Event | Global Handwashing Day 2015 @ KidZania Kuala Lumpur

Thursday, October 22, 2015


Basuh tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan dan paling murah untuk mencegah penyakit berjangkit. Kebanyakan rakyat Malaysia masih tak aktif dalam mengamalkan tabiat harian membasuh tangan ni. Sempena kempen tahunan Hari Membasuh Tangan Sedunia @ Global Handwashing Day, Lifebuoy ingin membawa perubahan tingkah laku di kalangan rakyat Malaysia dengan memberi tumpuan pada ibu² diluar sana untuk mengajar anak² mereka langkah² mudah untuk membasuh tangan dengan betul.

Rasanya masih ramai yang tak tau mengenai Global Handwashing Day kan? Meh saya kongsikan info ni:

Mengenai Hari Mencuci Tangan Sedunia

Hari Mencuci Tangan Sedunia adalah satu acara global tahunan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya mencuci tangan dengan sabun sebagai cara mudah, berkesan dan termampu untuk mencegah penyakit dan menyelamatkan nyawa. Hari Mencuci Tangan Sedunia diasaskan oleh Global Public-Private Partnership for Handwashing dan dirayakan pada 15 Oktober setiap tahun. Ia adalah peluang untuk mengilhamkan, menguji dan mengulangi cara kretif untuk menggalakkan orang ramai mencuci tangan mereka dengan sabun pada waktu penting. Hari Mencuci Tangan Sedunia bertujuan untuk:
  • Memupuk dan menyokong budaya global dan tempatan mencuci tangan dengan sabun
  • Memperlihatkan amalan dan tabiat mencuci tangan di seluruh dunia
  • Meningkatkan kesedaran tentang manfaat mencuci tangan dengan sabun

Pada 17 October 2015 baru² ni, saya dan keluarga telah diberi peluang untuk sama² menyambut Global Handwshing Day 2015 yang bertempat di KidZania Kuala Lumpur. Majlis pelancaran pada hari itu telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Halim Bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Pengerusi Unilever Malaysia, Singapore, Myanmar, Cambodia dan Laos, Mr. Rakesh Mohan.


Acara diserikan lagi dengan Choral Speaking dari SK Putrajaya Presint 14 yang merupakan antara seratus sekolah yang terpilih dalam menjayakan ‘Program Doktor Muda Bersama Lifebuoy’. Murid dari sekolah yang dipilih sebagai “Doktor Muda” akan menjalani latihan khas tentang prinsip asas menjaga kesihatan dengan mengikuti modul latihan dan pembelajaran yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. Dilancarkan pada bulan March 2011, program Doktor Muda bertujuan memperkasakan pelajar untuk menggalakkan dan mempengaruhi tabiat yang baik dengan menjaga kebersihan di kalangan rakan sebaya mereka dengan ahli keluarga masing².

Jom kita cuci tangan bersih² ☺

Yeayyyy...tangan dah bersih dan bebas kuman ☺

Basuhlan tangan dengan sabun sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas. Jom kita amalkan 7 teknik membasuh tangan yang betul ni:



1. Basuh tangan dengan sabun secukupnya
2. Gosok tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari
4. Gosok kuku di tapak tangan 
5. Gosok belakang tangan 
6. Basuh dengan air bersih secukupnya
7. Keringkan tangan dengan kain bersih



Kita sebagai seorang ibu memainkan peranan penting dalam membentuk tabiat yang baik dalam kehidupan anak². Memperkenalkan tabiat kebersihan tangan melalui sudut pandangan seorang ibu adalah satu kaedah yang berkesan. Tunjukkan demonstrasi mudah untuk mempamerkan pentingnya mencuci tangan dengan sabun semasa mandi, sebelum sarapan, sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan selepas ke tandas.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Hari Mencuci Tangan Sedunia pada tahun ini, Lifebuoy mengumpulkan ikrar daripada ibu² dan keluarga utuk meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya mencuci tangan sebagai satu langkah yang mudah dan teknik mencuci tangan yang betul untuk menjaga keselamatan dan melindungi keluarga daripada risiko jangkitan.

Untuk menyokong pergerakan ini, anda hanya perlu mengambil gambar anda dan keluarga anda berikrar untuk mengamalkan tabiat mencuci tangan dan memuat naik gambar dengan hashtag #LifebuoyGHD2015

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Lifebuoy, boleh layari:


Note: Alhamdulillah...rezeki anak². Dapat jugak gi KidZania. Cuma Iman Hakimi tak dapat join sebab ada Kem Solat. Harap² adalah rezeki dapat gi Legoland atas tiket Blogger ☺


You Might Also Like

15 komen

  1. Nice sharing akak.. baru tahu rupanya ada hari cuci tangan sedunia yer..sama2 kita amalkan apa yang terbaik untuk anak kita..=D

    ReplyDelete
  2. Wah wahh macam seronok je. Apa pun semoga berjaya!

    ReplyDelete
  3. anak suka basuh tangan sebab ambil kesempatan main air. ;)
    Happy Global Handwashing Day.

    ReplyDelete
  4. kena terapkan pada anak-anak sejak dari kecil. Insyaallah akan jadi ikutan

    ReplyDelete
  5. Boleh kakak tak tahu ada hari sambutan ini Fiza
    Kalau tak baca entri ini betul kakak tahu tau.

    ReplyDelete
  6. Amalan membasuh tangan ada tabiat yang baik. Lebih-lebih lagi wabak demam kepialu mula heboh diperkatakan.

    ReplyDelete
  7. bagus betulkan..tapi kenapa ada juga yang makan tak cuci tangan ni..sedih

    ReplyDelete
  8. Tangan kita tidak akan dapat bebas dari kekotoran. Basuh tangan selalu dgn sempurna sangat penting. Semoga kita sihat sentiasa...

    ReplyDelete
  9. wah rezeki fiza ye
    selalu dapat jemputan tempat gini
    moga terus success ye

    ReplyDelete
  10. Ooohhh baru tau ade hari basuh tangan sedunia.
    kena saya x tahuuu.. hahahahaha

    anak2 memang sonok kalo kita suh basuh tangan. sbb lebih kepada nak main air kan.
    tapi kita mesti paham.. ade manfaat yang baik sebalik suka basuh tangan tuh.
    lepas nih nak demo kat anak2 lah.. cam mana nak basuh tangan dengan betol. :)

    ReplyDelete
  11. Pentingnya menjaga kebersihan. Membasuh tangan dengan cara yang betul memang sangat perlu. Patut diajar anak2 kita dari kecil.
    Done follow :)

    ReplyDelete
  12. Dgn keadaan cuaca skrg + byk penyakit berjangkit,..memang kita kena ada budaya membasuh tangan yg betul :)

    ReplyDelete
  13. aamiin.

    skrg pon tgh ajar rania bab ni. tapi bila dpt pgg pip ayah, hbs lah digoyang2 nuya. sabaaq je la.

    kalau g legoland nak ikut jugak lah kak.hikhiks.
    best kan bila dpt jemputan ke event boleh bawa anak anak bersama. baru lah terhibur dan terisi masa ibu bila bsama anak anak..

    ReplyDelete
  14. sama2 amalkan membasuh tangan.. hehehe

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive