Frozen Yogurt llaollao | 7 Sebab Kenapa Perlu Berbuka Puasa dengan Yogurt Sejuk Beku

Monday, June 13, 2016

Wahhhh… Kemahen panjang tajuk tu yerp. Nak bagi tajuk tu gempak sket untuk orang teruja nak baca gittew. Ni nak citer pasal yogurt. Pernah tak korang buka puasa makan yogurt? Aku mengaku yang aku tak pernah buka puasa makan yogurt. Rasa macam pelik plak nak bukak puasa makan yogurt kan. Tapi jangan nak pelik sangat lah. Sebenarnya banyak kebaikan bila kita berbuka puasa dengan yogurt ni.


Pernah dengar frozen yogurt llaoao tak? Berasal dari Sepanyol, llaollao (disebut yao-yao) adalah jenama yogurt sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia. Sejak kedai pertamanya dibuka di Sepanyol pada tahun 2009. Yogurt merupakan makanan pilihan orang ramai untuk berbuka puasa, kerana ia begitu berkhasiat dan senang dihadam.


Jom kita redeem voucher ini. Berbuka puasa dengan yogurt anak beranak semalam.  Selepas sehari suntuk berpuasa, ia adalah penting untuk mengambil makanan yang sesuai, bukan sahaja untuk menambah tenaga tetapi juga untuk mengelakkan senak atau ketakcernaan. Langgar pantang lah aku semalam melantak yogurt ni. Sebab sedap tak hingat.

Ini ada 7 sebab kenapa perlu berbuka puasa dengan yogurt sejuk beku dari llaollao:

1. Yogurt penuh dengan probiotik

Lactobacillus dan streptococcus adalah bakteria yang membantu sistem pencernaan kita. Setelah berpuasa lebih 12 jam, badan kita perlu menyesuaikan dirinya untuk pengambilan makanan yang pertama, dan kehadiran probiotik membantu pencernaan. Ini telah dibuktikan oleh [penyelidik-penyelidik di Women's and Children Hospital di Adelaide, Australia]

2. Bermula secara ringan

Yogurt adalah amat sesuai untuk berbuka puasa kerana ia ringan dan senang dihadam. Berbukalah dengan secawan yogurt, dan menunaikan Solat Mahgrib dahulu sebelum menjamu selera penuh. Jangan bimbang, kurma kambing dan rending daging tidak akan kemana-mana.

3. Untuk nafas yang segar

Selepas sehari suntuk berpuasa, tidak hairanlah nafas kita akan berbau. Jangan khuatir, kerana yogurt dapat membantu anda. Penyelidikan yang telah dibentangkan di [International Association for Dental Research, Baltimore] telah membuktikan bahawa yogurt dapat membantu mengatasi masalah nafas berbau.

4. Penuh dengan khasiat

Yogurt sejuk beku llaollao mengandungi kandungan protein dan kalsium yang tinggi, manakala kandungan gula dan kalori adalah rendah. Diperbuat daripada susu skim hanya sebelum ia dihidangkan, satu tab yogurt llaollao mengandungi 46% daripada jumlah kalsium harian yang disyorkan. Walaupun llaollao adalah rendah lemak, rendah kalori dan tanpa gluten, kemewahan rasa yogurt yang berkrim tidak terjejas.

5. Tambah buah-buahan segar untuk gizi yang seimbang

Di llaollao, buah-buahan segar dijadikan topping untuk meningkatkan nikmat rasa yogurt sejuk beku serta menjadikannya hidangan yang seimbang.

6. Topping dan sos dari Eropah akan merangsang anda

Selain buah-buahan segar, llaollao menawarkan beraneka jenis topping seperti sos dan topping Crunches rangup seperti bijirin, bijian berkaramel, muesli dan kacang. Selain itu, llaollao juga boleh dihidangkan dengan kegemaran klasik seperti KitKat® dan OREO®.

7. Dan akhir sekali, rasa llaollao yang lazat! 

Tidak hairanlah kerana llaollao merupakan jenama yogurt sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia. 


Yogurt tersedap. Nampak tak kebaikan nya bila kita berbuka puasa dengan yogurt. Memang tersedap sangat frozen yogurt llaollao nih. Puas makan sebab cup besar. Dipadankan dengan pelbagai topping, setiap sajian llaollao pastinya akan membangkitkan selera anda. Anda boleh memilih untuk menambah:


Topping Crunches: Topping Crunches kami kaya dengan zat-zat penting seperti vitamin, mineral dan serat. Pilihlah daripada bijirin, brittle, bijian berkaramel, muesli, biskut, kacang dan juga pilihan klasik seperti KitKat®, dan OREO®.

Buah-buahan: Di llaollao, kami hanya menggunakan buah-buahan segar bermusim untuk memastikan kesegaran maksimum. Malah buah-buahan itu juga baru dipotong untuk memastikan semua kebaikannya tidak hilang. Kaya dengan serat dan vitamin, buah-buahan juga merupakan ejen pemulihan dan anti-oksidan untuk membantu anda melalui gaya hidup yang padat.

Sos: Kami mempunyai pelbagai jenis sos – mangga, coklat, strawberi, dulce de leche – untuk menyuntik rasa eksotik kepada yogurt llaollao

Nak tau tak? llaollao telah melancarkan kempen Wellnessday dengan menawarkan diskaun sehingga 33% pada hari Rabu untuk cawan yang kedua. Untuk melayakkan diri, anda perlu meneka tiga emoji buah-buahan dengan betul.


Langkah pertama: Paparkan 3 emoji buah-buahan di Facebook anda sebelum ke kedai llaollao. 

Langkah kedua: Tunjukkan pilihan 3 emoji buah-buahan anda kepada krew llaollao. Jika anda meneka ketiga-tiga emoji dengan betul, anda layak mendapat diskaun 33% untuk belian cawan yang kedua. Jika anda meneka dua emoji dengan betul, anda layak mendapat diskaun 22%, manakala jika hanya mendapat satu emoji, anda masih mendapat diskaun 11%.

Tips: Untuk meningkatkan peluang anda, layarilah Facebook llaollao Malaysia pada hari Selasa kerana emoji pertama akan ditunjukkan di sana. Ini bermakna anda hanya perlu meneka dua lagi emoji!

Cepat dapatkan frozen yogurt llaollao dicawangan berhampiran anda sekarang. Memang tak rugi beli. llaollao boleh didapati di sekitar Lembah Kelang, termasuk Pavilion, Mid Valley, One Utama, Sunway Pyramid, AEON Shah Alam dan Shell Taman Connaught. Di Pulau Pinang, llaollao terletak di Gurney Plaza. Khabarnya satu lagi kedai akan dibuka di Johor Bahru dalam masa terdekat. Unutk maklumat lanjut, boleh terjah:

Website: llaolao
FB: llaollao Malaysia
IG: myllaollao

Note: Sambil taip sambil telan ailio. Terbayang kesedapan llaollao ni. Korang mesti cuba ☺



You Might Also Like

10 komen

  1. Alaaah terliur tengok. Memang nampak ada jual dekat Mid Valley. Tapi hari tu lepas tengok harga dia terus cancel. Hahahah ! Nanti lah kita try :)

    ReplyDelete
  2. Yogurt memang sedap .. nak2 lagi jika ditambah dengan buah-buahan segar. :)

    ReplyDelete
  3. Banyak kelebihan yougurt beku ni ye Fiza..
    Betul tu..
    Kena jaga pencernaan..
    Banyak mkn ayam dan daging pun susah nak hadam..

    ReplyDelete
  4. First time dengar pasal yogurt ni.. Tapi nampak memang sedap.. Alamakaiii, terliur ler pulak.. Gugugu~
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cubalah. Nama pun tak pernah dengar. Produk baru ya. Tapi, nak dapatkan tu senang benar alahai! Dekat aje dengan rumah! Nantilah boleh cuba!

    ReplyDelete
  6. wah sedapnya bolehla cuba nnti ni fiza

    ReplyDelete
  7. ohh banyak sedap tengok gambor nih,

    ReplyDelete
  8. Llao llao singapore tak halal sbb ada ramuan rum.. kat Malaysia ni tak pasti tp tak nampak pulak tanda halal..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive