Selamat Pengantin Baru Mira

Monday, May 23, 2016

Tersama plak nama husband kita yerp Mira...ngeee...

Sabtu haritu gi Melaka. Ada wedding kat MITC. Wedding anak sedara merangkap anak kepada abang long aku. Belah pompuan dah lepas. Tapi tak sempat nak bergambar bagai. Yang kat Melaka ni belah lelaki. Memang bergambar habis lah. Dan akan ada banyak gambar untuk entry ini...hahahaha...

Malas nak citer detail² dan panjang². Maka layanlah gambar² ni yerp. 


Pengantin tak sampai lagi masa ni. Kitorang sampai pon dalam pukul 12.00pm cenggitu. Pengantin berarak dalam pukul 12.30 pm. Maka jom lah kita isi perut dulu. Lauk orang kawin ni memang sedap kan. Tapi lauk pauk kat MITC ni memang tersedap lah. Menu hari tu ada Rendang Tok, Ayam Kuzi, Kari Kambing, Sambal Fish Fillet, Acar dan macam² lagi lah. Memang suma sedap². 

Menu memang banyak. Nyesal aku makan sikit haritu sebab ada yang terlupa nak makan. Mee Kari ngan rojak buah. Boleh gittew. Sikit lama punya melepak ko lupa nak makan dua benda nih.


Lepas makan nasi ko bedal plak dessert. Ada Pavlova, Mini Red Velvet Cup Cake dengan Mini Choc Cup Cake. Lain² dessert ada kuih Car Berlauk, Seri Muka, Tapai, Cendol, Talam Ubi dan macam² lagi lah. Pop Corn ngan Ice Cream pon hado. Tahan nafsu jer aku dengan tapai dan juga kuih yang berasaskan pulut. Pantang lagi woihhh. Seram aku nak langgar pantang. 


Tengah makan pengantin pon sampai. Di iringi oleh dayang² dan hulubalang². Cantik anak buah aku nih. Siap ada joget² bagai. Rasa macam nak berjoget sama atas pentas tu...muahahaha...


Dah makan. Pengantin pon dah bersanding. Moh ler kita bergambar sampai habis bateri handphone. Mak cik vogeh da vass ngan anak² fruit. 


Me and my lovely sista. Sama ker muka kami?


Kakak bersama adik² nya...erkkk...kahkahkah...Me and my Bodyguard. Bodyguard paling kecik tengah tido. sebab keja dia memang mentido jer.


Kacau jer si Qhalif ni tau. Ibu nak bergambar ngan kakak lah. Sibuk menyelit.


Ok...kita berdua jer kakak. Me and my mini me. Sama tak? Kawan gaduh aku nih. Suka sangat cari pasal tau. 


My girl and boys. Besar dah korang.


Ini pengantin yang dah lepas 10 rahun dulu tapi fefeeling macam pengantin baru. Macam baru kawin plak rasa sebab gambar ni nampak maintain jer muka sebelum ngan selepas kawin yang nak masuk 11 tahun ni...hahahaha...perasan ko jah #jangankecamsaya ☺☺


Gambar penutup. Kerjaan si kakak dok buli adik yang tengah tido. Mentido jer dia sepanjang majlis tu. Aman damai si ibu nak makan sebab tak der gangguan. Memang Iman Harraz anak yang mudah dijaga dan tak banyak ragam...Alhamdulillah...

Buat Mira and Husaini, selamat pengantin baru dan selamat menempuah alam rimahtangga. Semoga kekal bahagia selamanya till jannah. Selesai jer majlis kat MITC, kitorang terus gerak gi cuti² ker Swiss-Garden Hotel & Residence Melaka. Kejutan buat anak² sebab dorang tak tau. Tunggu next entry,

Note: Minggu ni anak² start exam. Iman Hakimi start harini. Qahirah hari senin dah start. Good luck anak².


You Might Also Like

6 komen

  1. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai.. moga kekal selamnya...amin..
    betul lah tu Fiza. tak jauh beza muka sebelum & selepas 10 thn.. hehe..maintain jer tgk fiza..slim melim..:)

    ReplyDelete
  2. Wah.. Kat MITC.. Dekat dengan rumah saya.. Tak jemput pun.. :p

    ReplyDelete
  3. Amboi, beria-ia nak makan mentang-mentanglah baru habis pantang ya, Fiza! Lepas geramlah tu. Nasib baik ingat lagi kat pantang larang yerk ^_^

    Your mini me tu memang comellah. Sorrylah ya sebab I rasa dia memang lebih comel dari size you yang sebenar. Hahaha!

    I telan air liur aje baca entri ni. Tahan ajelah puji-pujian ke atas diri sendiri oleh tuan punya blog ni...

    ReplyDelete
  4. selamat pengantin baru!
    selamat terima anak sedara menantu. eh, ada ke? hahaha! :P

    kite bleh komen thru web version. klu mobile version takleh komen. tp x pe, apedehal.. hehe.. saje bgtau :)

    ReplyDelete
  5. pengantin pmpuan lak sama cam nama kita..hihihi...seronok tak beb dtg melaka?..dah dekat sgt dah dgn umah amie tu..tp kitorg takde kat mlka time tu..sure budak2 tu seronok ek berendam dalm kolam tu...bila ko nak update swiss garden tu...syok ke idak

    ReplyDelete
  6. Selamat Pengantin Baru buat Pengantin Lama dan Baru ..... balik tu sure dapat aura pengantin lain macam kan haha.....
    Selalu gitu kan, dah sampai rumah baru menyesal banyak yg tak makan ....
    Lain lah muka FS..... mesti sorang ikut mak satu ikut ayah kan...

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive