His 1st Solid Food!!

Tuesday, September 06, 2016

Hamboiii... tajuk kemahen matsaleh lagi. Tapi isi kandungan dalam bahasa melayu gak kan... Hahaha... Tu lah dilema #makanakempat ni kekadang. Tapi aku rasa kebanyakan blogger pon cenggini gak kan. Cerita dah siap. Tapi masih buntu nak letak tajuk apa. Kau ingat senang nak pilih tajuk apa yang sesuai. Pilih tajuk jer dah berkerut² dahi memikir. Erkkk... Ni pon dah lari tajuk ni. Nak citer pasal Solid Food ker hapa ni? Ok... Straight to the point.


Pasal anak lah. Hapa lagi kan. Kau dan kisah anak² memang berpisah tiada... ngeeee... Ni kisah handbag baru mak yang baru jer start makan. Dah 6 bulan kan usianya. Kalau ikut hati, aku malas nak bagi Harraz makan sebenarnya. Kekonon nak buat EEBF gittew. Apa EEBF (Extended Exclusive Breastfeeding) ni? Ok... Secara ringkasnya. Kau bagi anak kau menyusu selama 2 tahun penuh tanpa sebarang makanan. Kau mampu ker? Sebab aku tak mampu lah aku bagi anak aku makan. Nanti aku share pasal topik EEBF plak yerp. 

Start rabu last week aku dengan rajinnya buat makanan pertama untuk Harraz. Alaaa... Setakat puree jer pon. Takkan itu pon kau malas nak buat. Buat permulaan ni kita mulakan dengan puree lah. Sama ada puree buah atau puree sayur. Aku buat puree carrot. Weekend baru ni plak aku buat puree Carrot ngan Japanese Sweet Potato. Bukan Harraz jer makan. Abang² ngan kakak dia sekali pon dok menadah mulut nak jugak tumpang makan. 

Kau nengok. Betapa sedapnya masakan ibu sampai kau masak puree pon anak² kau berebut² mintak disuap. Dengan hemak dia skali tumpang makan... hahaha... sedap woihhh... Manis betul carrot nya. Japanese sweet potato apatah lagi. Memang manis. Nampaknya aku kena buat lebih. Sebab ada baby² tua kat umah tu yang nak tumpang makanan Harraz sekali... Hahahaha...


Ok... sambung balik citer. Memula suap tu memang berkerut lah muka harraz. Nengok jer lah gambar ni. Iyerlah... Selama 6 bulan hanya susu ibu jer yang dia kenal. Bila 1st time bagi makan mau tak teruja. My 1st solid food ibu buatkan puree corrot + breastmilk. So yummeh sangat. Happy tummy.. Happy Me.. Happy Mommy 👶🍚👩. Habis semangkuk. 

Lepas ni nak buat puree epal, puree labu, puree brocoli, puree... erkkk... apa² puree jer lah. Dah up sikit umur tu nanti ibu buat bubur plak yerp. Kali ni kalau boleh aku nak masak sendiri makanan harraz. Tak nak beli yang instant. Harap aku istiqomah lah buat solid food untuk Iman Harraz.

Note: Nak kena selongkar balik resepi² solid food for my baby ☺



You Might Also Like

7 komen

  1. semangat anak kau makan..
    anak aku dulu x berapa nak mkan.. sampai sekrg.. kena pujuk rayu ckp dia gemuk br nak makan..
    dia suka org ckp dia gemuk, mcm pujian bg dia..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..makin bambam la iman harraz kesayangan aunty nad ni ^_^

    ReplyDelete
  3. Horeeee dah boleh mkn .. hehe. Semoga membesar dgn sihat dan kuat

    ReplyDelete
  4. waa..kejap aje dah leh makan dah hero ni..nampak sgt acik amie makin remaja..ahaksss

    ReplyDelete
  5. OK juga dlm pada muka berkerut dia nak juga telan
    Bila dah tahu nikmat lama-lama sukalah tu. Boleh tukar-tukar menu lepas tu.

    ReplyDelete
  6. hehehe msti sedap tu kan

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive