Persiapan Persekolahan 2017!!!

Monday, November 21, 2016

Haaaa... Curlass kau kan. Cuti sekolah pon belum lagi kau dah siap buat persiapan persekolahan. Apa cerita nih? Cerita nya... Aku dah beli sikit-sikit persiapan persekolahan untuk anak-anak. Bayangkanlah tahun depan Iman Hakimi darjah 4, Qahirah darjah 1 dan Qhalif pulak Tadika. Agak-agak berapa perbelanjaan yang kau kena keluarkan? Pitam jugak lah.


Sebab tu lah kena buat preparation awal-awal. Senang nak budget nanti. Macam aku, ingat nak beli barang-barang time cuti sekolah jer nanti. Bukan apa... anak-anak kan cepat membesar. terutama anak lelaki. Nanti kalau beli awal-awal takut tak muat. Sekejapan jer dah meninggi. Tapi husband cakap dia nak beli awal jugak. Beli lah besar sikit. Takut terpakai pulak duit tu nanti katanya. Peruntukan memang husband dah sediakan untuk persekolahan anak-anak tahun depan... Alhamdulillah...


Maka... Dengan semangatnya husband gi cari kelengkapan sekolah dengan anak dara kesayangannya minggu lepas. Berdua hokay. Ibu tinggal. Tau-tau jer dapat call dah ada kat Pasaraya Hari-Hari. Standard aku cari barang-barang persekolahan anak-anak dekat Hari-Hari jer. Itu yang mampu poket. Nak beli jenama Canggih ker. Professor ker... Memang diluar kemampuan. Kami mampu dengan jenama Jony Jeny ni jer. 

Petang tu beli barang Qahirah. Malam pulak husband beli barang Iman Hakimi. Kena tinggal lagi aku sebab dorang pergi berdua jer. Bersyukur sebab husband yang uruskan semua. Pandai lah dia pilih barang-barang persekolahan. Dari Baju kurung, tudung, baju sekolah, kasut sekolah,dan jugak socks untuk Iman Hakimi dengan Qahirah semua husband yang beli. Husband lagi expert dari aku kot. Kau tahu lah orang perempuan kalau membeli kan. Kalau tak lama tak sah. Semua nak dibeleknya satu-satu. Nak senang.... Biar husband pergi sendiri dengan anak-anak. Habis citer.


Bagus ker jenama Jony Jeny nih? Dari Iman Hakimi darjah satu dah pakai jenama ni. Kualiti setanding dengan jenama-jenama lain. Memang tahan lasak sampai akhir tahun lah. Cuma yang tak tahan lasak nya bila anak kau menggosok baju. Api seterika besar. Maka berlubanglah  baju sekolah dia. Bukan sepasang tapi dua pasang berlubang kau tahu tak. Jarang sebenarnya Kimi gosok baju sekolah dia sendiri. Tapi memang dah di ajar gosok baju sendiri. Nasib lah mak kau tak jadi tarzan sebab dah nak habis sekolah. Kau pakai lah baju masa darjah dua tu. Sado pon sado lah. Kau nampak... Baju masa Iman Hakimi darjah 2 masih boleh dia pakai lagi, Cuma dah mengecut jer lah sebab Iman Hakimi dah besar. Memang aku puas hati dengan jenama Jony Jeny nih.

Berapa total cost untuk semua barang persekolahan Iman Hakimi dengan Qahirah? Hurmmm... dekat Empatratus jugak lah. Itu baru kos untuk Sekolah Kebangsaan. Belum masuk kos buku-buku sekolah kebangsaan. Belum masuk kos untuk baju-baju dan buku-buku Sekolah Agama dan juga belum masuk kos registration untuk tadika Iman Qhalif yang berjumlah Enamratuslebih tu. Makan ribu riban gak nih untuk tahun depan. Nanti aku buat entry berapa kos untuk baju sekolah, kasut, tudung semua tu yerp.  

Note: Minggu ni last sekolah. Jalan mesti kurang traffic jammed nya kan ☺☺


You Might Also Like

13 komen

  1. bila tengok perbelanjaan sekolah anak memang mengerikan kan fiza...sy yang belum ada anak sekolah ni pun ngeri tengok...

    ReplyDelete
  2. erm samala.. tahun depan yg sulong darjah 1 n no 2 tadika 5 tahun.. yuran n baju jer dh berapa.. blm camtu buku2 lg.. jenuh dok bajet skrg ni..

    ReplyDelete
  3. awal lagi nk shoping!! cuti pun x da lagi..sedih tul

    ReplyDelete
  4. mcm akk pun suka buat persiapan awal..tak pening kepala..kdg last minute habis size bagai :)

    ReplyDelete
  5. akak try la gosong baju dengan wap air tu . eehehhee

    ReplyDelete
  6. kitorg beli kat kilang kat johor.. pun nak cari yg murah jugak..

    ReplyDelete
  7. marilah pergi ke hari hari...hehe teringat lagu ni

    ReplyDelete
  8. pusat pakaian hari-hari harga memang amat berpatutan.. hehe..
    btw, jemput singgah lg tempat saya ye.. =)

    ReplyDelete
  9. Perbelanjaan untuk persekolahan anak2 sekarang lebih tinggi sebab kebanyakkannya naik harga.
    Tapi itu yang perlu diutamakan.
    Itu belum lagi senarai bayaran yang perlu dijelaskan kepada sekolah/pibg.

    ReplyDelete
  10. Senang settlekan awal awal. Nanti dah takyah fikir kan :)

    ReplyDelete
  11. Rupanya anak-anak kita sebaya... saya pun dah start plan apa nak dibeli untuk sekolah anak-anak tahun depan.

    Apa yang tak perlu dibeli pun saya dah tulis.. hahahaha faris bila saya kata tahun depan dia takkan dapat beg baru sebab begnya masih elok dan tahan lasak, mulalah dia tarik muka merajuk. Tak dapek nak nolong do nak oiii... memang kena banyak cut cost...

    ReplyDelete
  12. Aida dpt gaji khamis ni akan terus beli baju skola diorang. Kasut. Nak sambar sementara ada sales kat few malls ni utk krismas kan...

    ReplyDelete
  13. woww..bagus ni...
    lya dh buat budget smua..cuma blm beli lg..
    Fasya pakai brand Newbery je..kualiti pom ok..
    pasni nk try brand Jony-Jeny plok la

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive