The Parenthood | 1st London Street Family Park In Malaysia

Friday, December 04, 2015

The Parenthood | 1st London Street Family Park In Malaysia. Tak der idea nak bawak anak² pergi mana? Atau nak pergi shopping tapi tak sanggup nak tinggalkan anak². Tapi nak shopping dengan aman…haaaaa…gittew plak kan. Ni nak sharing satu tempat best yang buat ibu² dan bapa² diluar sana senyum lebar.


Ini lah dia…The Parenthood. Apa The Parenthood tu? Ok…The Parenthood adalah kedai yang berkonsepkan keibubapaan yang pertama di Malaysia yang terletak di Sunway Putra Mall di mana ianya menyediakan perkhidmatan berkaitan bayi dan kanak² Seperti perkhidmatan runcit, pendidikan interaktif, permainan dan juga taman permainan dibawah satu bumbung yang dikenali sebagai 1st London Street Family Park yang juga merupakan Satu² nya taman yang berkonsepkan kekeluargaan. Kiranya macam² yang anda boleh beli kat dalam tu sebab macam² ada.

Misi The Parenthood adalah menawarkan pelbagai jenis produk yang berkaitan keibubapaan, taman permainan tertutup, aktiviti pendidikan dan perkhidmatan lain dibawah satu bumbung yang dapat memenuhi keperluan semua ibu² dan bapa². 


Pada Sabtu lepas saya dan keluarga dijemput untuk menghadiri Bloggers’ Conference dimana kami diberi peluang merasai pengalaman berada di The Parenthood. Lebih menyeronokkan bila anak² berpeluang untuk bermain di My Kingdom Playground by The Parenthood yang terdapat di The Parenthood. 


Sebelum aktiviti penjelajahan bermula di dalam The Parenthood ni, kami telah diberi penerangan oleh CEO The Parenthood, Mr. Leroy Lee's. Juga terdapat sesi soal jawab untuk bloggers'. Selesai sesi penerangan, barulah kami dibawa tour around dalam family park. Ok…jom kita tengok apa yang ada di The Parenthood nih.

Restaurant & Cafe


Tah payah gi jauh² cari kedai makan. Kat dalam The Parenthood ni ada. Boleh makan dengan aman sambil pantau keadaan anak² dalam My Kingdom Playground by The Parrnthood. Sambil makan sambil layan CCTV gittew. Curlass kan. Boleh tengok anak² buat apa kat dalam tu.

Educational and Play


Ni bukan budak² jer yang teruja. MakPak budak pon sama jugak. Rasa nak join sama ko. My Kingdom Playground by The Parenthood...Indoor playground yang pertama dibina dengan misi dan semangat untuk menyediakan persekitaran buat kanak² bermula dari new-born hingga 12 tahun. Persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyeronokkan dimana kanak² boleh bermain, belajar dan membina keyakinan diri dengan permainan yang terdapai di My Kingdom Playground.

Antara permainan ang terdapat di My Kingdom Playground by The Parenthood ialah Treasure Hunt, Flying Fox, Spider Tower, Transparent Spiral Slide, Multiple Slides, Ball Pit Tunnels dan juga Play Bridges. Banyak kan.


Macam² aksi dan macam² ragam. Susah betul nak amik gambar bebudak nih. Jangan tak tau. Kat dalam My Kingdom Playground by The Parenthood ni ada TV dan jugak 2 units video game X-Box 360. Dah macam kat umah pulak. Memang santai lah bebudak ni kat depan TV tu. Apa yang best dengan My Kingdom Playground by The Parenthood ni, anak² memang dijaga rapi dan tak dibiarkan suka suki kluar masuk sebab ada staff yang jaga kat entrance My Kingdom Playground by The Parenthood nih. 

Shopping


Ni antara kedai² yang terdapat di The Parenthood. Banyak kedai kat dalam ni. Memang one stop solutions for parents yang nak cari barang² untuk anak. Macam produk dan jenama pilihan. Antaranya mainan, alat tulis, hadiah, keperluan bayi dan kanak² dan juga pakaian. Kalau nak cari costume, boleh cari kat sini.


Ada juga disediakan aktiviti seni dan kraf. Kalau nak anak berkreativiti, boleh masuk kedai nih. 

Relaxation & Leisure


Haaaa...ni mesti mak² suka kan. Dah penat shopping dan sementara tunggu anak² bersukaria dalam My Kingdom Playground tu. Mak² boleh bersuka ria dengan memanjakan diri. Antara perkhidmatan yang terdapat di The Parenthood...saloon, rawatan muka, manicure and pedicure. Gym pon ada tau. 


Kalau anda bercadang nak buat Birthday Party untuk anak², di The Parenthood ada disediakan perkhidmatan ni. Ada party room yang boleh memuatkan sehingga 40 kanak².


Untuk Breastfeeding Mom, jangan risau. Kumudahan untuk anda sudah tersedia. Ada bilik untuk ibu² menyusukan anak dan juga tukar diaper anak. Selesa dan bersih. Bukan tu jer tau, ada Breastpump dan juga warmer. Sabun juga sudah siap tersedia. Kalau ibu² menyusu nak shopping kat dalam The Parenthood dan Sunway Putra Mall, sila terjah sini kalau anak dah nangis² minta disusukan yerp.



Tak dapat gi London, fefeeling London pon boleh. Thanks The Parenthood for having us. Memang enjoy anak² dapat gi sini. Siap ajak datang lagi tu. Disini saya share kan skali harga untuk masuk My Kingdom Playground di The Parenthood:

Admission Rate (1 Tahun ke atas)

Weekday: RM35.00
Weekend, Public Holiday & School Holiday: RM45.00

Drop and Shop Hourly Rate (4 Tahun ke atas)

Weekday: RM40
Weekend, Public Holiday & School Holiday: RM50.00

Package Price - 5 Entrance (Buy 4 Free 1)

Weekday: RM140
Weekend, Public Holiday & School Holiday: RM180.00

Kalau uolls nak tau, 5th December 2015 ni merupakan pembukaan rasmi The Parenthood. Banyak tawaran istimewa untuk barangan yang terdapat kat The Parenthood sempena pembukaan rasmi nanti. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh terjah The Parenthood website:

The Parenthood Facebook: http://www.facebook.com/The-Parenthood
My Kingdom Playground by The Parenthood Facebook: http://www.facebook.com/jepkingdom
The Parenthood Website: http://theparenthood.com.my

Venue

Level 2, Sunway Putra Mall
100, Jalan Putra, Chow Kit
50350 Kuala Lumpur
(Opposite PWTC)

Note: Phewwwww...selesai. Agak frust sebab tak dapat nak selfie dengan blogger² yang bari 1st time jumpa gara² HP sakit...ppffttt...


You Might Also Like

21 komen

  1. Wow menarik..anak2 mesti suka ni :)

    ReplyDelete
  2. Nice to meet u Fiza...nice review...anak2 seronok main dalam My Kingdom tu kan...

    ReplyDelete
  3. best best! nt leh pegi lagi.hehehe

    ReplyDelete
  4. glup telan air liur tgk harga tapi sekali sekala masuk seharian not bad jugak nie!

    ReplyDelete
  5. Menarik.
    Parking space banyak tak? OK tak?
    Saya ni bab masuk KL mmg fobia sikit...hahaha

    ReplyDelete
  6. menarik konsep The Parenthood ni yer..

    ReplyDelete
  7. bestgilerrrr nak pegi awal tahun nanti!! nak pegi jugakkkk

    ReplyDelete
  8. bebudak memang seronoklah dpt ke tempat yg banyak aktiviti mcm ni kan fiza

    ReplyDelete
  9. Idea business yg menarik dan kakak percaya menjana income baik buat yg membuat ini
    Sebagai pengguna kakak rasa tak semua mampu utk masuk.

    ReplyDelete
  10. bestnya tengok ramai review tempat ni...rasa macam nak bawak anak jer hujung minggu ni..

    ReplyDelete
  11. wahh bestnyer dpt jemputan bloggers hebat tuuu., harga entrance tu mcm mahal jeerr ., huhu2

    ReplyDelete
  12. wah bestnya tempat macam ni...

    saya pun banyak dapat jemputan utk join event tp apakan daya, semuanya dekat area kl sana... saya jauh di utara so semuanya di tolak..

    ReplyDelete
  13. Oh..senanglah kan under one roof semua ;)

    ReplyDelete
  14. pendekatan macam ni menarik.. sambil2 anak beriadah mak ayah beriadah jugak.. boleh have fun makan2 and shopping.. gud gud =D

    ReplyDelete
  15. bestnya.. xsempat nk pusing KL dlm msa 3 hari.. huhuhu

    ReplyDelete
  16. boleh tahan harga dengan kemudahan yang diberikan...menarik

    ReplyDelete
  17. Menarik tapi ada fee entrance. ^_^; Sesekali bolehlah

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive