Umur 4 Tahun Wajib masuk Tadika???
Thursday, February 04, 2016
Aku tengah runsing, dilema, sakit hati dan macam² perasaan lagi. Bercampur baur. Datang plak tekanan darah rendah aku ni kang. Ada sesapa yang kerja dengan JKM atau kerja dengan pusat asuhan kanak²? Nak minta pendapat. Kisahnya....
Qhalif kan dah nak masuk 4 tahun bulan April ni. Kira 4 tahun dah pon sebenarnya kan. Nak jugak kira ikut bulan...ppffttt... Nursery yang aku hantar skang nih ada 2 tempat. Satu tempat (Nursery) untuk baby sampailah 3 tahun. Untuk bebudak yang 4 tahun hingga 6 tahun, akan diletakkan di Tadika, Aku pon tak amik kisah sangat lah sebab masa Qahirah dulu 4 tahun masih lagi Playschool even dok kat tadika.
Bebaru ni dapat form untuk registration tadika. Buntang jap mata aku nengok registration fees and monthly fees. Disebabkan kesibukan kerja dengan anak tak sihat berjemaah, aku lupa nak contact owner nak sahkan pasal kemasukan tadika ni. Kelmarin dapat wassup dari salah sorang cikgu kata Qhalif masih belum buat registration untuk tadika dan yuran pon belum bayar lagi. Iyerlah....nak sah kan lagi berapa nak kena bayar. Kena tanya owner dulu. Call woner smalam tak dapat plak. WhatsApp pon tak reply.
Jadinya aku WhatsApp cikgu tu. Tanya...wajib ker budak 4 tahun masuk tadika? Dia reply '4 TAHUN MEMANG WAJIB MASUK TADIKA, MULAI 2016, TIADA MURID 4 TAHUN DI TASKA. HANYA MURID 3 TAHUN KEBAWAH SAHAJA'. Ko rasa??? Aku siap cari info. Aku rasa macam dipaksa untuk masukkan anak TADIKA. Aku rasa down kejap. Mana nak cekau duit?
Parents tak boleh buat pilihan ker sama ada nak hantar anak ke tadika atau masih nak letak di nursery? Before this pengasuh ada cakap yang budak 4 tahun kena dok tadika. Tapi aku tak expect nak kena register tadika skali. Baru 4 tahun kot. Iyer...aku tau ada parents yang dah hantar anak seawal 4 tahun ke tadika. Itu pilihan masing². Kalau berduit boleh lah.
Honestly aku cakap kat cikgu tu aku tak mampu nak hantar Qhalif masuk tadika lagi. Kalau nak letak kat nursery boleh tak? Registration fees jer dah RM1k++. Monthly fees RM380. Coming soon nanti RM400 *wink*. Duit gaji habis kat yuran anak² jer wei. Nangissssssss!!!!
Masalah nya skang ni, kat mana aku nak letak Qhalif? Dah dia kata nursery hanya untuk budak 3 tahun dan kebawah sahaja. Apa pilihan aku? Aku dah pening. Jalan yang aku ada skang ni mungkin hantar Qhalif kat PASTI. Sama ngan kakak dia. Registration fees and monthly fees tak banyak macam tadika skang. Tak banyak pon gigil gak lah nak bayar registration tu. Nasib bley bayar 2 kali. Tapi masih dalam perbincangan hubbywifey.
Nak hantar umah pengasuh, nan hado pengasuh yang free area umah tu. Nak tukar nursery lain, lagi mahal kot. Dah sama harga macam tadika. Sebab nursery Qhalif skang ni antara yang murah kat area umah aku tu. Katanya lah. Stress mak nyah. Sekian luahan perasaan #mak3anak.
Note: Nak jadi surirumah... tapi komitmen banyak...huhuhu...Hanya DIA jer yang maha mengetahui.
23 komen
setahu saya 6 tahun aje yang wajib
ReplyDeleteitu antara syarat untuk masuk sekolah rendah nanti
sengaja tu kot. saya anak saya 5 tahun pun tak anto lagi
memang harga pendaftaran tadika terutama swasta terlalu mahal
PASTI tempat saya rm700 untuk pendaftaran, bulan dah rm100++
memang sesak nafas...tapi tulah...nak buat lagu mana lagi
Ini mesti kes yang umur 7 tahun mesti pandai 3M tu..
ReplyDeletelarutan dr masalah tu...timbul 1 lagi masalah nie pulak ye..
betul laaa...apa pilihan yg kita ada..
luahan seorang mak
ReplyDelete:)
uhukss...sebenar nyer ikut parent tapi kalau tempat tu dah takde nursery untuk 3 thn dah mcm mane pulak >_<
ReplyDeleteemmmm..masih awal lagi nak hantar kat tadika kan.apa ke truknya kalau macam paksaan tu...
