HERMO | Kekal Menawan, Malaysia!
Tuesday, December 20, 2016
Warga Malaysia membeli lebih daripada 20 produk kecantikan setiap minit sepanjang tempoh jualan selama tiga hari
KUALA LUMPUR (Dis 20, 2016): Sambutan yang begitu menggalakkan terhadap acara jualan 1212 Beauty Takeover Hermo membuktikan bahawa warga Malaysia kini semakin peka terhadap kepentingan perapian diri.
Menawarkan diskaun sehingga 90%, acara jualan 1212 Beauty Takeover selama tiga hari – yang bermula pada Dis 12, menyaksikan lebih daripada 500,000 pembeli mengunjungi laman sesawang Hermo Malaysia untuk melihat-lihat produk kecantikan kegemaran mereka yang merangkumi kosmetik, penjagaan kulit, mandian dan badan, keharuman, dan penjagaan rambut serta segala produk berkaitan kecantikan yang lain.
Dengan lebih daripada 300 jenama dan lebih daripada 6,000 produk yang ditawarkan melalui Hermo, iaitu peruncit kecantikan dalam talian terbesar di Malaysia, para pembeli menjadi rambang mata sambal melihat-lihat produk perapian diri kegemaran mereka. Sepanjang tempoh jualan, lebih daripada 20 produk telah dibeli setiap minit. Fenomena ini tidak menghairankan kerana selain daripada harga yang rendah, Hermo turut menawarkan baucar tunai dan diskaun, sekaligus membolehkan para pembeli untuk memaksimakan setiap ringgit yang dibelanjakan.
Selain daripada baucar, jualan kilat dan tawaran yang tiada tandingan, pengguna Hermo juga berpeluang untuk merealisasikan impian kecantikan mereka melalui Peraduan 12.12 Wish and Win – tujuh pemenang dengan impian yang paling kreatif telah dipilih dan Hermo akan merealisasikan impian mereka. Ia semudah menyatakan impian mereka pada laman utama acara jualan 1212 Beauty Takeover, dan berkongsi semula impian mereka melalui laman Facebook peribadi mereka dengan hashtag #HMx1212Wish.
Salah seorang daripada pemenangnya, Aqilah Abd Jabar, akan menerima 10 unit Cerro Qreen Fashion Makeup Brush Kit Natural Animal Wool dengan impian ini:
Sisters shared laughter,
Sisters shared tears,
Through it all we have been together,
Regardless of any distance and fears.
A complete set of makeup brushes for a sister of mine where we have 2304 kilometres distance between us. #HMx1212Wish
Seorang pemenang lain, Phoenie Mao, telah membawa pulang Klairs Supple Preparation Toner dengan ucapan Krismas:
Dearest Hermo Santa,
Wish to win any top 5 People's Choice product.
My little red socks are waiting for you.
FYI, I've cleaned my chimney just for you, Hermo Santa.
Love ya & Merry Xmas #HMx1212Wish
Ian Chua, CEO Hermo Malaysia, menyatakan bahawa acara jualan 1212 Beauty Takeover, beserta keterlibatan kerap dengan pengguna Hermo, seperti peraduan 1212 Make A Beauty Wish, bertujuan untuk melonjakkan Hermo sebagai lebih daripada sekadar sebuah laman e-dagang.
“Kami berhasrat untuk menyediakan platform bagi menggalakkan semua orang untuk menyerlahkan kecantikan dalaman mereka. Kami percaya bahawa keyakinan diri bermula dari dalam bagi meningkatkan seri anda; oleh kerana itu, kami telah menggunakan satu rangkaian personality media sosial dan pemblog kecantikan yang mengongsi petua solekan serta penjagaan kulit kepada para pengguna, manakala sebuah Beauty Wall membolehkan para pengguna berkongsi pengalaman mereka dengan orang lain menggunakan hashtag #hermomy.
Dengan bilangan pengikut yang bertambah dengan pesat, Hermo bakal menjadi platform dalam talian terpilih bagi kebanyakan gergasi jenama kosmetik terkemuka, yang pastinya ingin memanfaatkan bilangan pengikut yang ramai untuk melonjakkan profil branding dalam talian jenama-jenama mereka.
“Kami sentiasa mencari jalan untuk mengembangkan rangkaian produk kami dan kami mengalu-alukan pemilik jenama, sama ada yang terkenal maupun yang baharu, untuk berbincang dengan kami bagi membina kolaborasi terbaik untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para konsumer kami.
“Berbeza daripada platform e-dagang lain, kami bukan pasaran untuk penjaja dan penjual. Sebaliknya, kami berkolaborasi secara langsung dengan pemilik jenama dan pengedar utama dengan menawarkan mereka sebuah rangkaian pengedaran dalam talian. Dengan cara ini, kami berupaya untuk mengawal kualiti serta ketulenan produk yang dijual dengan lebih baik,” kata Chua.
Ditubuhkan di Johor Bahru, Hermo adalah satu platform tempatan dan hakikat ini telah memainkan peranan dalam menambat hati konsumer tempatan kerana ia memahami keperluan warga Malaysia.
“Kami menjual produk yang sesuai dengan tona kulit, iklim serta gaya hidup Malaysia; kami juga mendapatkan produk yang sukar dicari dan tidak ditawarkan di pasaran tempatan,” kata Chua.
“Kami juga sedar bahawa pembeli Malaysia adalah sensitif berkenaan harga, dan wujud trend yang semakin berkembang di mana konsumer lebih gemar membeli daripada dalam kediaman mereka. Harga-harga kami sememangnya amat kompetitif – anda boleh merujuk kepada lebih daripada 100,000 ulasan oleh pengguna mengenai Hermo – jadi, anda boleh bayangkan tawaran-tawaran hebat yang menanti anda di Jualan 1212 Beauty Takeover, kan?” kata Chua.
Chua mengucap terima kasih kepada para consumer atas sambutan yang begitu menggalakkan, di mana lebih daripada 500,000 konsumer telah melayari laman sesawang Hermo Malaysia sepanjang acara jualan 1212 Beauty Takeover.
“Ini menunjukkan bahawa warga Malaysia semakin sedar mengenai kepentingan perapian diri. Kita ingin tampil menawan, kita inginkan penampilan yang terbaik,” kata beliau.
Produk penjagaan kulit daripada jenama antarabangsa terkenal di seluruh dunia merupakan produk terlaris sepanjang acara jualan 1212 Beauty Takeover. Jika anda ketinggalan menyertai acara jualan 1212 Beauty Takeover, jangan menyesal, kerana ubah rupa ini belum berakhir. Jualan Xmas 2016 Hermo masih diteruskan sehingga Dis 31, dengan produk-produk baharu dan tawaran-tawaran terbaik daripada jenama antarabangsa yang bakal bergemerlapan dan menyinar sempena musim percutian ini. Jadi, segeralah melayari https://www.hermo.my/christmas.
3 komen
wow bestnya
ReplyDeletesuka shopping kat hermo sebab shipping laju je dan barang pun banyak yg susah cari kat mall terutamanya korean produk :)
ReplyDeletewahhh..memang suka pasal kecantikan ni...walaupun tak reti mekap sangat..calit2 je,janji nampak berseri sikit muka..haha
ReplyDelete