Breastfeeding Challenge | Bila Anak Dah Tumbuh GIGI!!
Tuesday, December 20, 2016
Yeahhhh... Tu dia. Cabaran breastfeeding sudah bermula. Actually banyak cabaran sebenarnya bila kau menyusukan anak. Antaranya susu merudum. stok susu dah habis dan macam-macam lagi lah. Tapi yang paling mengerikan kau dalam penyusuan susu ibu ni bila anak kau dah tumbuh gigi.
Nampak tak gigi 2 batang kat bawah tu? Scary hokay. Umur 8 bulan dah start tumbuh gigi. Belum tumbuh gigi pon dah start menggigit. Bila dah tumbuh gigi ni lagi lah galak dia menggigit. Dok asah gigi jer kerjanya. Tu gigi atas tak tumbuh lagi. Bukan setakat gigit, ditariknya pulak kita punya. Kau ingat plastik ker nakkkk!!!
Tengah sedap-sedap kau baring nyusukan anak sambil mata kau layu. Tetiba anak kau boleh pulak gigit. Time tu jugak lah kau menjerit terkejut macam kena kejutan letrik. Merajuk terus dengan anak. Kau memang suka dengar ibu kau ni menjerit kan Iman Harraz. Anak kau pulak menyengih jer. Kau rasa? Tak jadi nak merajuk.
Bukan tak pesan kat Harraz. Hari-hari pesan... 'Nak minum, minum jer. Tak mau gigit'. Macam lah anak kau faham kan... hahaha... Budak ni faham sebenarnya. Tapi saja jer kan. Gusi tengah gatal. Hadap lah kau. Skang ni kalau kena gigi aku picit jer hidung dia tu. Rasakan ☺☺. Panjang lagi perjalanan breastfeeding nih. Baru 9 bulan. Harap cukup sampai 2 tahun.
Note: Harraz demam semalam. Alhamdulillah pagi ni dah ok. Hope tak berpanjangan. Tak senang hati dok kat office nih :-(
5 komen
alahai...terus rasa nyilu...naura sampai 8 bulan je...kena ketap ngan gusi dia pun da rasa sakit..inikan pulak gigi
ReplyDeleteSemoga Harraz cepat sembuh..
ReplyDeleteHAhaha.. part nie memang scary.. Tengah kita dok layan mata tetiba dia geram..Digigitnya kita memang menjeritlah.. Pastu dia gelak2.. adoilah.. Tapi pengalaman nie susah nak dapat.. hehehe
sekarang sakit nanti pasne rindu taw moment ne
ReplyDeleteadui..cair hati ibu tengok muka macam tu...tak pe, gigit la, nak..ibu pasrah je...hehe
ReplyDeletetime menyusu anak memang buat kita cepat nak layu..sekali anak menggiggit.teruslah segar biji mata..hehehe
ReplyDelete