Pneumonia | Doakan Iman Harraz cepat Sembuh
Tuesday, June 21, 2016Di duga lagi. Dugaan dibulan ramadhan. #ImanHarraz admitted due to Brochopneumonia. Luluh lagi hati ibu. Apa yg ibu tak buat? Gi klinik dah. Garlic sock sudah. Steam garlic & habatusauda pon sudah 💊💊
Vitamin apa yang ibu tak makan? VCO, b-complex, vitalea, omega, kurma... Suma nak bagi susu ibu bertambah khasiat. Siapa kita untuk menidakkan apa yg dah tertulis olehNYA. DIA tau ibu kuat untuk hadapi dugaan lagi. Bertabahlah duhai hati 😪😪
Ibu mana yang sanggup tengok anaknya sakit. Kena cucuk. Kena sedut kahak. Merengek-rengek... Menangis sampai kau pon tumpang nangis sama. Tidur malam terganggu dek kerana batuk tak henti-henti. Andailah sakit tu boleh berpindah milik. Biarlah ibu jadi galang gantinya. Biarlah ibu yang sakit. Sebab ibu masih kuat untuk menahan kesakitan.
Dah macam-macam dugaan awak tanggung Iman Harraz. Dari lahir sampailah usia 3 bulan ni. Siapa yang tak nak anak membesar dengan sihat kan. Tapi ibu tau awak kuat. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Bersangka baik padaNYA.
Mohon doa kalian semua untuk #ImanHarraz cepat sembuh. Mana tahu ada diantara doa-doa kalian yang di angkat olehNYA selain doa dari ibu sendiri 🙏🙏
syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman
"semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya”... Aamiin...
Note: Dah masuk hari ketiga duduk hospital. Hospital pon banyak yang penuh.
11 komen
Amennn...in sya Allah kesabaran itu akan dibalas dengan ganjaran yang sebaik baiknya...ameenn..
ReplyDeleteSemoga Allah menyembuhkan secepatnya dengan kesembuhan yang tiada sakit lagi.
ReplyDeleteAamiin.
get well soon baby iman harraz..
ReplyDeletemoga cepat sembuh dan diberi kesihatan yang baik baby iman harraz!
ReplyDeleteSamalah anak saya hari tu, 4 hari duduk hospital.. Sekali bil RM5k++ Nasib baik ada insurans.
ReplyDeleteAllahu Fiza, semoga Iman cepat2 sembuh ye, Aamin.. tabahkan hati ye ibu.
ReplyDeletesian harraz.. skrg dah macam2 penyakit.. Allah takut.. Semoga harraz cepat sembuh tau.. Nak raya ni sayang..
ReplyDeletekesiannya baby iman, masa dzar baby dulu ada batuk juga fiza, aju sapukan krim tropika herbs, bawang putih tu bakar lenyek letak minyak telon baby dan sapu kat dada dan tapak kaki, semoga baby iman sentiasa sihat hendaknya ameen
ReplyDeleteSemoga kembali sihat seperti sedia kala si kecik.
ReplyDeletedugaan di bulan puasa.. sedih kecik2 dh keluar masuk hospital
ReplyDeleteAnak sedara pun baru keluar hospital selepas 5 hari ditahan sebab pneumonia juga..semoga Allah menyembuhkan ana Fiza.sabar dengan ujian ya
ReplyDelete