Anak ABAH!!!
Wednesday, November 25, 2015
Asal anak pompuan jer, mesti anak Abah kan. Dia lah anak manja abah. Dia lah anak dara abah. Mentang² dia sorang pompuan. Orang lain tak boleh jadi anak manja abah...ppffttt...
Ni lah dia anak abah @ anak manja abah. The one and only princess. Mulut becok macam mak nenek. Suka sangat perhatikan orang. Boleh tahan laser gak mulut. Kelmarin selamba jer tegur orang hisap rokok. Jiran atas. Aku kat kete. Jiran ni atas motor. Tengah hisap rokok. Boleh plak dia cakap...'Eeeiiii...hisap rokok. Abang, tengok tu dia hisap rokok. Tak boleh hisap rokok lah nanti polis tangkap'...ppfftttt...Nak tergelak aku dengar. Sorry lah bro. Tak pasal² kena tegur dengan budak 5 tahun.
Biasalah anak kedua kan. Jiwa kental tapi hati tisu. Berani semacam. Garang pon iyer gak ni Tapi penyayang. Dah boleh harap jaga adik. Basuk yak adik pon dah boleh. Tapi ikut mood. Rajin tolong ibu basuh pinggan. Tapi habis berkecah. Tak per lah. Kalau bab belajar, dengan ibu memang dia memain.
Dia anak manja abah. Tapi dia ni kawan gaduh ibu. Ntah lah....rasa panas jer dengan anak dara ni. Nak kata muka sama, tang hidung jer lah yang photostat. Suka sangat cari pasal tau dengan ibu dia ni. Kuat merajuk plak tu. Sikit² nak sentap. Geram jer kekadang.
Nak kata ibu garang, abah lagi garang kot. Kurang kasih sayang ker sebab dia suka cakap 'ibu ni sayang Qhalif jer, tak sayang kakak'. Sentap ibu nak sebab ibu rasa kasih sayang yang ibu bagi sama rata. Tak der yang kurang dan tak der yang lebih...sama jer suma. Mungkin aku kena spend time lebih masa dengan anak dara ni lah. Hang out berdua jer. Nak kena selami jugak hati dia kan. Budak kan tak pandai menipu. Apa yang dia rasa, dia akan cakap terus. Kita jer rasa apa yang kita bagi selama ni cukup. Tapi sebenarnya tak :-(
Note: Kakak...kita spend time together yer. Kita berdua jer.
15 komen
Anak perempuan selalunya manja dengan abah nya Fiza..
ReplyDeleteAnak2 akak pun macam tu..
comel
ReplyDeleteanak dara kedua tu sebiji macam babah dia jugak..hehehe
ReplyDeletetouching sat baca yang last tu
ReplyDeleteqisya tuh pun ade potensi rapat ngan dedi die...agaknye mmg gitu kut nyeah..xpe2 ibu nnt dh besar, kakak akan rapat ngan ibu pulak..;)
ReplyDeleteSusahkan nak bagi samarata. Kita rasa memang dah betul dah apa yang kita buat tapi masih lagi di pandangan mata anak-anak kita tak cukup beri kasih sayang. Bukan setakat anak tiga aje, Fiza. I yang anak dua ni pun selalu terasa. Orang ni kata kita sayang yang itu lebih. Orang tu kata kita sayang yang ini lebih. Rasa nak aje suruh mereka potong jerk Mommy mereka ni bagi dua samarata. Habis cerita.
ReplyDeleteIsh, anak perempuan satu memanglah jadi anak abah. Tak pernahnya jadi anak emak. Cer kalau ada anak lelaki satu, confirmlah jadi anak emak tau!
anak permpuan biasanya rapat dengan ayah mereka..anak abah dan kalau anak lelaki rapat dengan ibu menjadi anak emak..adil la tu.
ReplyDeletetu laa fiza biase mcm tu laaa...yg girl rapat dgn ayah...yg boy rapat dgn maknyer.... tapi mcm lieya terbalik...dayyan berkepit jek ngan papanyer...miamija mmg dgn lieya.....
ReplyDeletealahai qaira...
ReplyDeleteselalu gaduh dgn ibu ekk?
fiza, anak2 dara aida time kecik rapat dgn ayah dia tau.
but, now, especially nurin, rapat dgn aida.
da besar kot. segan dah dgn ayah dia.
KA pun dulu anak abah... he3
ReplyDeleteManisnya senyuman anak abah yang seorang ni :)
ReplyDeleteBestnya ada anak dara boleh tolong basuh pinggan. Heheh. Hidung dia sama dgn abah dia la. Tak mcm ibu dia pun. Heheh.
ReplyDeletebiasa ank perempuan mmg akn lbh rapat+mnja dgn ayah
ReplyDeleteorang kata anak pmpuan memang lagi rapat dengan abah. tapi Fateh Uwais lelaki dan orang yang dia rapat abi. dengan kira mmg jadi kawan gaduh dia. nak kena beranak pmpuan dulu la ni nak tengok rapat dengan sape. kalau dengan abi jugak makanya ummi kena lari belakang pintu laaaaaa hahahahaha
ReplyDeletemuka pun seiras abah tu ha...orang kata anak perempuan elok ikut muka abah sejukk je...apa yg sejuk tak tau lah hehee
ReplyDelete