Soalan CEPUK CEMAS | Tolonggggg!!!
Wednesday, October 07, 2015
Anak² dan soalan memang tak dapat dipisahkan. Ada jer soalan² yang ditanya. Kalau soalan² nya senang, senang jugak lah ibu dia ni nak memberi jawapan. Tapi kebanyakan soalan² yang di lontarkan adalah diluar pemikiran kotak. Kalah soalan SPM wei. Buat ibu jadi kelu nak jawab apa. Antara soalan cepuk cemas yang ditanya si anak yang berumur 8 tahun:
- Ibu...Malaikat yang mencatit amalan kita tu, tulis dalam Bahasa Melayu ker Bahasa Arab?
- Ibu...Kalau orang Cina buat baik, dia boleh masuk Syurga ker? Sebab dia kan buan Islam.
- Ibu...Kalau orang tu solat, tapi dia tak pakai tudung. Doa dia diterima tak?
- Ibu...Dia kan mengandung, kenapa dia pakai seksi²? Boleh ker pakai macam tu? Dia kan solat. Tak berdosa ker?
- Ibu...Syurga tu kan kat bawah tapak kaki ibu. Macam mana nak masuk kat tapak kaki ibu tu?
- Ibu...Rogol tu macam mana?
Ok...Soalan nombor 1 tu, ibu pon tak pernah terfikir malaikat tu tulis dalam bahasa apa kimi. Soalan last skali tu buat ibu pitam nak menjawabnya. Kelu seribu bahasa. Tergantung macam tu jer sebab ibu pon tak tau nak explain macam mana. Kalau salah explain kang, jadi ajaran sesat pak nanti.
Bertalu² soalan² ko nak oiiiii...Pernah jugak dia tanya, 'Ibu...allah tu tinggal kat mana?' 'Kenapa kita tak boleh nampak allah?'...ppffttt...Nak kena cari jugak buku yang ada guide macam mana nak terangkan soalan² dari anak yang unsangkarable nih.
Ni bukunya. Thanks to Maria Firdz sebab suggest buku nih. Ibu kena lebih banyak kan membaca lepas nih. Kesian gak kekadang bila jawapan yang diberi tak memuaskan hati si anak. Si ibu pon sebenarnya tak puas hati jugak, Jawapan sekadar penerangan yang ringkas. Tak seperti expectation si anak yang kalau boleh ingin kan jawapan yang lebih jelas kan.
Psstttttt...Boleh bagi idea and jawapan yang sesuai tak untuk soalan² di atas? Especially untuk soalan yang last skali tu ☺☺
Note: Tu baru soalan dari Iman Hakimi. Belum soalan dari Qahirah & Iman Qhalif lagi. Hurmmmm...Bersiap sedialah untuk soalan cepuk cemas yang seterusnya.
24 komen
nok...kat mana nak beli buku tu ek?..ni pun nak ready gak ngan soalan cepuk cemas ni gak..tp kenkadang kan soalan depa tu membuatkan mama depa pun terfikir benda yg tak pernah terfikir sebelum ni..ke sebenarnya kita pun masa kecik nak menanya sume soalan cepuk cemas tu ye dak?? kih kih kih
ReplyDeletewah nak cari jugak la buku ni.
ReplyDeleteaiyokkk, soklan membunuh btl..hahaha
ReplyDeletesangat mencabar
ReplyDeleteklu ckp, rogol tu org jahat je buat. bleh x? hee.. tp kene explain pjg lebar la jugak kan.. fenin ni.. kite belum sampai masanya lagi utk ditanya soalan2 cepukcemas camni.. kene bersedia gak nampaknya..
ReplyDeletetp baagus la jugak, tu tandanya, diorg berfikir jugak dlm diam kan? heee
Soalan-soalan bijak kena ada cara bijak juga nak menjawabnya :)
ReplyDeleteKlu anak tanya mmg pening
ReplyDeleteAlahai kalau dekat boleh kakak tolong jawabkan haha..
ReplyDeleteBudak sekarang memang cerdik-cerdik kalau kita tak improve ilmu kita alamat tak terjawablah soalan mereka kan Fiza..
mcm menarik je buku tu.
ReplyDeletebudak2 dan kenapa mmg xdpt dipisahkn..
semoga mbesar mjadi ank yg bijak ye Iman
Hahahahaaa..comel je setiap soalan tu. Kalau aku pun memang susah nak jawab..hehehe
ReplyDeleteMatik mencari jawapan. Segan pula nak jawab soalan last tu
ReplyDeleteHehe.. Memang tak terjangkau dek akal soalan anak-anak ni kan...
