Ajar Anak Buat Kerja Rumah | Ibu Kejam Ker???
Wednesday, January 20, 2016
Orang kata kalau nak melentur buluh, biar dari rebungnya kan. Kecik² lah kita nak ajar anak² buat kerja rumah. Kalau dah besar baru nak ajar, memang payah lah. Sebab aku dah nampak depan mata anak² yang macam ni. Pejam mata jer bila tengok umah tu bersepah. Tak reti nak tolong mengemas. Nak sound...anak orang. Baik kita ajar anak sendiri supaya tak jadi macam ni.
Mungkin ada yang berbeza pendapat....'alaaaaa...kecik lagi. Dah besar nanti rajinlah dia'. Owh...tidak. Statement tu dah tak boleh pakai. Lebih² untuk ibu berkerjaya macam aku ni. Anak plak 3 orang. Kalau suma benda IbuAbah yang buat, takkan anak² dok relax jer kan. Meh sama² buat kerja. Kecik² ni lah nak kena didik jadi anak yang ringan tulang. Meh baca nih.
[7 Sebab Anak-Anak Mesti Diajar Membantu Kerja Rumah]
1. Ia adalah perintah dari Allah iaitu seorang anak mesti patuh dan sedia berkhidmat untuk ibu dan ayahnya tanpa sebarang rungutan.
2. Ini kerana dengan meminta anak-anak membantu ibu ayah membuat kerja rumah, mereka mendapat sesuatu yang lebih mahal harganya iaitu doa daripada ibu ayah. Ia lebih mahal harganya berbanding segala harta yang ada di dunia ini. Bukankah doa dari ibu bapa itu tidak pernah ditolak oleh Allah SWT.
3. Satu cara mendidik anak tentang nilai murni dengan membantu orang lain secara amnya dan membantu ibu bapa sendiri terutamanya.
4. Kebolehan melakukan kerja-kerja rumah merupakan perkara penting yang mengajar seseorang kemahiran asas hidup. Sudah tentu ia akan membantu anak-anak lebih berjaya dan berdaya saing di masa hadapan apabila mereka perlu hidup berdikari. Kecekapan ini akan menambahkan keyakinan diri si anak serta tidak mudah bergantung kepada orang lain.
5. Menggalakan diri lebih berdisiplin dan mematuhi arahan, di mana ia kriteria penting menjadi pekerja yang berdedikasi di masa hadapan.
6. Kecekapan membuat kerja-kerja rumah juga mempersiapkan mereka menjadi seorang yang bertanggungjawab.
7. Kerja rumah memberikan peluang kepada ibu bapa untuk mengajar kemahiran hidup asas, galakan kesedaran dan tanggungjawab, menguatkan asas nilai kekeluargaan dan membina ikatan positif dengan anak-anak.
Macam Iman Hakimi, kasut sekolah memang dia yang basuh sendiri sejak dari darjah 1 lagi. Tak kosa ibu nak basuhkan sebab kasut skolah ibu dulu pon ibu yang basuh sendiri. Kalau malas nak basuh, pergi lah sekolah dengan kasut kotor tu. Nak ker? Bersih atau tak belakang kira. Kapur kasut kan ada...erkkkk....hahahaha...Budak kalau basuh biasalah. Tapi effort tu yang penting.
gosok...jangan tak gosok. Rutin baru Iman Hakimi...Gosok baju sendiri. Abah yang ajar. Skang tugas ibu dah kurang sket. Kerja gosok baju sekolah memang Kimi yang buat. Nak kata licin sangat tu...tak lah. Tapi kira ok lah. Tak der lah kedut seribu. Practice make perfect kan. Lepas ni bley tolong gosok baju skolah adik plak yerp. Lagi bagus kalau dapat gosok baju Ibu ngan Abah skali...muahahaha,,,
Skang ni masak nasi pon Kimi yang buat. Sebab dia nak buat sangat. Aku bagi dia basuh beras jer lah. Bab sukatan air tu masih ibu yang tukang ukur. Ehhhhh...asik Kimi jer, si Qahirah ngan Qhalif tak buat apa² ker? Mana boleh tak buat. Ada jugak tugasan untuk dorang.
Kutip baju² kotor letak dalam mesin basuh. Ni Qhalif suka buat. Lepas makan pinggan tu tolong letak kat sinki. Kalau basuh pinggan, memang qahirah lah yang rajin sebab dia suka main air. Tapi ikut mood jugak lah. Kekadang geram gak sebab berkecah. Tapi dah dia nak buat. Mak redho jer noks.
Weekend kekadang buat hari mengemas rumah. Dari vacuum, sapu rumah, basuh toilet...memasing ada tugasan. Cuma masak memasak aku tak berani nak bagi lagi. Setakat tolong kacau lauk atas dapur tu boleh lah. Tapi with supervision. Tunggu beso sket baru bley ajar. Overall...memang dah boleh harap buat kerja rumah.
Explain kenapa kena buat kerja² rumah ni. Kalau jadi apa² kat ibu abah..IbuAbah sakit ker, at least anak² tau nak handle diri sendiri dan nak handle keadaan dalam rumah. Jangan lupa puji anak lepas dorang dah tolong buat kerja rumah tau. Kita yang besar ni pon suka dipuji apatah lagi anak² kecik nih.
Note: #JangaKecamSaya citer pasal anak buat kerja rumah yerp. Sekadar berkongsi. Bukan nak membangga diri. Sekian.