ReplyDeleteeh yeke wajib?? mcm tak jer saja... ke taska tu yg buat syarayt camtu.. xprnh dgr plak 4 thn wajib ke tadika
ReplyDeletewajib ke daftar anak 4 tahun masuk tadika? aii, makin pelik rules dekat malaysia ni...
ReplyDeletesy pon bcadang nak masukkan arfan ke tadika bila capai usia 4tahun, tahun 2017 nt..tp bila sy pikir blk smlm, ttbe rasa mcm terlalu awal plak nak bg dia belaja.takut dia bosan bila masuk darjah 1 sebab dh belaja semua sblm tu..so sy rasa x jd masukkan ke tadika..tgu 5tahun baru nak masuk tadika..
ReplyDeleteuntuk kes akak, susah jgk kalo taska dh tetapkan mcm tu..mcm memaksa pon ad jgak...pelik2 peraturan depa ni...bg sy, baik akk ltk kat pASTI je..sbb ank sy pon nak ltk PASTI, cuma xpasti la PASTI ada x kat Putrajaya ni.hehe
Mungkin mksudnya taska dah tak terima budak 4 tahun... diorang nak fokus kpd budak bwh 3 thn jer kot... inisiatif yg ada ialah hntar pengasuh... tp PASTI pun sgt ok dah tu... semoga dpt selesaikan masalah dgn baik...
ReplyDeletebaru nk cadang suh masuk Pasti..pasti amik budak 4 tahun... cuma tu lah yuran mmg mahal sparuh dr 1k tu,,anak² sya skang smua masuk pasti sbb lebih murah dr tadika lain,,itu je mampu...tp kira orait la bayar pasti kami 265 sampai jam 6 ptg...klu tadika lain smua da 300 ke atas... perkembangan blajar anak² sya kat pasti pun bagus tahap pendidikan nya dr yg sya tgok lah...
ReplyDeleteInilah salah satu masalah besar yg dihadapi ibu-ibu bekerja di M'sia
ReplyDeleteMasa kakak dulu anak-anak kecik ada bibik tak semahal bibik sekarang Fiza
Sekarang nak bayar permit dan levy dah satu hal..
Hmmm gitu ye, haishhh takkan lah taska umur 4 tahun tak terima pelik benor kan...Qi pun tahun depan baru masuk tadika...mungkin nak masukkan PASTI gak nanti...senang belajar mengaji sekali
ReplyDeleteeh..takdela..rasanya yg wajib 6 thn je..yg 4 5 thn optional aje rasanya...
ReplyDeletesabar eh kak.. tapi kan ade je rasa nya kawan saya anak 4 thn masih di taska.. nnt saya try tny dia
ReplyDeleteAlahai.. dah kenapa 4 tahun pun wajib tadika? cekik darah pulak harga yuran tu. Adoiii.
ReplyDeletehuhu betul tu kak, sekarang duit habis kat anak2 jer.. tu belum masuk bil hospital, insuran, beli pampers, beli susu. huhu
ReplyDeleteLa ye ke.... tak tau pulak. Yelah anak pun lama tak de ke tadika katanya.
ReplyDeleteBetul tu zaman ni nak masuk tadika kalah masuk U kan Fiza... kalau cenggitu tukar tadika yg murah sikitlah
patutnya tak wajib pun fiza, diorg mcm nak paksa parents lak gayanya tu
ReplyDeleteBetul tuh kak...sekarang nih gaji kita bais kat yuran sekola anak anak aje kan
ReplyDeleterasanya 4 tahun belum wajib. 6 tahun tu baru sebaik2nya dah masuk tadika sebab darjah 1 memerlukan kanak2 dah literasi. jadi sekurang2nya 6 tahun lah. boleh juga ajar di rumah sis.
ReplyDeleteAgak kejam juga nursery @ tadika Qhalif tu. Tak bagi pilihan lagi dah. Sekurang-kurangnya bagitau la drpd tahun lepas peraturan baru tu kan? Boleh la parents prepare yuran atau nak cari tempat lain. Ini tetibe je suruh register.
ReplyDeleteowhh?? iye 4 thn dh wajib msuk tadika skarang??? bru tahu ni...
ReplyDeleteMinta maaf menyelit. Kalau nak pilihan yang murah sikit, boleh terus hantar anak ke playschool. Ade je taska yang masih buat macam ni.
ReplyDeletehttp://famimasuccess.blogspot.my/2016/08/anak-berumur-5-tahun-mahu-hantar-ke-mana.html