BETADINE® | Produk Penjagaan Luka Yang Mudah Digunakan
Thursday, January 07, 2016
Nak tau tak. Hanya 1 dari 3 kanak² yang aktif secara fizikal setiap hari. Dengan kemajuan moden teknologi, secara purata kanak² dan remaja menghabiskan lebih dari 7 jam sehari menggunakan TV, computer, telefon dan peranti elektronik yang lain untuk hiburan. Sebenarnya adalah penting untuk anak² mendapatkan dan menikmati aktiviti² di luar rumah dan dalam masa yang sama memastikan bahawa mereka dilindungi.
Bersempena dengan musim cuti sekolah yang lepas, saya telah di beri peluang untuk mencuba produk penjagaan luka BETADINE® dimana saya telah menerima mini kit pertolongan cemas yang sangat berguna dan sangat memudahkan saya jika melakukan aktiviti luaran bersama anak².
Produk penjagaan luka BETADINE® adalah ubat povidone-iodine-based yang boleh membunuh kuman dan menghalang daripada menjangkiti kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan kecil setiap hari. Dengan BETADINE®, anda boleh merawat luka awal dan mencegah jangkitan, membantu dalam penyembuhan luka dan dalam masa yang sama dapat menjaga keluarga dan anak² ketika sedang bermain.
Kerap dan sering juga berlaku luka dikalangan kanak² tanpa kita jangka dan sedari. Macam anak² saya. Bukan main kat luar jer, kalau bergaduh memang tak sah kalau tak luka. Mesti ada calar balar sana sini. Hari ni terdapat penyelesaian yang lebih mudah untuk merawat luka dengan cara yang betul. Berikut adalah langkah² bagaimana untuk menguruskan luka dengan betul dan memastikan pemulihan yang mudah dan cepat.
1. Cuci luka
Salah satu perkara pertama yang anda harus lakukan adalah
untuk mencuci luka dan bersihkan sebarang darah atau sisa, seperti pasir. Ini
juga menghalang luka daripada bakteria yang merebak.
2. Menggunakan Antiseptik
Langkah ini adalah penting untuk mensterilkan luka dan berkesan untuk mengurangkan risiko jangkitan. Tapi ramai yang amik mudah apabila tidak menggunakan antiseptik untuk merawat luka. Mungkin ianya tak penting bagi anda. Haaaaa…BETADINE® Dry Powder Spray (DPS) dapat membantu untuk mensterilkan luka dan membantu dalam proses pemulihan luka. Hanya spray saja.
3. Balutan/Plaster luka
Dengan penggunaan balutan dan plaster, langkah ini
memastikan luka sentiasa bersih selepas sterilsation. Adalah penting untuk
menukar balutan/plaster dari masa ke semasa untuk memastikan luka bersih dan
akan mempercepatkan proses pemulihan.
Ok…tadi dah citer pasal langkah macam mana menguruskan
luka. Skang nak share pasal BETADINE® Dry
Powder Spray (DPS) Quick & Effective Tips yang super duper best nih.
- Padat dan sangat berguna untuk dibawa dan diletakkan didalam bag galas, handbag dan juga poket.
- Untuk luka seperti calar, melecet atau luka, pastikan luka kering sebelum menggunakan Betadine DPS
- Goncang dan sembur pada kawasan lukan untuk mensteril bakteria dan menghalang jangkitan daripada merebak
Kalau anak² uols jenis tak tahan sakit/pedih masa nak bubuh ubat ketika berlaku kecederaan, saya sarankan pakai BETADINE® Dry Powder Spray (DPS) ni. Tak memedihkan tapi rasa sejuk lepas spray sebab saya dah pon pakai BETADINE® Dry Powder Spray (DPS). Satu penyelesaian unutk anak² yang takut nak letak ubat pada luka. Memang best.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk BETADINE®, boleh layari:
Website: www.healingwithbetadine.com
Note: Memang penting dan perlunya peti pertolongan cemas dirumah. Dapat mini kit pertolongan cemas macam ni pon dah ok kan.
7 komen
bagusnya nak cuba la
ReplyDeletewahhh benda ni kene simpan 1 kat umah n dalam kete
ReplyDeleteSaya pun memang sentiasa ada stok betadine di rumah. Selalu kena cakar kucing. Tapi saya punya yang jenis ointment dan cecair je. Lepas ni nak cuba cari yang spray pula la :)
ReplyDeleteBeli katne ni.farmasi guardian ada?
ReplyDeletebagus info ni nok...tq!
ReplyDeletetq for sharing...wajib ada dlm rmh ni
ReplyDeletebetullah, peti pertolongan cemas ni penting
ReplyDeletecam saya hanya ada semua benda tu ada
tak letak dalam peti aje...haha