Sumber Ayu | Penjagaan Semulajadi Untuk Kawasan Intim

Friday, September 23, 2016

Psstttttt… Korang ada masalah Miss V atau kawasan intim ker? Masalah kegatalan atau ketidakselasaan pada kawasan tersebut? Penjagaan kawasan keintiman wanita adalah sangat penting tau. Bukan untuk wanita yang dah berumahtangga jer, malah yang muda belia pon patut amik tahu mengenai penjagaan kawasan intim nih. Jangan sampai Miss V dah kena jangkitan dan berbau baru nak cari ubat. Mencegah lebih baik dari mengubati kan. 


Ni nak sharing dengan korang semua mengenai satu produk pembersih wanita iaitu Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU. Merupakan penjagaan semulajadi untuk kawasan intim yang bersih dan sihat. Pembersih kewanitaan Daun Sireh Sumber Ayu ni dah berwajah wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated

Apa yang bestnya Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU nih? Ianya diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan. Terdapat enam wangian yang menarik. Memang tersangat lah wangi. Meh tengok nih:


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid – Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Mawar – Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis 

Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Floral – Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Musk – Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Wanita Daun SirihS UMBER AYU Fruity – Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur. Dan tak perlu rasau kerana ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah. 

Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU boleh didapati pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Boleh di dapati si semua pasaraya utama dan juga Farmasi sekitar anda 




You Might Also Like

8 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive