Pitam Mak Nak!!!
Monday, January 11, 2016
Pitam hemak ko kalau hari² kena pau nak.
Kalau dah hari² dok minta itu ini, boleh pokai hemak ko dibuatnya. Macam Qhalif ni. Pepagi aku hantar gi nursery. Asal hantar minta gi 7/11 nak beli twiggies gardenia. Kalau sempat, menyinggah lah kejap. Kalau tak sempat, petang nanti lah baru aku beli. Tapi memang muncung sedepa lah dibuatnya. Aku kalau anak buat peel pepagi memang tak tenteram dibuatnya. Bukan dia nak menan pon kan. Nak makanan...nngeeeee...Memang feveret dia betul lah. Tunggu ibu pandai buat twiggies yerp abam sado.
Skang ni balik skolah aku amik kimi. Kalau tahun lepas kimi transit. Aku just amik kat KAFA jer. Tapi tahun ni ada prubahan sikit. Next entry lah aku story. Memula amik Qhalif. Pastu amik Qahirah. Last baru amik Kimi.
Ko faham² lah kalau dan lalu depan skolah kan. Macam² makanan ada jual. Macam mana lah bebudak tak rambang mata. Ada potato spring. Ada eskem. Ada Ayam bob, DOMINOS pon ada ko dan macam² lagi lah. Ni yang aku lemah sket bila bebudak ni nak itu ini. Tak beli kang buat badan keras especially si Qhalif...ppfftttt...Dah lah aku tak larat nak handle. Dengan ada low blood pressure ni ha. Pitam plak aku kalau tak layan.
Untung wei meniaga depan skolah. Bebudak memang membeli hari². Tak der duit, pau duit hemak...macam aku...muahahaha...Eskem malaysia 50 sen sebatang ko. Tanjat mak nyah. Rasa macam nak meniaga eskem malaysia depan skolah gak. Tapi nak jual murah lah. Sian kat bebudak. Mahal² pon beli gak. Tak cukup duit pon nak beli gak. Depan mata aku. Dia nak air. Tapi ada 50 sen jer. Air tu singgit. Belum sempat aku nak bayarkan, ada yang dah tolong bayarkan untuk budak tu.
Kalau ada sesapa nak buat 2 kerja bak saranan AM. Bley lah cari sekolah² yang baru bukak dan meniaga kat situ. Memang untung...ekekekeke...Start harini aku kena tunjuk wallet kosong kat anak². Sekali sekala boleh lah membeli. Kalau hari² nak membeli memang pitam mak nak.
Note: Kecoh pasal BF mom selfie. Perlu ker ko screenshot pastu viral kan gambar orang tu sampai jadi medan maki hamun dan keji mengeji.
39 komen
tu la kan kesian yg kn viral tu hurmm..cabaran 2016 dan ke ats..ibu hatu kecut sikit kalau mnta nk beli mknan lg2 la ibu yg bekerja..
ReplyDeleteIbarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
DeleteTu lah sis.
NASIB BAIK ANAK2 X SUKA MEMBELI..SELAMAT MAK KO NAK..KEKEKE...
ReplyDeleteHuntung lah. Ni kalau dengan apak dia memang tak dapat. Dengan hemak jer dia berani pau sebab hemak dia hati tisu.
DeleteMahalnyalah makanan/minuman yang dijual kepada murid sekolah. Kalau bawa duit belanja RM2, apa sahajalah yang dapat dibeli... :(
ReplyDeleteTu lah mak. Memang mahal. Sian tgk bebudak sekolah tu. Tengok jer bebudakk lain yg membeli.
Deletemmg belanja bebudak skrg ni mahal. kat depan sekolah macam2 org jual.
ReplyDeleteMahal babe. Sian bebudak skolah. Kang balik tgk org meniaga kat luar skolah plak.
DeleteHihihi boleh pitam ye Fiza..
ReplyDeleteTu lah anak2 mana dia tahu mak ayah..
Susah ke senang nak cari duit..
Betul tu mahal benor rasa aiskrim malaysia 50 sen tu..
Kakak CH masih jual 20 sen..
Kesian katanya.. budak2 nak makan dan mak pak pun terasa dgn harga 50 sen tu..
Hehehe...tu lah kak. Dorang tau minta jer ni. Geram gak. Mahal kan 50 sen.
DeleteOk lah tu kak 20 sen. Kalau saya buat meniaga habis kat anak2 jer lah sbb dorang hantu eskem ☺
Hihi..
ReplyDeletesesekali boleh la nak..
hari² pengsan omak nanti :)
Ekekeke...kan. Ini hari²..ppffttt...
DeleteMahalnya eskrim Malaysia 50sen! Air rm1! Camne la yg duit x berapa ada ya..
ReplyDeleteAda sesetengah sekolah mmg tak benarkan jualan dpn sekolah. Rasanya patut kuatkuasa kat sume sekolah. Tak bagus utk pemakanan bdk2..dan poket mak budak. Hahaa
Mahal kan sis. Kejar untung macam tu lah.
DeleteSepatutnya memang tak boleh kan. Pihak sekolah pon kena take action jugak. Memang ntah apa2 bebudak ni beli.
Dulu masa kami sekolah, tgk abam jual sate ikan, telan ailio...tu pun dpt mkn bila kawan bagi sikit, duit saku mana ada...nak mintak mak bapak takut kena marah. Budak2 sekarang kan...sebab tu dari awal julia ajar Qi tak makan jajan. boleh mkn tp bukan keutamaan, sbb reminder keras dari umi dia gak jenis tak makan pujukan rayu...nak berguling silakan hahahha
ReplyDeleteAlaaaa...bila juju sebut pasal sate ikan. Terus terliur...hahaha...
DeleteJajan memang kita elak kan klo boleh.
Huhuhu...
ReplyDeletekite nie kan bernasib baik la qisya xboleh berckp lg n kecik lg..kalau xmesti kene pow jugak..
ReplyDeleteTUnggu lah semek dah pandai minta nanti ☺☺
DeleteBudak sekarang senang.. Minta apa saja emak bapa belikan.. Tak macam saya kecik2 dulu.. :'(
ReplyDeleteKan...dengan hemak jer dapat. Kalau degan abah dia memang tak dapat ni.
DeleteAmboi siap ada jual Dominos yer..kerlasss! Tapi mmg jenuh la nak layan permintaan anak kalau hari2 kann..haha
ReplyDeleteIyer nad. Burger...roti john suma ada. Kerlass kan ☺
DeleteTahun lepas selalu kena.. tp thn ni practise bawa bekal.. nampak mcm jimat sikit la
ReplyDeleteSoh gak bawak bekal. Tak plak dia. Sbb sebelum gi skolah memang dah makan kat umah siap2. Nak kena paksa bawak gak nih.
Deletehahhaa ni baru 3 nak masuk 4 babe.. kalau 5, 6, 7, 8 caner?? pitam berdiri mak kau.. hahaha
ReplyDeleteMasuk spital terus aku jah.
Deletebetul tu fiza....mcm kite kecik2 dulu laa..mcm2 bejrual kat luar sekolah tu....standby duit ajek laaa...tapi kat sekolah putrajaya takde rasenyer jual2 kat luar sekolah tu..takat dlm kantin ajek laaaa...anak2 kan bile dah mintak kite nak ckp tak boleh tu tak sampai hati....
ReplyDeleteTu lah lieya. Dah ada signboard 'dilarang menjaja dikawasan sekolah'...hurmmm...tetap ada gak.
DeleteAda sekolah tak benarkan penjaja menjual sebab sampah tak terkawal di luar sekolah. Dulu sekolah kebangsaan anak kakak tak siapa boleh jual sebab ada security tapi sekolah agama pulak tak terkawal. Memang bebudak sukalah.. mak yg pengsan hihi..
ReplyDeleteMemang boleh fengsan klo hari2 dok minta kak. RAsa mcm nak report jer kat skolah.
Deletebtl kat dpn sekolah mmg mcm2 menjualnya.. diorang dah tahu budak ni kalau dia kata nak mmg dia nak.. selagi tak beli @ bagi mmg akan meronta-ronta lah kat situ..
ReplyDeleteKan...Nasib anak2 bukan jenis guling2 atas lantai kalau tak dapat sesuatu. Kalau tak...#matilahnak ☺
Deletepitam yer mak. hehe tapi kan sis. mahal2 sangat brg2 sekarang ni.
ReplyDeleteMemang mahal sis. Sian kat bebudak skolah tau.
Deletehahah..gitulah budak2..
ReplyDeletesama mcm fasya , balik sek pon ada je nak pow...
Bertabahlah kita hemak2 yg amik anak dari skolah ni lan Lya.
Deleteyelah. mana2 sekolah pun ada peniaga gitu
ReplyDeletedari segi lain bagus tapi saya tak suka bab jual benda tak berkhasiat tu
plak tu mahal. kesian bebudak.
kesian lagi makbapak dia...haha
mujur la uwais tak sekolah lagi. belum la lagi nak hadap adegan tu hihihihi. tapi memang betoi. ritu cakap dekat husband ni kalau menega rojak buah ke. sengkuang calit ke ape ke depan sekolah ni mesti laku sangat. pepagi menega bihun mee gorg. bukan budak je. dengan mak sekali membeli bawak makan kat opis hihihihi
ReplyDelete