Cecah 1 Juta Pengikut | ‘Gold Play Button’ dari Youtube Untuk Les’ Copaque
Friday, January 20, 2017
Syarikat Les' CopaqueProduction dikejutkan dengan kiriman "Gold Play Button" dari YouTube bagi meraikan kejayaanChannel Les' Copaque di platform itu mencecah 1 juta pengikut. Ini merupakan kejutan bergandakerana pada pagi hari yang sama "Silver Play Button" sebagai penghargaan mencecah 100, 000pengikut baru sahaja tiba. Hadiah ini dianggap satu penanda aras baru bagi Les' Copaque Productionyang baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya.
Dengan 1, 000, 000 pengikut itu sekaligus menjadikannya "Most Subscribed YouTube Channel" di Malaysia. Antara lain, video yang dimuat naik di saluran ini yang bertajuk "New Toys" telah memenangi anugerah video paling popular kategori Malaysia di Anugerah Web TV Asia yang diadakan di Seoul, Korea baru-baru ini. Video itu telah dimuat naik di saluran YouTube Les' Copaque production dan mendapat lebih 27 juta tontonan. Penyampaian anugerah tersebut boleh disaksikan dalam video "Top 16: Les' Copaque Highlight Moments of 2016" yang dimuatnaik pada 13 Januari 2017.
YouTube Channel Les' Copaque diwujudkan pada 2009 bertujuan berkongsi perkembangan terbaru syarikat tersebut dengan peminat. Les' Copaque telah menjadi rakan kerjasama YouTube sejak 2012. Ia mula bergiat aktif dalam penghasilan karya baru termasuklah siri animasi pendek DaDuDiDo yang hanya ditayangkan di platform Youtube.
Kini, Les' Copaque Production mensasarkan “Diamond Play Button” yang memerlukan 10 juta pengikut. Dengan kerjasama daripada peminat hasil karya syarikat ini seperti Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu, Puteri, DaDuDiDo dan banyak lagi, adalah tidak mustahil satu hari nanti ia akan dapat dikecapi.
Note: Tahniah Les' Copaque ☺
3 komen
waww... tahniah2... terbaik ja dpt ni.
ReplyDeleteMana tahu boleh setanding world disney kan Fiza
ReplyDeleteBangga juga production kat tempat kita tak kurang hebatnya.
oh.lps ni lg sng la tgk upin ipin.hehe
ReplyDelete