Persimpangan Dilema???
Tuesday, December 29, 2015
Sekejap tenggelam sekejap timbul. Memang dilema betul. Nak blogging ker nak kurangkan blogging ker nak stop terus blogging nih??? Hasihhhhh...tak der sampai tahap nak stop blogging terus. I love blogging. Sumber pendapatan sampingan ni. Bak kata menteri bijak bistari standard maharaja lawak mega....kita kena buat 2 kerja kalau nak tampung kos sara hidup.
Helloooooo...memang dah lama buat pon pak menteri hoiiii!!! Full time working mom. full time housewife yang merangkumi tukang masak, tukang kemas rumah, tuang basuh/sidai/lipat baju, tukang cuci tandas, tukang jaga anak, tukang ajar anak dan banyak lagi lah kalau nak tulis. Dan juga Part time blogger. Banyak tak?? Banyak kan.
Erkkkk...nak citer pasal lain ni, Bila jari dah mula menari² atas papan kekunci, meleret plak citer nya...ppffttt...Nak citer pasal ni, meh tengok:
Biasa kena? Memang dah biasa pon. Apa rasa? Dan apa perkataan yang keluar dari mulut uols? Perghhhh...sakit hati wei. Tapi tak der lah sampai nak mencarut bagai kan. Cuma ayat yang biasa kluar dari mulut #makbanyakanak nih....'Haaishhhh...kongajar betul lah, Dah tau nak masuk simpang bagilah signal, menyusahkan betul'...haaaaaa...tu jer lah ayatnya.
Mau tak sakit hati. Dah lah ko menunggu nak cross tu lama. Bila jalan seberang dah clear tak der keta, Get ready nak kluar simpang. Tapi dilema sebab ada keta yang tak tau arah tujunya sama ada nak terus atau nak belok. Kan persimpangan dilema tu. Pada hal keta tu pon nak masuk simpang. Tapi tak bagi signal...ppffttt...Aku kalau kluar simpang nih memang lemah sket. Tau lah driver kat malaysia ni, lambat sket nak hon².
Kesimpulannya...Jangan kedekut nak bagi signal yerp. Mahal ker lampu signal tu? Tak kira lah nak memotong ker atau nak masuk simpang. Rajin² lah sket. Bukan susah pon. Apa guna function signal tu kalau tak pakai. Jangan menyusahkan pemandu lain. Peringatan untuk diri sendiri jugak nih.
Note: Next week dah start normal rutin.
14 komen
haaaa yg mcm gitu mmg kite pantang..kalau jadi mmg kene maki la driver tuh..tunggu skit punye lama nak bg die lepas alih2 die turn masuk simpang..grrrrrr...
ReplyDeleteSelalu sangat nak nak bila dekat kampung
ReplyDeleteSelalu sangat nak nak bila dekat kampung
ReplyDeletekan..rase nak membabikan org tu jek..hahaa..
ReplyDeleteuik bahaya
ReplyDeleteorg yg bg signal time msk simpang tu org kuat berahsia. geram juga dgn org cenggitu
ReplyDeletehahaha kalau kene camni memang marahlah sgt. jangan la stop blogging. sy pun dulu pernah stop blogging atas sebab kekangan masa. last2 sekarang mula balik dah.sikit2 dulu...
ReplyDeletehahaha...mmg sakit hati weiii...
ReplyDeleteADA JUGA YG XFHM GUNA SIGNAL KETA TU FIZA..BERHATI-HATILAH MANDU
ReplyDeleteMemang selalu kena, dah la pagi2 kita nak cepat p keja sbb selalu lambat turun dari rumah.. hihi
ReplyDeletefiza dongivab kipidap berblog kay :)
ReplyDeletebanyak nak kena pertimbangkan tu
ReplyDeleteEntahlah Fiza.. rasa kakak memang dah selalu sangat jadi macam ini
ReplyDeleteAgaknya kat M'sia ni kereta dah dah perlu ada lampu signal kot.
Selalu jugak kena weyh.....sabo jerlah sambil mengata hihi....tulah bukan susah pun nak petik signal tu kan....huh
ReplyDelete