ReplyDeleteanak-anak kecil ni sentiasa berkembang minat semangat ingin tahu
ReplyDeletemohon datang follow blog Etuza ya pn..tqvm
ReplyDeletepergh soalan 5,6 tu nak pitam gak menjawab nya...hehe
ReplyDeletenak carik juga buku ni.. boleh sediakan diri bila anak tanya nti... (skg pun dah start tanya soalan buat ibu pengsan..haha
hihii aduhaiii pecah pale nak memikir ni... yang last tu kene bagi dia betol2 paham nas pon tak ada pengalaman anak baru 2 tahun. mesti dah besau nnt dia pulak yang bertanya...nanti nas rujuk dekat blog fiza ye... salam kunjungan dari nas.
ReplyDeleteahahahaa, byk berfikir, bijak jadiknya :) tp kena didik elok elok,kan ...
ReplyDeletesoalan last,nona akn jwb.... rogol tuu, benda jahat lelaki , belum kahwin lagi .tp jahat, dia buat pada perempuan, lepas tu nanti boleh ade baby... contohnya, kalau iman peluk-peluk kawan perempuan iman, itu tak baik taw, nanti dosa, iman boleh peluk ibu jer.....hehehe
kak, jomm join GA yg saya sponsor nih :-
http://nonasani.blogspot.my/2015/10/giveaway-nurfuzie-dot-com-1.html
mana tahu, kalau rezeki..kan
hehehe.mencabar betoi soalan2 tu....
ReplyDelete*start fikir nak jwb apa sementara nak dpt beli buku tu*
sekarang banyak buku yang macam tu dijual, akak pun dah kumpul sikit-sikit untuk kegunaan masa akan datang...
ReplyDeleteyang soalan last tu mungkin kita boleh terangkan dulu istilah rogol tu apa dengan cara senang difaham,lepas tu kiat kena bagitau yang perbuatan itu tidak elok...haishhh memang susah juga tu nak menjawab
Ada baca kat FB fiza ari tu pasal soalan cepuk cemas ni. Lawak je baca komen2 kawan2 fiza. Berdebar betul nak tunggu turn saya menjawab pulak nanti dgn si kenit Luth. Huhu... Tapi pentingnya bila anak tanya, tak semestinya kita kena jawab on the spot. Hold dulu jawapan tu. Sebab takut kita bagi jawapan yang akan menjerat diri sendiri. Pergi bertanya atau fikir dulu, baru jawab.
ReplyDeleteKalau saya, mungkin saya akan jawab macam ni kot;
1. Malaikat tulis guna bahasa Malaikat la. Atau pun boleh jawab malaikat tulis bahasa syurga. Kalau dia tanya bahasa syurga tu apa, then baru la jawab bahasa syurga tu bahasa arab la.
2. Orang Cina boleh masuk syurga kalau dia buat baik bila dia mengaku bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ada juga orang cina yang Islam.
3. Doa tu diterima ke tidak, hanya Allah je yang tau nak oi.. Jadi, kita hanya perlu brdoa bersungguh2 je.
4. Itu semua pilihan dia. Allah dah beri panduan apa yang sepatutnya dia pakai, tapi kalau dia nak pakai seksi, itu adalah pilihan dia. Sama ada berdosa atau tidak, Allah jualah yang lebih tahu. *saya cuba nak terapkan jangan cepat labelkan sesuatu perbuatan itu berdosa atau tak. Kalau boleh biar dia fikir sendiri. Contohnya, Allah suruh kita tutup aurat, tapi kita tak tutup aurat. Maksudnya kita tak buat apa yang Allah suruh. Jadi, Allah suka ke tak suka kalau kita tak tutup aurat? Tanya balik dia, kalau kita buat perkara yang Allah tak suka, Allah bagi kita dosa ke pahala? *biar dia sendiri fikir jawapannya*
5. Maksud dia, tapak kaki ibu tu lagi mulia daripada syurga. Tak perlu masuk la bawah tapak kaki ibu. Cukuplah memuliakan ibu dan buat baik pada ibu, maka akan dapat la masuk syurga. Ermm, tapi kalau nak cerita dgn bahasa budak 8 tahun tak tau la plak. Mungkin boleh cuba je jawapan2 ni. Mgkn dia boleh faham.
6. Rogol tu satu perbuatan tak baik yang seorang lelaki buat kepada perempuan. Errkk... ok yg ni tak reti nak jawab. Hahaha. Sorry.
wah lyd...semua dia tolong jawabkan
Deletemasuk akal juga jawapan ni
boleh simpan tuk rujukan =)
mak aiiii jenuh menjawab akak oiii..nanti kalalu akak dah ada jawapan yang tepat bagi soklan2 tue share tau..hehehe.. Ermm macam bagus jer buku tue kak..nak beli jugak la.. =D
ReplyDeletemak ai fiza! demam saya kalau kena soklan gini
ReplyDeletekena jawab ikut kebijaksanaan ni
hebat betul soklan2 kimi.. hehehe.
ReplyDeletekena la jawab btol2 kang jd lain. heee