Pantang Oh! Pantang

Thursday, March 31, 2016

Rindu dengan blog. Dah lama tak mencurahkan luahan perasaan kat sini. Ntah ada orang baca ker tak ni. Maklumlah... Orang baru dapat baby. Blog pon jadi sunyi sepi... Hurmmmm...



Ni maktang nak buat luahan perasaan. Harini masuk 31 hari berpantang. Tapi tak macam orang berpantang pon. Semuanya gara-gara jaundice. I hate you jaundice. 1st time handle anak kena jaundice yang lama. Sampai admitted 2 hari kat spital masa baby baru 6 hari. Abang-abang dengan kakak dia dulu tak lama macam ni.

Konon sebelum bersalin dah setting nak pantang betul-betul. Nak berbengkung 44 hari. Nak jaga makan. Tapi kita hanya merancang. Ditakdirkan yang baby kena jaundice.

Makan pon tak macam orang pantang. Halia, kunyit, lada hitam... Tak makan. Takut nak makan.

Naik turun klinik kesihatan lah maktang dalam hari. Naik turun tangga berkali-kali. Keluar malam pergi Klinik Kesihatan (KK) sebab husband kerja siang. Tawakal saja lah maktang bawak baby dalam hari memalam. Tu saja masa yang ada. Darurat ko. Tapi aku yakin yang DIA ada untuk jaga kami.

Sekarang ni follow up kat Hospital Serdang pulak. Sebab jaundice tinggi sangat. Dr private cakap Breastmilk jaundice. Dr gomen cakap prolonged jaundice. Memang makan bulan jugak lah nak hilang prolonged jaundice nih.

Memang terganggu betul emosi aku yang dalam pantang nih. Especially masa baby admitted 2 hari kat hospital. Baby baru 6 hari kot. Bengkak mata nangis sebab baby tak ada disisi.

Tambah terganggu bila baby kena cucuk amik darah. Allah... Luluh hati. Nangis maktang dibuatnya. Kalau kat KK cucuk kat kaki. Hospital plak cucuk kat tangan. Asik kena cucuk jer lah baby aku.

Pagi ni kena buat urine test lagi for the 3rd time. 2nd time buat last week urine mungkin dah tercemar... Katanya. Sakit jer hati aku dengar. Dr cucuk dekat ari-ari baby pulak tu. Nak tengok ada jangkitan ker tak. Hope semua ok.

Dugaan Allah nak bagi kan. Redho dan berlapang dada jer. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kuning baby pon nampak dah mula hilang. Dan harap sangat hilang terus. Tak sanggup lagi dah tengok baby kena cucuk.

Note: Doakan baby kita cepat sembuh yer.


You Might Also Like

15 komen

  1. Tak pernah ada pengalaman dengan anak jaundice, tapi pengalaman anak demam selepas 3 hari dilahirkan tu ada, samapi ditahan nak bagi antibiotik la, then kena cucuk tangan kaki nak ambik darah, dengar tangisan pun dah luluh hati, apatah lagi kalau tengok doktor cucuk, macam takda perasaan la kan...huhu

    ReplyDelete
  2. inshaallah kita doakan baby awk cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  3. sabar fiza kita pun pernah lalui mcm fiza.. dedua beradik prolong jaundice sampai gaduh2 dgn doc n nurse nak bawak baby balik jugak.. huwaa teringat balik mmg pantang serupa koboi tau time tu.. yg tak menahan bawak anak g kk drive sndiri.. keta manual plak time tu.. rasa mcm tak sanggup jer.. tp masa anak 1st mmg takder ilmu & macam2 jugak la bagi mkn nak bg turun kuning.. rasa mcm stupid giler time tu.. mai anak ke 2 jue dah betul2 bnyak study & jue just keep breastfeed jer baby.. tp memang halia, lada hitam segala jamu mmg tak dapat makan.. huwaaaa.. harap no 3 ni takder la prolong jaundice tu..

    ReplyDelete
  4. kite hanye merancang.Allah yg tentukan.
    moge ko kuat.!
    baby cepat baek ye

    ReplyDelete
  5. Insya allah akan baik dan lepas ni tgk la baby membesar sihat dan kuat!

    Syahmi dulu prolog sampau 41 hari uolls~ mak relax je hati kering tgk anak kene cucuk sambil dlm hati ckp aku nak anak baik..demi anak utk baik..cucuk kejap jek..

    ReplyDelete
  6. Insya allah akan baik dan lepas ni tgk la baby membesar sihat dan kuat!

    Syahmi dulu prolog sampau 41 hari uolls~ mak relax je hati kering tgk anak kene cucuk sambil dlm hati ckp aku nak anak baik..demi anak utk baik..cucuk kejap jek..

    ReplyDelete
  7. SEMOGA BABY FIZA KUNINGNYA CPT SEMBUH ..BF DGN KERAP N ORG DULU MANDIKAN BABY YG JAUNDICE DGN RAMASAN AIR DAUN BELIMBING...

    ReplyDelete
  8. kesiannya.. kalau baby jaundice memang mak susah hati tak keruan dibuatnya. bengkung, pilis, minyak2 semua tolak ketepi dah sebab risaukan baby

    ReplyDelete
  9. Allahu Akhbar siannya.. Semoga cepat sembuh baby.. Aaminnn

    ReplyDelete
  10. alahaiii...mintak2 cepat sembuh ...mintak2 baby kedua ni keluar nnti xde kuning...xsanggup tgal baby dlm wad...hosp serdang mommy xboleh temN baby ye kt dlm wad..

    ReplyDelete
  11. ke 3 3 anak zura kena kucing sampai kena admit. paling nak nangis masa pantangkan Amzar sebab pantang sendirik. kena handle semua sendirik. ulang alik pergi klinik tuh dah jadik perkara biasa dah kan~
    zura siap kena pergi hospital sebab bb x berak lebih dari 10 hari.
    memang kalo ikutkan hati. hatri2 nak nangis. tapi kuatkan jugak semangat demi anak dan keluarga.

    bila bb dah habes kuning baru bleh fokus pada diri sendirik kan.
    selamat berpantang yer Fiza. jaga diri baik2.

    ReplyDelete
  12. Kan? pernah alami situasi begini. Bertabah ye sis? Moga baby segera sembuh dari jaundis.

    ReplyDelete
  13. Dugaan... Moga dipermudahkan urusan... Dan baby cepat reda dr kuning..

    ReplyDelete
  14. skang camne?
    moga da ok ye...
    sabar. jg kesihatan fiza juga.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive