KidStrong Phase 2 Roadshow!!
Wednesday, November 30, 2016
Masih belum terlambat lagi nak share dengan korang semua mengenai A KidStrong roadshow yang sudah pon bermula dari dari 21 Nov 2016 sehingga 2 Disember 2016 yang terletak dilokasi berikut:
UM Specialist Centre Petaling Jaya
(21st Nov 2016 – 2nd Dec 2016)
Intermark Kuala Lumpur
(23rd Nov – 2nd Dec 2016)
A KidStrong roadshow ni sebenarnya untuk apa? Ok... ianya adalah pameran bergerak dalam satu usaha untuk mewujudkan kesedaran mengenai penyakit Pneumococcal. Sangat sesuai untuk parents to be dan juga untuk parents-parents yang masih kabur tentang penyakit Pneumococcal ni. Terdapat aktiviti menarik yang boleh korang join semasa pameran itu nanti, seperti jualan barangan KidStrong seperti rompers bayi dan jugak swaddles.
Sempena dengan KidsStrong roadshow ni juga, 100% daripada hasil penjualan ini akan disalurkan kepada Yayasan Chow Kit. KidsStrong roadshow ni juga akan menjadi lebih hebat jika korang semua dapat bersama-sama menyokong usaha ini dengan mewujudkan kesedaran dan dalam masa yang sama dapat membantu kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit. Jom kita beramal.
Pada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen KidStrong dan juga pada mereka yang berdekatan dengan lokasi pameran. Boleh lah luangkan masa untuk singgah dan berikan sokongan yer.
1 komen
jauhnya..huhuhu
ReplyDelete