Air Oh! Air

Monday, October 10, 2016

Biar tak ada elektrik dari tak ada air. Hazab woihhhh!!! Especially untuk orang-orang yang ada baby dan anak-anak kecik macam #makanakempat ni ha.


Kisahmyaaaaa... Memang ada gangguan bekalan air kat area Seksyen 7 Bangi last week. Mungkin kat apartment ni termasuk sekali. Tapi disebabkan ada air tangki besar, air memang sentiasa ada. Dengan bangganya kau pon tak der lah tadah air. Sebab sebelum-sebelum ni kalau ada masalah air, umah aku ni tak putus airnya. Ada jer mengalir. Tapi kali ni sebaliknya. Kau hingat air tangki tu tak kan habis ker? Hamik kau. Maghrib semalam masa nak amik wudu' terperasan air dah kecik.

Apalagi... suruh kimi tadah air dalam tong putih. Alahaiii... kecik jer tongnya. Tak besar mana pon. Pastu isi dalam baby tub. Tong air kat umah aku memang nan hado. Tadah jer lah dalam bekas yang ada. Sempat lah tadah dan sempat jugak lah basuh sket pinggan mangkuk. Pastu air terus mati. Husband tak der. Biasalah... standby dah nak masuk 3 minggu kot. Kebosanan tahap langit ketujuh sebab mereput jer kat rumah woihhh. Ni semua gara-gara air... ppffttt...

Whatsapp husband kata air dah tak der. Bebudak ni aku suruh tahan dari nak membuang. Tunggu air ada kalau nak membuang pon... hahaha... Sekali husband call nak hantar air. Perghhhh... Mentang-mentang orang rumah kerja SYABAS kan. Sekejapan lori air sampai masuk apartment. Aku pon mulalah selongkar bekas yang boleh di isi air. 

Meriah rumah malam semalam. 1st time kot SYABAS hantar air kat rumah aku tu. Iyerlah... orang kuat SYABAS kan duduk situ... hehehehe... Seronok tengok jiran-jiran happy dapat air. Pagi ni air dah ada. Tapi.... alahaiiii... Malu-malu nak keluar. Kecik bebenor pastu keruh sket airnya. Tak puas rasanya mandi pagi ni. 

Pengjarannya... Sila beli tong air yerp. Kena standby jugak even rumah kau duduk tu ada tangki air yang besar. Semoga bekalan air pulih seperti sedia kala lah hendaknya. Sian kami anak beranak ni yang dah dekat sebulan mereput kat rumah sebab husband kena standby.

Tanya jugak husband, kenapa tak der notis gangguan bekalan air? Kata dia kalau kes air empangan tercemar, macam mana nak bagi notis. Air kena tutup on the spot. Tak kan nak bagi notis dulu baru nak tutup air. Minum air tercemar korang nanti. Lain lah kalau dah rancang awal-awal macam nak bersihkan air empangan. Notis di beri terlebih awal pada pengguna. Macam bekalan letrik. Tetiba tak der letrik. Apa puncanya? Notis pon tak der. Macam tu jugak dengan masalah air. Kita pon tak boleh nak expect macam mana boleh berlaku masalah air nih. 

Apa-apa pon terima kasih kat SYABAS sebab hantar air. Dorang dah buat sebaik mungkin nak agihkan air kat tempat-tempat yang tak der air. Standby tiap-tiap hari dari 8 malam sampai 8 pagi. Habis standby buat kerja hakiki pulak. Pastu sambung standby lagi. Kekadang tak cukup orang. Hangin gak kekadang dengan orang yang tahu merungut jer. AKu pon kena tempias gak bila suami asyik standby. Kau ingat tak penat ker uruskan anak-anak sorang diri hari-hari pagi, siang, petang dan malam?

Sekian luahan perasaan dari isteri pekerja SYABAS... muahahaha....

Note: Minggu ni mnggu exam. 

You Might Also Like

11 komen

  1. alahai..susahnya takde air kan..mmg seluruh selangor ke takde air?..

    ReplyDelete
  2. Aku lebih sanggup x ada letrik dpd air .. x air seksanya noks .. nak mkn nak mandi nak cuci baju .. nak o o lagilah payah .. huhu

    ReplyDelete
  3. sanggup SB hidup tanpa letrik (dan tenet) dari tak da air. nak membuang pon payah!..hihi

    ReplyDelete
  4. Xde air pun susah, Xde api pun susah

    ReplyDelete
  5. Seksanya air takdeeee. Aaaaa. Good luck kak exam! :)

    ReplyDelete
  6. Betullah Fiza, sebaiknya sediakanlah tong utk simpan air
    Kakak rasa isu ni belum ada kesudahannya.
    Kesian bebudak tu kena tahan nak membuang.

    ReplyDelete
  7. Susah kan kalau xde air ... Mandi tu masih lagi boleh ditahan ... Nak membuang cam ner nak tunda ...

    ReplyDelete
  8. Kena jugak tak de air ni. Nasiblah sehari je. Itu pun dah tersiksa jiwa raga rasanya.
    Untunglah suami kerja SYABAS, rumah tak de air dan dan terus dapat air.

    ReplyDelete
  9. Oh, begitu kisahnya! Barulah faham bila ada penerangan macam ni dari isteri pekerja SYABAS itu sendiri. Tapi biasalah Fiza, kalau tak tahu hujung pangkal cerita, memang tahu nak angin satu badan aje lebih-lebih lagi bila boleh pinpoint kesalahan tu pada orang lain ^_^

    Saya memang tak sanggup kalau takda air ni. Siksalah jiwa raga. Lagi siksa dalam rumah saya ni, saya aje yang selalu bertungkus-lumus kalau tengok pili air kecil. HD memanjang suruh rileks aje...

    Rumah saya memang banyak bekas air tapi bila saya penuhkan dan simpan sampai berbulan-bulan, takdalah pulak bekalan air terputus tiba-tiba. Kalau saya buang aje bekas, mulalah kiri-kanan orang bercerita ada masalah air takda! Stress!

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive