gelaran blogger... blogger full time pun bukan, blogger part time pun bukan... hihihi

    Lagi2 akrang ni, mood nak menulis blog tu asyik hilang jerk...

    ReplyDelete
  4. yer betul bnyak dilema jugak kalo fulltime pun. huhuhu. anak sekolah, baby takder sapa jaga.. sob sob sob

    ReplyDelete
  5. Tak pernah dpt buat review...tp saje2 buatkn review tu ada la

    ReplyDelete
  6. Kannn... Mana lah tahan memikirkan anak2 kat umah sedangkan kita makan sedap2... Huwaaa...

    ReplyDelete
  7. Yang tak kena tarikh tu memang selalu. Huhu. Betul tu kak, percaya dengan rezeki masing masing, jangan nak dengki.

    ReplyDelete
  8. Ada juga yg kena tipu tau Fiza tapi buat tak tahu aje.
    Janjinya nak hantar hadiah tapi last kosong.
    Apa pun enjoy kan jadi blogger ni:)

    ReplyDelete
  9. suka fae baca entri akak ne

    fae tak pernah dpt job review. blog pun blog suam2 kuku.

    ReplyDelete
  10. Tak sampai hati kan nak tinggalkan anak2...

    ReplyDelete
  11. sama la dilema kita. cumanya bab cuti je tak sama. tapi dilema lain pulak. duduk loqstaq mana ada event apa sgt. byk pun dekat penang. nak kesana pun pakai duit jugak. biasanya kalau job event ni jarang yang berbayar. cuma dapat masuk free tmpt tu. dapat free gift sikit. tapi tula kan ada pro dan kontra nya bila dah masuk dunia blog review ni haaaa.

    ReplyDelete
  12. Saya selalu dpt offerbutk buat review Tapi bila Tanya pasal payment diaorang ckp tak ada duit Nak bayar so Nak suruh sy buat advertising dengan percuma.. Memang tak akan la ku buat keje orang secara percuma. Hehehe

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive