Sembang Petang Jumaat | Rezeki
Friday, September 02, 2016
Tak padan dengan keja banyak. Nak ajak menyembang plak kan. Aku dah pening main dengan nombor dengan kira² ni. Aci lah kalau nak menyimpang kejap. Lagipon aku nak consistent menulis balik. Tak der orang nak baca pon tak per lah. Janji blog ber update. Nak citer pasal rezeki jer pon. Rezeki datang dalam perlbagai bentuk kan #ayatclichetakhabishabis.
Alhamdulillah... Rezeki blogging. Tak sangka akan dapat printer nih. Persetujuan untuk menyahut cabaran [HP Mind Benders] membuahkan rezeki bila pihak HP bersetuju untuk memberi sebuah printer kepada blogger yang join. Ya! allah... Rasa macam mimpi jer dapat email dan call tanye bila boleh hantar printer. Thank you so much HP Malaysia and PR for the HP DeskJet Ink Advantage Ultra 4729 All-In-One Printer. Lepas ni kita boleh main printing² yerp anak² 👦👧👦👶💃💃
Tengah bulan haritu plak dapat ticket Sunway Lagoon. Anak² lah yang paling happy. Asik tanya jer bila nak pergi. Tapi tu lah. Macam² hal jadi kan. Baru last week berkesempatan nak pergi sebab due date nya sampai 31 August haritu. Berjimbalah kami anak beranak dari pagi sampai lah ke petang. Kepenatan yang berbaloi sebab dapat gembirakan hati anak². Siap ajak pergi lagi. Tunggu lah kalau ibu dapat free ticket lagi yerp... hehehe...
Ada jugak lah rezeki blogging dalam bentuk barangan . Dapai [I-Angel Baby Hip Seat Carrier]. Bertambah koleksi babywearing. Dapat voucher [LEGO] worth RM400. Untung lah anak² dapat beli Lego idaman hati. Dapat makan sedap kat [Just Seafood]. Dapat [Beauty Voucher] percuma. Dapat gi event [Scott's kat Aquaria, KLCC]. Dan ada lagi lah.
Siapa kata jadi blogger ni tak mendatangkan hasil? Untung jadi blogger tau. Tapi tu lah... Lain blogger lain rezekinya. Even jarang dapat rezeki review. Dapat rezeki dalam bentuk barang pon dah bersyukur. Yang penting... Jangan cemburu dengan rezeki orang lain 👌👌. Kau tak boleh lah nak persoalkan kenapa blogger ni dapat job tu tapi kau tak dapat. Tipulah kalau tak terdetik rasa cemburu. Kan dah cakap R.E.Z.E.K.I memasing kan. Bersainglah secara sihat.
Cuma sejak ada handbang baru @ Iman Harraz ni, kemalasan nak gi event tu tinggi. Melainkan kalau event yang membabitkan anak². Yang ni aku suka dan tak boleh nak tolak. Seronok sebenarnya bila dari suka² buat blog dah boleh buat side income dengan blog jugak.
Ok... Tu jer bebelan untuk petang jumaat ni. Nak sambung memeningkan kepala dengan nombor dan kira² balik. Have a great weekend uolls ☺
Note: Pasal dapat printer pon nak gebang kan blog... hahaha... ☺
.
10 komen
Alhamdulillah ... rezeki anak2
ReplyDeleteMoga makin murah rezeki akak dengan blogging :)
ReplyDeleteTAHNIAH FIZA MURAH REZKI
ReplyDeletenak jugak tiket sunway lagoon :(
ReplyDeleteNi lah untung jadi blogger..bebel tak bebel sorang sorang dalam blog, tup tup dapat hadiah. Tahniah ya
ReplyDeletedapat printer tu...wah murah rezeki =)
ReplyDeletealhamdulillah rezki :)
ReplyDeleteantara rajin dgn tak je kan?
kalu cam mak zakwan ni mmg takkkk rajin la nak g event2 ni huhu
nak kena gi cyber berguru dengan fiza ni... kat cyber lagiker??? rindu gak nak sembang.. dulupun jumpa tak lamakan... nantilah bila kita sama2 free bolehler ... akak ni selalujer ke cybertu... gi sp setia...
ReplyDeleteMurah rezeki Fiza. Wah blog dah berwajah baru. Blog Asiah je dok lagu tu je. Teringin jugak nk berwajah baru,hihi...tahniah Fiza dapat Printer free ;)
ReplyDeletealhammdulillah
ReplyDeletebestnya dpt pergi event yg blh bawa anak2. baru lah best sbb x payah kene tinggalkan. tapi yu lah jarang dpt event yg blh bawa anak..
..
teringin juge nak join.