CM Security Apps | Blocking Unwanted Phone Calls
Thursday, September 29, 2016
Atau
dalam Bahasa Melayunya 'Menyekat Panggilan Telefon Dari Nombor Yang Tak
Dikenali'. Nak letak tajuk ni panjang sangat pulak. Demi nak memendekkannya,
kita letak tajuk in English tapi isi kandungannya dalam Bahasa Melayu yerp.
Bagi yang dah tahu pasal Aplikasi ni, baguslah sebab korang sangat advanced dari
aku yang baru tau kewujudan aplikasi CM Security nih.
Apa
function CM Security ni? Ada banyak sebenarnya. Korang baca jer lah detail
aplikasinya kat [SINI]. Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah, aplikasi
ni boleh menyekat panggilan dari nombor-nombor yang tak dikenali. Terutama call
yang terdiri dari penjual-penjual insurans yang kau sendiri tak tau dari mana
diorang dapat nombor telefon kau ni.
Kalau
kau selalu diganggu oleh orang yang tak dikenali yang selalu telefon tak kira
masa, aplikasi ni juga sesuai sebab ia boleh mengelakkan gangguan dengan
menyekat panggilan telefon yang tidak diingini tu. Teringat kisah 2 tahun lepas
bila [Nombor HP Di jaja untuk Khidmat Seks!!!] sampai aku fobia nak angkat
telefon.
Function
lain yang aku suka dalam aplikasi CM Security ni ialah boleh apply lock untuk laman social yang ada dalam telefon macam IG,
Facebook, Email atau picture dari dibuka oleh orang yang tak dikenali atau
dibuat main oleh anak-anak. Iyerlah… anak-anak kan suka main handphone. Bila
dorang terbukak whatapps, ntah siapa-siapa dibaginya message. Lagi haru kalau terbagi
gambar kan. Buatnya ada gambar yang terdedah auratnya. Tak ker malu.
Macam
mana fungsinya? Haaaa… korang boleh select apps apa yang nak di lock tu.
Contohnya FB. Setiap kali nak bukak FB, ko kena masukkan password baru kau
boleh bukak FB tu. Selalunya function ni kita boleh setting kalau kita nak
bukak telefon kan. Dengan aplikasi dari CM Security ni korang boleh setting
lock untuk apps apa yang korang suka. Boleh lock Play Store dan Youtube untuk mengelakkan anak-anak
daripada membeli aplikasi, permainan dan menonton video yang tidak diingini.
Aplikasi ni hanya untuk pengguna Android sahaja. Harap maklum. Ok... Sila download sekarang sebelum ejen insurance call... ngeee...
Aplikasi ni hanya untuk pengguna Android sahaja. Harap maklum. Ok... Sila download sekarang sebelum ejen insurance call... ngeee...
Note: Macam-macam aplikasi skang ni. Sampai tak tau nak download yang mana kan.
1 komen
good sharing,,saya pun selalu je dpt calling dr penjual insurans ni,,huh,,btw salam kenal, done follow u.
ReplyDelete