Menu Sahur Terbaik Untuk Ibu yang Menyusu!!

Wednesday, June 08, 2016

Masih mencari² menu terbaik untuk ibu menyusu?? Baca entry ni sampai habis ☺☺


Agak mencabar juga berpuasa dan dalam masa yang sama kita menyusukan anak. Bley gigil badan dibuatnya. Sebab tu lah pentingnya sahur yerp ibu² menyusu di luar sana. Jangan skip sahur. Pastikan menu² untuk sahur tu dari sumber makanan yang boleh maintain kan production susu.  

Untuk rujukan diri sendiri dan juga rujukan ibu² baru yang menyusukan anak, kita up balik [entry 3 tahun lepas]. Ini antara menu sahur terbaik untuk amalan ibu menyusu di bulan puasa.

KURMA



Seperti dalam Hadith "Sebaik² makanan untuk sahur adalah tamar/kurma "

BUAH-BUAHAN




Sediakan pada sebelah malam untuk menjimatkan masa

GREEN SMOOTHIE/JUS



Makanan yang berwarna hijau akan menambah kandungan lemak di dalam susu badan dan akan memberi kita lebih TENAGA. Blend bayam, straawberry, flax seed, vanila yogurt, fresh milk pada sebelah malam dan hidangkan di waktu sahur.

Boleh juga buat jus kurma. Cuma perlu buah kurma dan fresh milk...sedap.

TELUR REBUS



Kaya dengan protein dan Omega 3. Boleh ambil telur rebus atau separuh masak semasa sahur, jangan digoreng sebab goreng akan rosakkan telur kuning dan menyebabkan telur kuning jadi transfat yang bahaya. 

OAT



Dapat memberi tenaga yang lebih lama. Bagi yang biasa amalkan oats untuk sarapan, makanlah organic rolled oats dengan susu kambing.

LENTIL SOUP (SUP KACANG DHAL)


Menambah susu badan

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)



Memberi rasa kenyang lebih lama dan betenaga lebih lama

AIR



Elakkan dari minum air dengan banyak sewaktu sahur tetapi kerapkan pengambilan air selepas Maghrib sepanjang malam. Ni ada tips minum air untuk cukup kan 8 gelas sehari.

  1. 1 gelas selepas bangun sahur
  2. 1 gelas sebelum makan sahur
  3. 1 gelas selepas sahur
  4. 1 gelas sebelum berbuka
  5. 1 gelas selepas berbuka
  6. 1 gelas sebelum terawikh
  7. 1 gelas selepas terawikd
  8. 1 gelas sebelum tidur
Note: Tengok gambar kurma teringat kurma kat umah yang nak habis. Kena beli ni.


You Might Also Like

5 komen

  1. Bagus juga petua ni untuk bukan ibu menyusu kekal bertenaga sepanjang hari.

    ReplyDelete
  2. Sahur pagi2 wajib blend susu + kurma.. Bertenaga sepanjang hari..😊

    ReplyDelete
  3. kurma mmg bagus...bagi energy sepanjang masa...

    ReplyDelete
  4. Oh,my! Kita tak perlukan tips ni sebab Adik Cute dah 5 tahun ~_^

    Tapikan agaknyalahkan, sebab bulan puasa, tengok kurma, tengok oat, even telur rebus pun rasa letih semacam badan ni ^_^

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive