SAFI Shayla Pek Fleksi | Shampoo Untuk Wanita Berudung
Thursday, October 13, 2016
Siapa yang tak kenal dengan jenama shampoo Safi Shayla kan. Antara jenama shampoo yang digemari ramai dan saya merupakan salah seorang pengguna Safi Shayla. Tertarik nak membeli dulu pon disebabkan ianya sesuai untuk wanita yang bertudung. Tu yang terus terpaut nak beli. Ada yang tak familiar dengan jenama ni ker? Meh baca kalau nak tau keistimewaan jenama Safi Shayla ni.
Rambut merupakan mohkota setiap wanita kan. Pemilihan shampoo juga sangatlah penting untuk mengelakkan rambut rosak dan berbau disebabkan pemilihan shampoo yang salah. Tak kira lah yang bertudung atau pon tak bertudung. Bagi wanita bertudung macam saya ni, lagi lah nak kena jaga rambut tu. Sebab kadang-kadang kalau basuh rambut memang tak sempat nak keringkan. Lepas tu terus pakai tudung. Tak kan nak tunggu weekend baru nak basuh rambut kan.
Tak berbau ker rambut yang tak sempat kering tu? Iyerlah… Sebab kepala tu bertutup kan. Takut bau kepam jer rambut tu. Jangan risau, dengan Safi Shayla rambut korang tak berbau. Memang tersangat lah wangi. Sebelum ni saya pakai warna hijau. Tapi bila pakai warna pink untuk rambut licin terurus ni, terus jatuh cinta dengan bau nya. Memang licin jer rasa rambut tu. Asik nak belai-belai sebab best rasa rambut lepas shampoo. Sampai anak-anak puji rambut ibu dia ni berbau wangi sangat.
Apa yang best dengan shampoo Safi Shayla ni? SAFI Shayla merupakan rangkaian jenama syampu khas untuk wanita bertudung yang diperkaya dengan Habbatus Sauda. Dan Safi Shayla juga dengan bangganya telah memperkenalkan bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita iaitu Safi Shayla Pek Fleksi. Ada banyak fungsi Safi Shayla Pek Fleksi ni dimana ianya boleh digunakan terus atau untuk digunakan sebagai pek isian semula dan juga bleh digunakan sebagai pek kembara. Mudah kan.
Didatangkan dengan 8 jenis pilihan shampoo iaitu:
- Safi Shayla Hitam Menawan
- Safi Shayla Segar Bermaya
- Safi Shayla Anti Kelemumur
- Safi Shayla Itch Control
- Safi Shayla Kawalan Minyak
- Safi Shayla Kawalan Rambut Gugur
- Safi Shayla Kawalan Rambut Rosak
- Safi Shayla Licin Terurus
Pek inovasi bersaiz 480g yang mesra alam ini berharga RM14.65 dan boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk Safi Shayla, boleh layari:
Facebook: www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram: @safimalaysia
Youtube: www.youtube.com/safimalaysia
2 komen
tak pernah try lagi..adik ipar pkai..wangi
ReplyDeletebest shayla ni. kita memang pakai shampoo ni :D
ReplyDelete