Yogurt Ilaollao Meraikan Ulangtahun yang Pertama di Malaysia

Tuesday, October 18, 2016


Wah... Dah setahun rupanya usia Yogurt llaollao ni bertapak di Malaysia yerp. Nak tahu tak? Dalam tempoh hanya setahun, para penggemar llaollao di Malaysia telah memakan 20,000 kilogram buah-buahan dan 120,000 liter yogurt asli! Woww... Saya pernah share mengenai kesedapan yogurt llaollao [DISINI]. Tak teringin ker nak cuba? Sedap sangat tau sebab disajikan dengan topping rangup atau buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, nangka, buah naga, mangga dan banyak lagi lah.


Sempena meraikan ulangtahun pertama Yogurt llaollao di Malaysia ni, Ilaollao menawarkan harga istimewa RM11.00 ke atas pembelian semua saiz tab dan Sanum pada 18 Oktober ini. Harini uolls. Bukan itu jer, ada kempen “Well-nesday” mulai Oktober tahun ini. Dengarnya... 5 lagi cawangan bakal di buka akhir tahun ni. Meh baca:

Pelanggan teraju gaya pemakanan yang lebih sihat dengan Ilaollao


KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Gaya pemakanan sihat yang ditonjolkan para penggemar Ilaollao harus dijadikan teladan kepada masyarakat umum. Dalam tempoh hanya setahun, para penggemar llaollao di Malaysia telah memakan 20,000 kilogram buah-buahan dan 120,000 liter yogurt asli!

Disajikan dengan topping rangup atau buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, nangka, buah naga dan mangga, llaollao berjaya mendorong rakyat Malaysia memakan buah-buahan di mana beratnya menyamai 200, 000 biji epal atau lima ekor gajah.

Ilaollao, yang kini tampil sebagai jenama yogurt sejuk beku yang paling pantas berkembang di Eropah, telah menghidangkan sejumlah 120,000 liter yogurt semula jadi – dalam erti kata lain, cukup untuk mengisi 3,000 tangki kereta bersaiz sedan.

“Semasa Ilaollao mula-mula diperkenalkan di Malaysia setahun yang lalu, Ilaollao berhasrat untuk menggalakkan rakyat Malaysia menukar gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Para pengguna semakin mencari alternatif atau pilihan kaedah pemakanan yang sihat dengan mengurangkan pengambilan gula, garam, makanan yang tepu iaitu berminyak dan berlemak,” kata Tan Kai Young, Pengarah Loob Management Services Sdn. Bhd.

Tan berkata, semakin ramai rakyat Malaysia yang arif tentang pengambilan makanan dan gizi seimbang dan Ilaollao berharap dapat memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran betapa pentingnya diet atau tabiat pemakanan yang baik. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, National Health and Morbidity Survey (NHMS) tahun lepas (2015) menunjukkan, 94 peratus `(94%) rakyat Malaysia dewasa memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak mencukupi dalam pemakanan mereka.

“Melalui Ilaollao, kami menyediakan yogurt sebagai makanan pelengkap pilihan yang rendah kalori dan lemak tetapi berperisa tinggi. Ilaollao lebih daripada sekadar sajian pencuci mulut atau makanan ringan – ia begitu lazat dan berkhasiat dan boleh dijadikan satu sajian penuh.

“Kami terdorong untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia memilih makanan pilihan yang lebih sihat; ini menunjukkan tahap kesedaran yang semakin meningkat,” kata Tan.

Sebagai penghargaan kepada para pelanggan setia dan meraikan peralihan kepada gaya pemakanan yang lebih sihat, sempena dengan ulang tahun pertama Ilaollao di Malaysia, Ilaollao menawarkan harga istimewa RM11.00 ke atas pembelian semua saiz tab dan Sanum pada 18 Oktober ini. Untuk memanfaatkan sepenuhnya tawaran ini, inilah masanya untuk para pelanggan memesan tab bersaiz besar yang lazimnya berharga RM18.90, manakala Sanum berharga RM17.90.

Selain daripada promosi ulang tahun pertama, Ilaollao juga menambah nilai kempen “Well-nesday” mulai Oktober tahun ini.

Dengan pembelian minima tab bersaiz sederhana, para pelanggan boleh menikmati diskaun 11 peratus (11%) pada hari Rabu minggu pertama, 22 peratus (22%) pada hari Rabu minggu kedua dan 33 peratus (33%) pada hari Rabu minggu ketiga.

Pada hari Rabu minggu keempat, kadar diskaun berbalik kepada 11 peratus (11%). Dan sekiranya terdapat minggu kelima Rabu, sepertimana pada bulan November 2016, diskaun dinaikkan kepada 22 peratus (22%).

Disebut dengan sebutan Yao Yao, Ilaollao yang disediakan segar – anda tidak akan memperoleh yogurt sejuk beku yang lebih segar daripada Ilaollao. Diperbuat daripada sajian susu skim, satu tab yogurt IlaoIlao mengandungi 46 peratus (46%) kalsium yang perlu ada dalam pemakanan seharian. Walaupun Ilaollao rendah lemak, rendah kalori dan bebas gluten, tiada kompromi dalam kelazatan rasanya sebagai yogurt yang kaya lagi berkrim.

Sebagai memberi kelainan rasa, IlaoIlao menawarkan pilihan topping yang pelbagai, daripada buah-buahan segar dan berperisa kepada kerangupan bijirin, muesli, ‘cookies’, kacang dan rasa yang klasik iaitu OREO®.  Kerangupan dan perisa diimport dari Eropah dan kebanyakannya tidak dapat dibeli atau diperoleh di mana-mana pasar raya tempatan.

“Kejayaan awal Ilaollao menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mengalu-alukan konsep F&B (makanan dan minuman) premium yang pantas. Hari ini para pelanggan beralih daripada makanan segera kepada ‘gourmet’ dan kualiti bahan-bahan adalah penting untuk mencapai rasa sebenar dengan sepenuhnya.

“Inilah nilai-nilai yang kami dukung tinggi; nilai-nilai ini ada pada semua jenama dan di bawah portfolio Loob Holding, sama ada Ilaollao, Chatime, Gindaco atau Tino’s Pizza,” kata Tan.

Bertitik tolak daripada pembukaan pertama cawangan di Pavilion pada bulan Oktober tahun lepas, IlaoIlao kini mempunyai 14 cawangan, di mana cawangan di KLCC akan dibuka untuk para pelanggan pada Oktober 15, 2016. Sebelum tahun 2016 menutup tirai, lima lagi cawangan akan dibuka di lokasi berikut: Sky Avenue, Genting; AEON Tebrau dan City Square di Johor Bharu; Ipoh Parade di Ipoh; dan Sunway Velocity di Cheras, Kuala Lumpur.

“Ketika kami bermula pada tahun lepas, sasaran kami ialah untuk membuka 35 cawangan menjelang tahun 2018. Kita sekarang ini sudah di garisan tengah dan segala perancangan nampaknya berjalan dengan lancar dan berada di landasan yang betul,” ujarnya.


You Might Also Like

6 komen

  1. wahhh ingat aiskrim. rupanya yogurt. nampak sedap dan menyihatkan. boleh try kalau terjumpa nie :D

    ReplyDelete
  2. Sedap tak..
    Tak pernah jumpa lagi la yogurt ni.. Minta2 dorang buka kat area sini gak.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive