Jom Berkenalan Dengan Udang Lipan
Thursday, November 10, 2016Haaaa!!!! Udang Lipan? Udang apa tu? Tak pernah dengar pon. Iyerlah... Yang korang kenal udang galah, lobster, udang geragau dengan udang yang biasa makan jer. Udang yang pelik sikit mana nak kenal kan. Sama lah macam aku nih haa. Ni info pasal Udang Lipan. Sumber [Wikipedia]
Udang Lipan, udang mentadak atau udang ronggeng (bahasa Inggeris:Mantis shrimp) merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut.
Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan,
tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua
haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 sentimeter (12 in)
panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah
direkodkan di Hawai.[2] Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks.
Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada
warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan
antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika
dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies
menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.[3]
Nah... Ni dia sebekas penuh Udang Lipan. Besar-besar pulak tu. Ada banyak nama Udang Lipan ni. Ada yang panggil Udang Ketak dan ada juga yang panggil Udang Mentadak. Sebelum ni pernah jugak dengar pasal spesis Udang Lipan ni. Tapi tak pernah lah tengok depan mata. Sekali bila husband kata dia beli Udang Lipan... hurmmm... Moh ler kita nengok macam mana rupanya.
Ni seketul Udang Lipan. Sumber [SINI]
Jujur aku cakap. Masa 1st time tengok memang meremang jugak lah bulu tengkuk kau dengan bentuknya yang macam lipan tu. Hujung-hujung jari jer aku pegang sebab rasa geli. Pada hal bukan hidup pon udang lipan tu... Hahahaha... Lepas tu nak mengerjakannya pon satu hal jugak. Tak reti aku nak menyiangnya. Main bedal jer lah aku potong. Luka gak lah jari sebab ada bahagian yang tajam-tajam.
Lepas tu kan. Kau blur tak tau nak masak apa dengan Udang Lipan nih. Maklumlah.... 1st time khenn. Tapi ramai yang suggest rebus pon sodap. Buat goreng kunyit pon dah ok. Masak kari pon boleh. Masak lomak cili api lah. Goreng tepung. Nahhhh... Kau buat masak apa #makanakempat?? Tunggu aku sambung next entry lah yerp.... ngeeee....
Note: Masalah hari-hari si tukang masak... Tak tau nak masak apa... ppffttt....
4 komen
x pernah cuba
ReplyDeletenak kena cuba nie
Ye betul tu.. Masalah buat semua yang memasak di rumah...
ReplyDeleteTak tau nak masak apa.. hehehe..
Udang lipan nie memang susah sikit nak siang..
Ayah saya ajar, bekukan dulu baru senang nak siang..
hehe..
Hahaha... Kalau saya pun geli!!!
ReplyDeleteKalau pegi pasar atau jeti nelayan, selalu nampak udang lipan ni.
ReplyDeleteTapi jarang2 beli.