21 komen
bagus sebab anak boleh berdikari.. dkna dulu waktu kecik2 mak ajar macam tu la..
ReplyDeletedidikan awal sangat penting kan
ReplyDeleteSyahmi bab masak nasi tak pernah lagi..gosok baju pun tak pernah lagi..nak kene ajar jugak nie.
ReplyDeleteMemang bagus ajar anak buat kerja rumah sebab kita tak akan selamanya berada dengan mereka... Untuk kehidupan mereka di masa akan datang juga...
ReplyDeletemmg patut diajar pun..
ReplyDeletennt kang naik lemak plak depa..
melentur buluh biar dr rebung. dh jd buluh kang payah nak dilentur plak! hehe
Betul tu Fiza..
ReplyDeleteKena didik anak2 dari sekarang..
Macam tu lah dgn anak2 akak kat rumah..
Semua buat sendiri..
Lepas tu akak tengok balik..
Bila kurang elok akak ajar bagi elok sikit..
Kekadang ada juga yg merungut..
tapi akak kata itu kan utk keperluan diri sendiri kan..
bukan kecam, tapi sekadar berkongsi, jadi manfaat dan inspirasi untuk kengkawan lain sama2 jadi macam mung jugok beb...ikikikiki...alhamdulillah banyak side yang positif kan...si syawal pon, alhamdulillah sekarang dah boleh menolong jugak..ringan jugak la tulang dia...minta tolong itu ini, buat je....
ReplyDeletesya pun sama gak,,,suh anak basuh kasut sndiri je,,basuh pinggan ikut mood diaorang klu rajin,,,plg penting ajar masak nasi pakai rice cooker tu supaya klu mak pak x de kat umah,,,diaorang leh kenyang makan w/pun stakat nasi kosong & kicap, x kira laki ke pompuan kena pandai ni...
ReplyDeletesama laa anak2 dah diajar basuh kasut sendiri.. kekadang baju pun mintak tolong masukkan dalam mesin basuh.. bab iron baju sendiri memang tak ajar lagi.. pernah anak buat kena kaki sebab iron duduk kat lantai..
ReplyDeleteTak kejam..mmg patut diajar dari kecik..lagi2 kalau anak2 lelaki😂😂😂😂
ReplyDeletewaalaupun anak akak sorang je tapi akk tetap ajar dia buat kerja rumah yang basic...tak boleeh manjakan sgt nanti anak bila dah besar kesian tak tahu nak berdikari :)
ReplyDeleteBagus ajar anak berdikari sejak kecil. Bukan apa, kalau berlaku apa-apa sekurang-kurangnya pandailah mereka nak buat macamana. Anak-anak saya memang manja tapi saya dah tak tahan. Sekarang ni kena juga buat sedikit sebanyak kat rumah tu. Maklumlah, saya aje bunga tau kat rumah. Pengsan kalau nak melayan kesemua perangai Daddy dan anak-anak!
ReplyDeletemmg kena didik buat keje rumah kat anak2...manja pun ada hadnya kan...
ReplyDeletememang perlu kita ajar dia sejak dari kecil lagi..
ReplyDeleteAkak anak2 dah beso yg sulung 16 lelaki tapi still buli adik perempuan yg umo 15 utk seterika baju sekolah, basuh baju sekolah. Bab mengemas hari minggu masing2 ada tugasan sendiri sapu lantai, vacum dan mop. Buang sampah tugaan adik yg bungsu umo 12 tahun.
ReplyDeletebagus mendidik anak dari peringkat awal usia mereka fiza :)
ReplyDeleteBetul la tu kak... Tak kan dah besar baru nak didik kan..
ReplyDeleteSepatutnya memang begitu. Tapi anak-anak kakak sebab dari baby dan ada bibik/pembantu jadi masa dia kecik sampai 12 tahun kebanyakan bibik yg tolong buat. Cuma cuci kasut memang kakak tak bagi bibik buat. Macam tak baik kan. Tapi iron baju memang bibik buat sebab kita belum balik pun dia dah siap semua.
ReplyDeleteBila dah besar duduk asrama tahu otomatik buat semua sendiri Fiza.
eh, saya tak setuju kalau org kata xleh suruh anak la.. awal lagi la... betoi cakap fiza, meluntur buluh dari rebungnya...
ReplyDeletesaya mmg tegas bab2 ni dgn anak2 saya.. lps main, mereka MESTI kena kemas balik, kalau tak, barang tu semua saya akan buang.. ugut la konon, tapi tak buang pun.. hahha.. Alhamdulillah, anak2 saya, walau gi umah atok nenek opah dorang pun, dorang akan kemas balik...
tapi betoi la fiza, ada nampak sendiri anak kaum kerabat saya, lepas makan, pinggan pun biar je kat lantai tempat dia makan tu.. bila saya suruh dia bawak ke dapur, dia buat derkkk je.. siap lari gi dekat mak dia.. uiksss sentap kejap... hahhah.. tak pastilah samada parent bdia tak pernah ajar lps makan hantar dapur ke apa ke...
Samalah kita fiza...bab buat keje rumah mmg bahagi 2 org tu...kalau kakak sidai kain...adik angkat kain tp adik selalu mengelat...kekekeke
ReplyDeleteSuka tgok ank begini.nti kita sakit blh di harap kelak
ReplyDelete