Natural Remedy Untuk Hilangkan Batuk Bayi!!!

Thursday, September 22, 2016


Siapa yang tak risau bila anak dah start batuk² kan. Bukan setakat batuk jer. Kalau sakit, demam dan terluka pon dah buat kau menggelabah kerisauan. Lebih² bagi ibu yang bekerja yang cutinya banyak dihabiskan untuk anak² bila anak² tak sihat dan baki cuti tinggal nyawa² ikan. Kalau cuti tinggal zero dan kebetulan kau kena cuti emergency, maka tolak gaji lah jawabnya. Kesian kan.

Ni kisah last week. Harraz batuk². Bagi ibu macam aku yang ada pengalaman anak admitted due to bronco pneumonia, bila anak dah start batuk sikit jer hati kau sebagai seorang ibu dah mula risau tahap langit ke tujuh. Risau yang amat sangat. Terbayang saat² dimana ahli physio masukkan tiub kat tekak anak kau untuk keluarkan kahak² jahat. Nangis wei. Aku tak nak benda tu berulang. 

Kenapa tak bagi makan ubat? Kau tau kan, pemberian ubat batuk dan demam kepada anak² kecil terutama berumur 3 tahun ke bawah tidak dibenarkan. Banyak kajian yang dilakukan membuktikan bahawa ubatan ini sebenarnya tidak membantu dalam melegakan batuk dan selsema mereka. Sumber [SINI]. Macam Harraz ni dah macam² ubat masuk dalam badan dia since kena UTI (Urinary Tract Infection) due to Prolonged Jaundice. Admitted sampai 7 hari. Lepas tu kena [Bronco Pneumonia] plak. Admitted 5 hari. Dah berapa banyak ubat yang masuk selama Harraz admitted tu? Kalau boleh aku nak elak bagi ubat dah. 

Tu yang bila Harraz start batuk aku dah cuak giler. Jadinya moh lah kita try buat Garlic Steam. Nasib last week aku cuti seminggu. Ada hikmah disebaliknya. 4 hari berturut² aku buat sehari 2 kali. [Minyak Herba Asma Mujarab] pon sapu jugak. Kita usaha, tawakal dan berdoa sebab yang menyembuhkan tu DIA. Macam mana nak buat garlic steam ni? Ramai yang dah sharing macam mana nak buat. Tapi aku nak share jugak...hehehe... Senang jer.    


Pakai rice cooker senang. Banyak sikit wap yang keluar. Kalau pakai air panas letak dalam bekas, air tu cepat sejuk. Letak air dalam periuk. Tak payahlah kau isi penuh². Suku sudah lah. Ketuk bawang putih dalam 5-7 ulas. Letak dalam periuk yang berisi air tadi. Titiskan dengan minyak Habatussauda dalam 2-3 titik.


Bila perik dah panas dan dah mula berasap, wap kan lah muka anak tu kat periuk tadi, Jangan tundukkan muka anak tu ke bawah sangat. Panas wei. tiarapkan dia dalam 90 degree. Towel tu aku tutup kejap jer sebab wap tu macam tak kena sangat kat muka. Bukan tutup penuh pon. Tapi tak yah tutup tower. Biar jer dia pusing² kan kepala. Janji wap kena kat muka. Buat lah dalam 5-10 minit.


Menangis jangan cakaplah. Sebab tu hati kau kena kental dan tabah kalau nak buat garlic steam nih. Memang menangis² dibuatnya. Kalau tak tabah sila buat teknik lain. Tapi lagi bagus dia nangis sebenarnya. Hasilnya... hati kau rasa puas sebab keluar lendir² pekat dari hidung. Bak kata [Doc Khairul]... Memang effective untuk keluarkan lendir/ kahak, especially kalau nasal blocked.


Masa Harraz admitted haritu pon physiotherapist tu siap pesan kalau anak batuk, rajin² lah buat teknik percussion . Alaaaa... yang tepuk² dada ngan belakang badan tu. Tangan dalam keadaan melengkung ke tengah. Macam dalam gambarajah diatas. Ini bagi melonggarkan kahak² jahat dan degil yang dok melepak kat paru². Buat dalam 15 minit. Make sure sejam atau setengan jam sebelum tu anak tak minum susu lagi, Ini bagi mengelakkan muntah.  


Boleh jugak buat macam nih. Member yang sharing. Katanya serasi dengan anak dia. Dia buat 3 hari berturut². Hilang batuk ngan selsema anak dia. Tips lain boleh jugak buat minyak bawang putih. Caranya... BAKAR BAWANG PUTIH. CAMPURKAN DENGAN OLIVE OIL SIKIT DAN PICIT² BAWANG PUTIH YANG DAH DIBAKAR TADI BERSAMA OLIVE OIL BAGI SEBATI BAWANG PUTIH DEGAN OLIVE OIL. AMARAN... SAPU SIKIT DULU TAKUT KULIT ANAK JENIS SENSITIVE. KALAU OK BOLEH PROCEED SAPU KAT DADA, BELAKANG BADAN DAN TAPAK KAKI.


Alhamdulillah... Sejak buat garlic steam ni, ada lah nampak perubahan. Dah tak batuk malam². Tak terganggu dah tidur Harraz. Kena rajin buat kalau anak dah start batuk.

Note: Kita ni alau boleh nak anak sihat jer sepanjang masa kan. Tapi tu lah... 


You Might Also Like

6 komen

  1. setakat ni tak penah lg buat cara camni.. saiyaaa taaa kuaddd hahahah..!
    tp kalu sapu minyak zaitun+bawang putih bakar tu mmg slalu amalkan klu depa selsema n batuk. olive oil tu klu terdesak sgt, pakai baby oil pun boleh.. sbb ada olive jugak.letak bawang merah tepi dorang tido pun sama..

    ReplyDelete
  2. pernah buat teknik ni masa Naura 5 bulan...kental tak kental la mak tengok anak meraung...nak cepat baik kena buat jugak.

    ReplyDelete
  3. mikhail pun start batuk , jangkit demam dari pengasuh.. risau jugak ni kalau berlarutan

    ReplyDelete
  4. betul2.
    aku baca bawang boleh serap toksid.. td aku tgk fb share pasal tampal bawang kat kaki..
    mlm ni..aku nak cuba..

    ReplyDelete
  5. mmg kena hati kental nak buat garlic steam ni...
    saya mula praktis benda ni masa danish baby lg..
    and skrang baby pun saya praktis jugak...
    mmg sgt membantu utk batuk berkahak...

    setuju sgt dgn nota kaki tu...

    ReplyDelete
  6. memang ada juga yang pernah bilang cara semacam ni ......sewaktu anak saya masih kecil

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive